Marketing tools adalah alat atau perisian yang dapat digunakan dalam mencipta, menambah baik serta mempromosikan produk dan perkhidmatan yang bisnes anda tawarkan.

Pada era teknologi ini, pelbagai inovasi telah dihasilkan sehingga terciptanya pelbagai marketing tools yang boleh digunakan bagi memudahkan kerja pemasaran digital. Ia dapat membantu jenama berkomunikasi bersama pelanggan secara lebih berkesan.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai marketing tools yang dapat digunakan dalam bisnes anda ?

Jom kita semak 5 marketing tools percuma yang setiap pemilik bisnes wajib cuba untuk tingkatkan jualan dan menarik pelanggan dalam talian.

5 Marketing Tools Percuma Yang Wajib Anda Cuba

1. Canva

Tools percuma Canva

Canva merupakan sebuah graphic software yang percuma dan wajib dicuba terutamanya untuk pemula kerana ia sangat mudah untuk digunakan. Platform ini dapat membantu anda menjana pelbagai content menarik untuk dimuat naik di sosial media bisnes anda.

Pelbagai jenis template tersedia yang boleh diubah suai bagi pengguna Canva sebagai bahan marketing seperti infografik, logo, video, poster dan banyak lagi.

2. Google Analytics

Marketing Tools free Google Analytics

Tools kedua iaitu Google Analytics boleh digunakan oleh semua pemilik bisnes bagi mengukur keberkesanan website anda.

Dengan tools ini, pemilik bisnes dapat mengumpulkan data-data penting termasuk merekod jumlah pengunjung yang klik ke website, memantau aktiviti website, dan menganalisa kandungan yang kerap diakses.

Data daripada Google Analytics ini amat penting bagi pemilik bisnes mengenalpasti trend serta gelagat pengguna ketika berada di laman web anda.

Data-data seperti latar belakang pengguna, page views dan bounce rate dapat menjadi modal untuk anda hasilkan kempen pemasaran dan strategi website yang lebih berkesan untuk masa akan datang.

3. SurveyMonkey

alat pemasaran Survey Monkey

Maklumbalas atau review daripada pelanggan adalah maklumat yang penting untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan dalam bisnes anda. Antara cara paling mudah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan adalah menerusi survey.

SurveyMonkey adalah salah satu website yang digunakan untuk membuat survey secara atas talian.

Dengan pelbagai template percuma yang ditawarkan di platform, tools ini juga membolehkan anda untuk menghasilkan survey dengan mudah dan berkongsikannya terus kepada pelanggan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

SurveyMonkey juga dapat membantu anda membuat analisa dengan cepat dan mudah. Keputusan analisa pula dapat disemak dalam format yang mudah dibaca seperti graf atau peratus.

4. Hubspot CRM

Marketing Tools Hubspot

Hubspot CRM bermaksud customer relationship management, iaitu sebuah alat pengurusan perhubungan pelanggan yang boleh membantu anda menguruskan kenalan, bisnes dan juga pemasaran digital dengan mudah.

Apabila anda menggunakan CRM HubSpot Solution, CRM anda akan segera dipautkan dengan alat pemasaran, jualan, dan customer service. Ini memudahkan untuk mempertingkat dan menyesuaikan kempen serta proses anda menggunakan data daripada CRM.

Platform yang berasaskan cloud ini juga dapat membantu anda menyelaraskan kolaborasi antara team terutamanya bahagian pasaran (sales) dan pemasaran (marketing).

Kemudahan HubSpot SEO Tools yang ditawarkan dalam perisian ini pula membolehkan pengguna untuk membina SEO dengan baik pada laman web anda melalui cadangan keyword yang optimum.

Antara ciri perisian CRM percuma yang popular adalah:

  1. Hubungi perjanjian dan pengurusan tugas
  2. Pemberitahuan penjejakan dan penglibatan e-mel
  3. Templat dan penjadualan e-mel
  4. Perkongsian dokumen
  5. Penjadualan mesyuarat
  6. Live chat
  7. Sebut harga jualan

5. MailChimp

Tools Mailchimp

Terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan, namun masih banyak bisnes yang telah lupa kepentingan pemasaran emel.

Antara email marketing software yang popular di kalangan pemasar adalah MailChimp.

Dengan menawarkan lebih 100 jenis template pemasaran emel, MailChimp adalah tools yang sesuai untuk membantu anda memasarkan produk atau brand melalui email

Ia juga dapat membantu pemasar untuk hasilkan personalized email yang menarik bagi menarik pelanggan. Untuk mengukur keberkesanan kempen, MailChimp juga dapat menjejak tindak balas penerima emel menerusi laporan terperinci.

Lebih menarik lagi, MailChimp juga menawarkan pelbagai features menarik lain seperti penghasilan borang di blog, tetapan antispam dan ujian keberkesanan melalui AB testing.

Sekarang anda tahu terdapat pelbagai marketing tools menarik yang dapat digunakan bagi memasarkan bisnes anda.

Ia bukan sahaja percuma, malah ia juga mudah untuk digunakan oleh pemula. Dengan sedikit latihan, anda pasti dapat manfaatkan marketing tools ini untuk tingkatkan potensi bisnes anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mulakan pemasaran digital dengan lebih mudah. Selamat mencuba!

Sumber: kayomu.com

Baca juga: Tips marketing berkesan untuk tingkatkan sales bisnes anda

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top