Canva Create Ciri Baharu Brand Hub

Baru-baru ini, Canva telah melancarkan kempen Canva Brand New bagi memperkenalkan beberapa ciri-ciri baharu kepada pengguna.

Cliff Obrecht dan Melanie Perkins iaitu pegawai operasi serta pegawai eksekutif Canva teruja untuk berkongsikan features terbaharu ini kepada 125 juta penggunanya daripada serata dunia.

Seperti yang kita tahu, Canva merupakan sebuah perisian yang mesra pengguna dan mudah untuk digunakan bagi penghasilan poster, logo, infografik, slide untuk pembentangan, animation text, video dan banyak lagi.

Antara komponen terbaharu yang diperkenalkan dalam kempen tersebut adalah Brand Hub.

Membawa inspirasi Canva sebagai rumah bagi setiap jenama, Brand Hub merupakan satu ruang khas bagi pengguna untuk mengurus, mencipta dan menghasilkan rekaan sesuai dengan keperluan brand masing-masing.

Komponen ini bakal memudahkan urusan anda serta team yang terlibat untuk mencipta content secara konsisten, teratur dan sesuai dengan jenama.

COO dan CEO Canva

Terdapat satu features yang disediakan di dalam Brand Hub iaitu Brand Kit yang sangat menarik untuk dicuba.

Mari kita semak kemudahan yang ditawarkan dalam ciri terbaharu Canva ini serta cara untuk menggunakannya.

Cara Gunakan Brand Kit, Ciri Baharu Canva Yang Patut Anda Cuba

Brand Kit adalah features yang membolehkan anda muat naik dan simpan semua elemen teras jenama. Jadi, anda serta rakan sekerja boleh akses dan cari elemen yang diperlukan dengan mudah pada satu tempat.

Langkah 1: Tambahkan Brand Kit Baharu Pada Canva

– Untuk mulakan, pilih Brand Hub pada laman utama. .

– Seterusnya di halaman Brand Kit, tekan ‘+ Add New’ di bahagian atas kanan untuk tambah kit bagi jenama anda.

Brand Kit ciri baharu canva

Langkah 2: Tambahkan Logo, Font Dan Warna Pada Brand Kit Anda

Tambah Logo, Colors dan Fonts untuk guna ciri baharu canva

– Kemudian, anda boleh tambahkan semua variasi logo anda pada bahagian Logos.

– Muat naik semua logo dengan variasi dan warna yang berbeza. Ini akan memudahkan langkah seterusnya iaitu untuk menambah palet warna bagi jenama anda.

– Canva akan mengenal pasti dan memasukkan warna daripada logo anda di bahagian Colors secara automatik.

– Anda juga bebas untuk menyimpan atau buang warna yang Canva pilih. Untuk menambah warna baharu, klik butang ‘+ Add New’ untuk menambah warna lain.

palet color ciri baharu canva
kod color

– Seterusnya, anda boleh tambahkan font atau jenis tulisan menerusi pelbagai pilihan yang ditawarkan di Canva.

– Anda juga boleh memuat naik font sendiri untuk serlahkan lagi rekaan bagi jenama.

fonts Canva

– Untuk menambah jenis font baharu, anda hanya perlu tekan ‘+ Add New’.

– Kemudian, tetapkan fonts bagi setiap item.

tetapkan fonts

– Setelah selesaikan tetapan fonts, anda hanya perlu tekan tanda ✓ untuk simpan pilihan tersebut.

– Anda juga boleh menambah gambar, grafik dan ikon untuk digunakan dalam rekaan.

Masukkan photos, graphics, icons di ciri baharu canva

Setiap elemen yang anda telah muat naik akan tersimpan dan kekal di dalam simpanan Canva.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda terkeluar daripada laman Canva atau mempunyai gangguan ketika menggunakannya, kerana anda boleh kembali dan menyambung semula seperti biasa.

Langkah 3: Gunakan Brand Kit Dalam Design

Memandangkan Brand Kit telah disimpan, kini anda sudah boleh mula menggunakannya dalam design mengikut keperluan.

– Untuk mulakan, pilih mana-mana saiz kanvas kosong yang anda inginkan.

kanvas kosong

– Seterusnya, masukkan elemen warna, fonts dan logo yang telah disimpan dalam Brand Kit mengikut citarasa anda.

ciri baharu canva brand hub

– Anda boleh cari tetapan Brand Kit pada bahagian menu di sebelah kiri dengan menekan butang Brand Hub.

– Hasilkan rekaan seperti biasa.

Kini, setiap rekaan anda boleh mencapai standard dan keseragaman dengan adanya tetapan Brand Kit. Ciri baharu Canva ini juga mampu mempercepat dan memudahkan proses ciptaan design buat anda dan rakan sepasukan.

Anda juga tidak perlu risau lagi untuk menyerahkan tugasan design kepada pasukan lain. Mana tidaknya, setiap warna, fonts dan logo yang diperlukan untuk jenama sudah disimpan dan boleh dikongsikan kepada seluruh ahli pasukan.

Selain Brand Kit, ciri menarik lain yang anda boleh manfaatkan adalah Canva Assistant.

Ciri ini membolehkan anda untuk boleh temukan setiap elemen, grafik, gambar, templat serta video yang diperlukan dengan mudah.

Aneka features baharu daripada Canva ini pastinya sangat membantu terutamanya di kalangan usahawan yang baru sahaja memulakan bisnes.

Rekaan juga dapat dihasilkan dengan lebih menarik dengan bantuan ciri-ciri baharu yang Canva tawarkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mudahkan penghasilan rekaan anda di Canva. Selamat mencuba!

Baca juga: Bagaimana Canva Menjadi Pencabar kepada Adobe dan Microsoft?

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top