OpenAI iaitu syarikat yang melancarkan ChatGPT kira-kira setahun lalu telah memecat Ketua Pegawai Operasinya iaitu, Sam Altman.
Tindakan mengejutkan ini difahamkan akibat hilangnya keyakinan ahli lembaga pengarah terhadap kemampuan beliau dalam menerajui syarikat.
Dalam blog rasmi syarikat, OpenAI berkata keputusan tersebut diambil setelah mendapati Altman tidak mampu menjalankan tugas serta berkomunikasi dengan baik dalam hal pengurusan bersama lembaga pengarah.
“Kami menghargai semua sumbangan yang telah dilakukan oleh Altman terhadap syarikat, namun kami sebulat suara telah mengambil keputusan untuk memulakan kepimpinan baharu”, jelas pihak OpenAl.
Ketua Pegawai Teknologi, Mira Murati telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim sementara mereka menjumpai individu yang sesuai untuk memimpin syarikat bernilai US$90 billion tersebut.
Tidak seperti pengasas syarikat teknologi lain, Altman difahamkan tidak memiliki ekuiti dalam OpenAI. Meskipun memainkan peranan besar dalam pembangunan ChatGPT dan GPT-4, jawatan beliau boleh digugurkan pada bila-bila masa.
Pengasas bersama serta rakan rapan Altman iaitu Greg Brockman turut terkesan daripada berita ini dan telah mengumumkan pengunduran diri. Perkara ini telah diumumkan sendiri menerusi laman media sosial X.
Pengenalan ChatGPT telah menggerakkan dunia kecerdasan buatan (articifial intellingence – AI) ke tahap yang tinggi di peringkat global.
Ciptaan chatbot itu juga sering dilihat sebagai satu kemajuan yang besar dalam industri teknologi sehingga mampu menyaingi jenama besar seperti Amazon, Google, Microsoft serta Meta.
Di samping itu, banyak jenama daripada industri lain seperti Lazada dan Expedia bagi menawarkan pengalaman yang lebih peribadi dan tepat dengan citarasa setiap pelanggan.
Dengan pelaburan jutaan ringgit daripada Microsoft, OpenAI telah membuka haluan yang lebih besar dalam pembangunan teknologi termasuk peningkatan fungsi enjin carian Bing.
Pada masa yang sama, ChatGPT juga telah menginspirasikan syarikat gergasi lain untuk hasilkan bot AI sendiri termasuk Google yang menawarkan chatbot Bard.
Sam Altman Masih Ada Harapan Untuk Terajui OpenAl?
Memetik Financial Times, para pelabur OpenAI termasuk Microsoft, Sequioa Capital dan Thrive Capital difahamkan sedang berusaha untuk mengembalikan kedudukan Sam Altman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Salah satu pelabur penting dalam OpenAI yakin yang mereka boleh mengembalikan kedudukan Altman dan juga Brockman dalam masa terdekat.
Sama-sama kita nantikan perkembangan mengenai kedudukan Altman pada waktu terdekat ini.
Sumber : AlJazeera