Sekiranya anda melalui lebuh raya, anda pasti pernah ternampak billboard iklan baju kurung yang diperagakan oleh pelakon popular Yana Samsudin.

Kalau nak tahu, jenama Anggun Cotton Collection ini asalnya bermula dari bisnes kecil-kecilan sahaja.

Ia diasaskan oleh dua adik beradik iaitu Noraini Hanipah dan Norafizah Hanipah. Mereka terpaksa tempuhi pelbagai cabaran akibat kekurangan ilmu dan pengalaman dalam bisnes.

Namun, ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang bangunkan jenama sendiri.

Kini, mereka mampu meraih jualan sehingga RM 36 juta setahun dan mempunyai lebih 46,000 ahli dropship!

Ayuh kita lihat beberapa strategi yang diambil oleh Anggun Cotton Collection untuk muncul sebagai jenama baju kurung pilihan ramai wanita di Malaysia.

Sumber : Mingguan Wanita

Anggun Cotton Collection

Strategi Anggun Cotton Collection Untuk Muncul Sebagai Jenama Baju Kurung Popular

Berlari Laju Tinggalkan Pesaing

Pengasas Anggun Cotton Collection akui pemilik bisnes perlu berlari lebih laju berbanding pesaing untuk berjaya.

Bermula pada tahun 2014, adik beradik ini pada mulanya menjual kain pasang. Namun, jualan mereka merosot sehingga mereka terpaksa beralih menawarkan pakaian siap.

Ini juga telah menyebabkan saingan yang sengit kerana peniaga menggunakan rekaan yang sama daripada kilang.

Pasangan adik beradik ini juga nekad untuk menggunakan hampir semua wang simpanan syarikat demi menghasilkan rekaan sendiri.

Ternyata, percaturan mereka mengena apabila rekaan mereka mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

Anggun Cotton Collection

Anggun Cotton Collection

 

Berguru Dengan Pakar Bisnes

Menyedari ilmu perniagaan masih kurang di dada, dua beradik mula pelajari selok-belok bisnes dan pemasaran yang betul daripada Dato Wira Dr Hj Azizan Osman.

“Dulu semua kami buat sendiri termasuklah pengurusan stok, tempahan pelanggan dan penghantaran parcel.

Pada awalnya, kami juga tak berani untuk ambil dan bayar staff. Semua nak masuk poket sendiri, akhirnya demam semua susah. Sebab itu perlu ada team.

Selain itu, kami juga belajar bab penyimpanan stok, simpanan wang modal dan sebagainya,” jelas pengasas yang berasal dari Mersing, Johor ini.

Tahun demi tahun, mereka juga mampu melantik duta selebriti untuk mempromosikan jenama Anggun Cotton Collection iaitu Yana Samsudin.

Sifat Praktikal Jadi Keistimewaan

Mungkin ada yang tidak berminat untuk mengenakan baju kurung kain cotton kerana materialnya yang keras, senang renyuk dan membuat si pemakai mudah berpeluh.

Namun, Anggun Cotton Collection telah mengubah perspektif ini menerusi teknologi material cotton terbaharu.

Bukan sahaja kualiti materialnya berbeza dan sangat selesa, malah potongannya juga kena dengan setiap bentuk tubuh wanita tempatan.

Yana Samsudin sebagai duta bagi jenama ini juga akui beliau pernah membeli baju kurung dari jenama yang mahal, tetapi terpaksa mengubah suainya semula kerana potongan yang tidak kena.

Namun, Anggun Cotton Collection menawarkan baju kurung sedia dipakai ibarat diukur pada badan sendiri!

Bagi memenuhi keperluan pelanggan jenama ini turut menghasilkan rekaan khas seperti koleksi baju kurung yang mesra ‘breastfeeding’ serta baju kurung dengan zip di tangan yang dibuat hingga paras siku untuk mudahkan para muslimah berwudhuk.

Sudah memasuki 10 tahun dalam industri, Anggun Cotton Collection kini menjadi jenama baju kurung yang dipercayai jutaan wanita di Malaysia.

Ini juga merupakan berkat usaha dua beradik ini dalam menawarkan rekaan sendiri serta material dan ciri-ciri yang lebih praktikal dan berkualiti kepada pelanggan.

Jenama ini juga telah berjaya merangkul pelbagai anugerah antaranya Best Brands E-Branding Awards 2020, Awarded Superbrands Malaysia’s Choice 2021 serta pernah mendapat pengiktirafan daripada JNT selama 3 tahun berturut-turut untuk parcel dan jualan terbanyak.

Sumber : Mingguan Wanita, Richworks, getaran.my

Baca Juga : Jadi Tumpuan Tatkala Musim Perayaan, Ini Kisah di Sebalik 4 Jenama Baju Melayu Popular

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top