Dalam masa dua minggu lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sungguh cepat masa berlalu!
Bagi pemilik bisnes, jangan terleka pula sampai lupa nak buat persiapan untuk kempen Raya.
Maklumlah, pasti ramai bisnes lain yang berlumba-lumba nak lancarkan kempen jualan sempena kedatangan Syawal nanti. Jadi, kalau tak plan betul-betul bisnes anda sendiri yang akan rugi besar!
Ayuh kita semak 7 persiapan yang pemilik bisnes perlu untuk jalankan kempen Raya yang berjaya.
7 Persiapan Pemilik Bisnes Perlu Buat Untuk Jalankan Kempen Raya
1. Kenalpasti Situasi Pasaran
Pemilik bisnes wajib tahu apa yang pelanggan mahukan dan apa yang pesaing buat pada Hari Raya ini.
Jadi, anda kena buat research tentang beberapa aspek seperti trend tahun ini, permintaan pelanggan, harga dan promosi yang boleh tarik pelanggan.
Untuk mula buat kajian, anda boleh senaraikan beberapa soalan seperti :
- Bila waktu yang sesuai untuk lancarkan produk?
- Siapa pesaing kita?
- Apa kelebihan yang produk atau perkhidmatan kita ada berbanding pesaing?
- Macam mana pesaing lakukan promosi dan apa yang mereka tawarkan kepada pelanggan?
Kemudian, anda juga perlu ambil kira gelagat pembeli pada musim perayaan ini.
- Berapa banyak produk yang pelanggan akan beli?
- Bila orang nak membeli dan berapa bajet yang mereka tetapkan?
- Siapa target market kita?
- Ada produk baru yang sesuai untuk dilancarkan tak sempena Hari Raya?
2. Tetapkan Target dan Timing
Bila anda sudah kenalpasti situasi pasaran, anda perlulah tetapkan target dan timing untuk jalankan kempen jualan Raya.
Target dan timing ini perlulah realisitk dan boleh dicapai, jangan pula letak sasaran terlalu tinggi dan terlalu rendah.
Pada masa yang sama, anda perlu ada matlamat jelas untuk jualan Raya.
- Berapa banyak produk hendak dijual?
- Berapa banyak keuntungan yang ingin dicapai?
- Bila waktu nak mulakan kempen dan tempoh kemuncak untuk adakan jualan?
Jangan lupa untuk sediakan Plan B sekiranya ada perkara yang tak diingini berlaku ketika kempen sedang berlangsung.
3. Tetapkan Sales Channel
Kempen Raya anda juga perlu ada saluran jelas untuk menjual produk.
Adakah anda nak menjual secara online, di bazar Ramadan, di kedai atau menerusi ejen?
Tetapkan juga platform pemasaran yang sesuai dengan target market. Pelanggan anda aktif di media sosial, Whatsapp, Telegram atau lebih gemar terima email atau SMS?
Pastikan juga sales channel yang dipilih sesuai dengan produk, dengan pelanggan dan menepati bajet dan target jualan Raya.
4. Atur Kempen, Produk dan Packaging
Untuk bersaing pada musim Raya ini, bisnes anda perlulah lebih menyerlah daripada jenama lain.
Jadi, anda kena rancang beberapa aspek penting untuk jualan Raya antaranya :
- Nama produk, pilihan warna, bahan-bahan dan saiz produk
- Packaging yang berkualiti dan menarik untuk produk.
- Marketing plan yang kreatif dan menarik untuk tarik perhatian pelanggan.
Dengan erti kata lain, produk, packaging dan susun atur kempen pemasaran anda perlulah ada elemen penarik dan boleh membezakan daripada jenama pesaing.
5. Pengaruhi Pelanggan Dengan Elemen Trigger
Apakah cara untuk buatkan pelanggan tertarik dan bagaimana untuk pengaruh mereka supaya membeli produk kita?
Terdapat pelbagai elemen trigger yang anda boleh gunakan untuk pengaruhi pelanggan seperti social proof, scarcity, urgency dan macam-macam lagi.
Selain mengkaji keperluan dan masalah pelanggan, pemilik bisnes juga mestilah peka pada emosi pelanggan Ramadan ini.
Sebagai contoh mudah, pelanggan biasanya akan fokus pada persiapan puasa dan ibadah pada awal Ramadan.
Pada penghujung Ramadan, pelanggan akan lebih teruja untuk shopping dan balik kampung.
Ini semua boleh menjadi panduan kepada anda untuk rangka kempen marketing yang berkesan sempena Hari Raya.
6. Rancang Team Yang Solid
Untuk memastikan projek jualan Raya berjaya, anda perlulah bina team yang komited.
Mereka perlu ada ciri-ciri ini :
- Pengalaman dan kemahiran yang relevan dengan kempen jualan Raya
- Ada komunikasi yang baik antara ahli team
- Mempunyai motivasi dan semangat untuk laksanakan kempen Raya
- Visi dan misi yang seiring dengan bisnes anda
Selain memberikan latihan, anda sebagai pemilik bisnes juga perlu memberikan sokongan kepada mereka untuk lakukan yang terbaik pada kempen ini.
7. Framework dan Struktur
Kempen Raya adalah projek tahunan yang cukup besar bagi sesebuah bisnes. Jadi, anda wajib ada framework dan struktur kempen yang jelas sebagai panduan dari awal hingga akhir projek Raya.
- Bina sistem dan proses yang kukuh demi jualan yang lancar
- Prestasi kempen dan jualan perlu dijejak menerusi analisa data
- Kenalpasti apa yang berkesan dan apa yang tidak
Kemudian, anda perlu tambah baik strategi mengikut data yang ada.
Bila kempen sudah tamat, anda perlu kumpul semula data dan pantau prestasi sepanjang tempoh projek Raya berlangsung.
Ini dapat membantu anda untuk rangka kempen Raya yang lebih gempak pada tahun hadapan.
Begitulah antara persiapan yang anda perlu lakukan untuk lancarkan kempen Hari Raya. Dari pemilihan produk, waktu kempen sehinggalah ke latihan staff, semuanya perlu diatur dengan baik.
Barulah mudah untuk bisnes anda capai target jualan pada Hari Raya ini. Selamat mencuba!
Sumber : Sifubad
Baca Juga : Trend Media Sosial 2024 Yang Pemilik Bisnes Perlu Tahu