KEPENTINGAN WEBSITE UNTUK BISNES

Ramai pemilik bisnes atas talian terlepas pandang kepentingan website untuk perniagaan mereka. Pada era digital hari ini, adalah sangat penting untuk komuniti bisnes terutamanya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), peniaga online dan peniaga kecil untuk mempunyai website bisnes mereka sendiri. Ini bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk dan servis yang ditawarkan secara meluas di samping mencapai lebih ramai pelanggan. 

Tetapi, apa sebenarnya pemilik bisnes akan dapat dengan adanya website bisnes sendiri?

Jom kita lihat beberapa kepentingan website untuk perniagaan yang wajib anda tahu berbanding bergantung sepenuhnya kepada kedai fizikal atau pemasaran di media sosial semata-mata.

Pemasaran digital dan kepentingan website

5 Kepentingan Website Untuk Tingkatkan Potensi Bisnes Anda 

1. Meningkatkan Kredibiliti Bisnes Anda

Pelanggan akan lebih yakin dengan sesebuah perniagaan sekiranya mereka mudah mencari maklumat mengenai bisnes tersebut di atas talian.

Selain membuat laman Facebook dan Instagram untuk bisnes, anda juga sangat digalakkan untuk membina laman web rasmi bagi jenama anda. Dengan adanya laman web sendiri, anda bukan sahaja mampu menawarkan informasi lengkap mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, malah anda juga boleh tawarkan pengalaman pengguna (user experience) yang terbaik buat mereka. 

Sebagai contoh, laman web memberi anda kebebasan kepada pemilik bisnes untuk tawarkan kaedah penghantaran, kaedah pembayaran serta diskaun untuk pelanggan. Ini pasti membuatkan pelanggan lebih gembira untuk membeli belah di laman web berbanding platform lain seperti Facebook atau Marketplace. 

Oleh itu, dengan fungsi serta pengalaman pengguna yang baik, sesebuah bisnes juga boleh meningkatkan kredibiliti jenama menerusi laman web. 

2. Menjangkau Pelanggan Secara Lebih Meluas

Sampai bila anda nak fokus kepada pelanggan tetap dan sekeliling anda sahaja?

Kini, tiba masanya untuk bisnes anda jadi lebih terkenal dan boleh diakses di serata dunia menerusi laman web.

Berbanding dengan kedai fizikal yang hanya menumpukan di sekeliling kawasan anda sahaja, laman web mampu mencapai pasaran sehingga ke luar negara. Ditambah pula dengan strategi pemasaran digital yang mantap, anda juga pasti dapat mendorong pelanggan ke website secara berkesan.  

Jadi, memang rugi kalau anda tidak manfaatkan website demi perkembangan bisnes. 

3. Memenuhi Kepuasan Pelanggan

Dengan adanya website, anda mempunyai kebolehan untuk menjalankan perniagaan selama 24 jam sehari! 

Bagi pelanggan yang sibuk, mereka lebih cenderung untuk mencuci mata terlebih dahulu dan membuat pesanan melalui website pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jadi, mereka tak perlu luangkan masa untuk ke kedai fizikal. 

Proses jual beli juga akan menjadi lebih efisien dan mudah dengan adanya laman web. Sebagai pemilik bisnes, anda sendiri boleh tentukan aliran pembelian yang paling mudah buat pelanggan. Barulah pelanggan gembira untuk membeli belah di website anda! 

Apabila anda sudah ada website, jangan lupa untuk sentiasa kemas kini maklumat dari masa ke semasa dan kenalpasti gelagat pelanggan supaya anda mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang. 

4. Lebih Berkesan Berbanding Pemasaran Gaya Tradisional 

Pelaksanaan pemasaran tradisional seperti mencetak risalah, majalah, papan iklan dan iklan televisyen memerlukan pengeluaran kos yang agak tinggi.

Bukan sahaja memakan modal yang besar, malah pemasaran gaya tradisional seperti mencetak iklan di kertas juga hanya membolehkan anda mencapai pelanggan terdekat sahaja. 

Berbanding pemasaran digital seperti website, ia juga mampu menjangkau pasaran yang lebih luas dalam jangka masa yang panjang dengan kos yang lebih terkawal.

5. Menganalisa Data Untuk Tingkatkan Prestasi Perniagaan

Amatlah penting bagi setiap pemilik bisnes untuk mempunyai rekod prestasi bagi mengukur prestasi serta perkembangan perniagaan.

Sebagai peniaga, banyak aspek yang perlu dititikberatkan seperti hasil jualan, statistik perniagaan serta tingkah laku pelanggan ketika berurusan dengan bisnes anda.

Melalui data-data yang dikumpulkan seperti statistik kunjungan, jenis kandungan yang pelawat sering cari di website dan prestasi untuk setiap halaman di website mampu membantu anda untuk tambah baik kualiti bisnes dari semasa ke semasa.

Google Analytics adalah platform yang wajib dimiliki sekiranya bisnes anda mempunyai laman web. Ia berfungsi untuk mengumpulkan data dari laman web dan menyediakan laporan yang terperinci mengenai progres perniagaan anda.

Jadi, tak rugi untuk anda melabur duit untuk pembangunan bisnes anda. Penggunaan website terbukti mampu memberikan anda kelebihan untuk mencapai pelanggan, meningkatkan kepuasan pelanggan serta lebih mudah dikendalikan berbanding kedai fizikal.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan yang terbaik bagi mendigitalkan perniagaan anda. Selamat mencuba! 

Baca juga: Bisnes Anda Merosot, Nak Atasi Macam Mana?

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top