Sebagai usahawan baharu, antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi adalah masalah kewangan yang tidak menentu. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, masalah ini boleh menjejaskan perkembangan bisnes sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan pembiayaan BSN Micro-I Penjaja Kasih dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu. Ia merupakan salah satu kemudahan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga mikro bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

BSN Mikro/I-Penjaja Kasih

Tujuan bagi tawaran pinjaman ini adalah bagi membolehkan peniaga untuk menambah modal kerja, pembelian aset dan kerja-kerja pengubahsuaian.

Pembiayaan BSN Micro/I-Penjaja Kasih ini terbuka untuk permohonan bagi tiga kategori iaitu :

  • BSN Micro Penjaja Kasih-Muda (untuk peniaga daripada golongan belia)
  • BSN Micro-i Penjaja Kasih-Bumiputera (untuk peniaga daripada golongan Bumiputera)
  • BSN Micro-i Penjaja Kasih- Bukan Bumiputera (untuk peniaga daripada golongan bukan Bumiputera)

BSN Mikro/I-Penjaja Kasih

Tempoh & Kadar Pinjaman BSN Micro/ I-Penjaja Kasih

Tempoh pinjaman bagi pembiayaan ini adalah 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan.

Kadar pinjaman yang ditawarkan untuk pembiayaan ini pula adalah seperti berikut :

  • Penjaja: RM5,000 – RM20,000
  • Trak makanan: RM5,000 – RM50,000

Syarat-Syarat Kelayakan

Peniaga yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

1. BSN Micro /I-Penjaja Kasih-Muda

  • Perusahaan mikro/kecil/penjaja dimiliki oleh belia berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan

2. BSN Micro /I-Penjaja Kasih- Bumiputera

  • Perusahaan mikro/kecil/penjaja dimiliki oleh Bumiputera
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan

3. BSN Micro /I-Penjaja Kasih- Bukan Bumiputera

  • Perusahaan mikro/kecil/penjaja dimiliki oleh bukan Bumiputera
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan

Kaedah Permohonan

Untuk memohon, calon perlu kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah (jika berkenaan)
  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
  • Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan
  • Sebutharga belian bagi tujuan menaik taraf perniagaan
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman rasmi BSN.

Pemohon boleh rujuk panduan pengguna di pautan ini :

PANDUAN PENGGUNA

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai pembiayaan ini, sila rujuk senarai Soalan Lazim seperti berikut :

Soalan Lazim BSN – Mikro/I- Penjaja Kasih-Muda (Skim Pembiayaan Syariah)

Soalan Lazim BSN – Mikro/I-Penjaja Kasih-Muda (Skim Pembiayaan Konvensional)

Soalan Lazim BSN – Mikro/I-Penjaja Kasih-Bumiputera (Sim Pembiayaan Syariah)

Soalan Lazim BSN – Mikro/I- Penjaja Kasih-Bumiputera (Skim Pembiayaan Konvensional)

Soalan Lazim BSN – Mikro/I-Penjaja Kasih-Bukan Bumiputera (Skim Pembiayaan Syariah)

Soalan Lazim BSN – Mikro/I-Penjaja Kasih-Bukan Bumiputera  (Skim Pembiayaan Konvensional)

Anda juga boleh hadirkan diri ke cawangan BSN terdekat untuk dapatkan informasi lanjut mengenai pembiayaan ini. Semak cawangan BSN berdekatan anda di sini :

LOKASI BSN TERDEKAT

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memohon pembiayaan dengan lebih lancar. Selamat mencuba!

Baca Juga : Lebih 20 Tahun Berbisnes, Pengasas Supercat Kongsikan 16 Pengajaran Buat Usahawan Baharu  

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top