Dalam berbisnes, banyak aspek yang perlu diambil kira untuk terus kekal dalam industri. Salah satunya ialah skill menjual.

Walaupun semua orang boleh mulakan perniagaan, namun tidak semua usahawan ada skill yang baik. Ini juga salah satu elemen penting yang boleh menentukan perkembangan bisnes anda.

Jadi, apakah skill menjual yang perlu dimiliki oleh usahawan? Ayuh kita semak bersama-sama.

skill menjual

5 Skill Menjual Yang Usahawan Perlu Ada

1. Bantu Pelanggan Secara Profesional

Walaupun bagus untuk bersikap mesra dengan pelanggan, anda perlulah ingat yang pelanggan bukanlah rakan anda.

Namun, ini tidak bermakna anda boleh buli pelanggan atau buatkan mereka rasa tidak selesa. Sebaliknya, anda perlu seimbangkan sikap mesra dan profesional dalam setiap interaksi bersama pelanggan.

Urus pelanggan dengan bijak dan cuba capai solusi yang boleh memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.

2. Jadi Pendengar Yang Baik

Ini adalah salah satu skill menjual yang paling penting. Sebagai pelanggan, sudah tentu kita mahukan produk yang terbaik dan menepati keperluan.

Oleh itu, seorang usahawan itu perlulah dengar permintaan pelanggan dengan teliti. Catat point-point penting dan tanyakan soalan yang relevan kepada pelanggan untuk dapatkan informasi lanjut.

Ini boleh membantu anda kenalpasti masalah atau pain point pelanggan dengan lebih mudah.

Selain itu, sesebuah bisnes juga perlu rajin mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan agar penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.

skill menjual

 

3. Beri Panduan Terbaik Untuk Pelanggan

Untuk membantu pelanggan, anda juga perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai produk atau perkhidmatan yang bisnes anda tawarkan.

Ini penting untuk memberi tanggapan kepada pelanggan bahawa anda bukan sekadar mahu menjual, malah ingin membantu mereka mendapatkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan.

Setelah mengenalpasti pain point pelanggan, jelaskan tentang ciri-ciri produk atau perkhidmatan daripada bisnes anda yang boleh memberi manfaat kepada mereka.

Sekiranya anda seorang pemilik bisnes, pastikan pekerja anda juga dilatih supaya dapat memberikan layanan dan penjelasan yang baik kepada pelanggan.

4. Kenalpasti Masalah Yang Pelanggan Tidak Sedari

Skill jualan ini pula biasanya hanya ada pada usahawan atau salesman yang berpengalaman sahaja.

Ini juga merupakan salah satu taktik yang ramai usahawan gunakan untuk bina kepercayaan pelanggan.

Ada kalanya, terdapat juga pain point yang ketara tetapi tidak disedari oleh pelanggan sendiri.

Dengan mengenalpasti pain point yang pelanggan tidak sedari, anda sedang menunjukkan bahawa anda benar-benar faham masalah yang dialami serta berpengalaman luas dalam menawarkan solusi terbaik buat pelanggan.

Ini juga dapat memberi peluang kepada anda untuk upsell produk atau perkhidmatan. Namun, jangan keterlaluan pula kerana ia boleh buatkan pelanggan rasa rimas.

5. Peka Dengan Perkembangan Semasa

Usahawan yang baik juga perlu ada kebolehan untuk kongsikan kepakaran tentang industri atau isu semasa berkaitan bisnes.

Oleh itu, anda perlulah peka dengan trend dan perkembangan semasa.

Pada masa yang sama, anda juga perlu ada ilmu dan mesti rajin buat research untuk salurkan informasi yang tepat kepada pelanggan.

Ini juga akan menjadi plus point kepada jenama anda sendiri dan membuatkan pelanggan lebih percaya kepada produk yang anda tawarkan.

Sebagai contoh, Vistafitt rajin berkongsikan tips kesihatan dan pemakanan kepada pelanggan menerusi TikTok. Mereka juga sering lakukan sesi Live untuk menjawab kemusykilan pelanggan.

Vistafitt akan kongsikan tips yang menarik serta realistik bagi pelanggan yang ingin turunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Sambil memberi penjelasan, Vistafitt akan promosikan produk mereka iaitu pengganti makanan (meal replacement).

skill menjual

Skill menjual perlulah diasah untuk menangi hati pelanggan dan membina kepercayaan mereka terhadap bisnes anda.

Sebagai pemilik bisnes, anda juga perlu melatih pekerja supaya dapat memberikan layanan serta penjelasan dengan baik kepada pelanggan.

Anda juga perlu kekal relevan dengan menambah ilmu dan ikuti trend terkini yang berkaitan dengan industri bisnes.

Usahawan yang banyak berkongsi kepakaran dan peka dengan perkembangan semasa juga boleh membuatkan pelanggan lebih yakin terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Sumber : Hubspot

Baca Juga : Kenali Joe Girard, Salesman Paling Hebat Sepanjang Zaman dan Diiktiraf Guiness World Record!

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top