Pemasaran e-mel merupakan satu platform pemasaran digital yang ramai pemilik bisnes gunakan untuk mencapai pelanggan dan mengembangkan jenama. Walaupun teknologi e-mel bukanlah perkara baharu dalam pemasaran, namun data menunjukkan yang ia mampu menarik pelanggan untuk kenali jenama dan membuat pembelian dengan lebih yakin.
Tambahan pula, pelanggan millenial masa kini juga lebih gemar untuk berkomunikasi dengan sesebuah jenama menerusi e-mel.
Selain perancangan yang baik, anda juga perlu elakkan beberapa perkara bagi menjamin kempen pemasaran e-mel yang berkesan. Ingin tahu apa yang perlu dielakkan ketika menghantar e-mel kepada pelanggan? Jom kita semak satu persatu!
8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Kempen Pemasaran E-mel
1.Jangan Hantar Terlalu Banyak E-mel
Berjuta-juta e-mel dihantar setiap hari sehingga ada yang diabaikan oleh pelanggan. Oleh itu, jika anda hantar terlalu banyak e-mel kepada pelanggan, mereka mungkin boleh abaikannya. Lebih teruk lagi, pelanggan mungkin akan mudah rasa rimas sehingga ada yang bertindak untuk unsubscribe atau block anda!
Untuk memastikan bisnes tidak menghantar e-mel terlalu kerap kepada pelanggan, anda boleh tetapkan masa penghantaran pada waktu dan kadar yang sesuai.
Antara kekerapan yang disarankan adalah sebanyak seminggu sekali kecuali pada waktu jualan besar-besaran. Pada waktu tersebut, jenama mungkin perlu bersaing antara satu sama lain untuk menarik perhatian pelanggan.
Yang penting, anda perlulah pastikan e-mel yang dihantar bersasar, tidak berulang dan mempunyai kandungan yang berkualiti.
2.Jangan Hantar Kandungan E-mel Yang Terlalu Plain
Bercakap tentang kandungan yang berkualiti, pemasaran e-mel menawarkan kebebasan buat pemilik jenama untuk kongsikan pelbagai informasi dengan medium yang menarik agar pelanggan berminat untuk membuka e-mel. Anda boleh gunakan grafik yang berwarna, animasi pendek serta infografik yang memukau tetapi ringkas dalam e-mel yang dihantar.
Jangan lupa untuk sertakan bersama butang Call-To-Action (CTA) yang jelas supaya pelanggan dapat berinteraksi dengan lebih mudah.
3. Elakkan Penghantaran E-mel Tanpa Unsur Peribadi
Memandangkan ramai yang melihat pemasaran e-mel sebagai iklan, anda perlulah tarik perhatian pelanggan dengan menambah personal touch agar mereka rasa lebih berminat untuk ketahui kandungannya. Anggaplah pelanggan anda sebagai kawan ketika hasilkan kandungan e-mel. Apa yang anda boleh buat adalah gunakan nada yang mesra dalam e-mel dan selitkan nama panggilan pelanggan pada awal e-mel.
4. Elakkan Subject Line Yang Bosan
Subject line adalah tajuk besar yang muncul pada senarai e-mel yang diterima pelanggan. Ia adalah elemen pertama yang anda perlu tekankan demi pemasaran e-mel yang berjaya.
Kegagalan untuk hasilkan subject line yang menarik boleh merencatkan strategi pemasaran e-mel anda. Dalam menghasilkan subject line untuk e-mel, anda perlulah pastikan ianya jelas dan bertepatan dengan kandungan yang ditawarkan.
Anda juga perlu elakkan untuk menulis subject line yang berbaur clickbait bagi menjaga reputasi jenama. Ini dikhuatiri boleh membuatkan pemasaran e-mel anda disekat terus oleh pelanggan.
5.Tidak Menambah Nilai Pada E-mel
Memang rugi kalau anda tak letakkan kandungan yang berkualiti dalam pemasaran e-mel. Dalam memastikan e-mel yang dihantar berkesan, anda perlulah memastikan ia mempunyai kandungan yang bernilai.
Antara nilai yang anda boleh tambahkan dalam e-mel adalah seperti kod diskaun ekslusif, tawaran penghantaran percuma dan ganjaran Hari Jadi.
6.Tak Sasarkan Penghantaran E-mel
Bilakah kali terakhir anda semak senarai penerima e-mel dan buat pengelasan bergantung kepada minat mereka? Selain boleh merugikan anda, penghantaran e-mel secara umum boleh mengurangkan keberkesanan kempen anda.
Oleh itu, anda perlulah lakukan sedikit kajian dan buat bahagikan pelanggan mengikut kategori bersesuaian seperti produk yang mereka minati, jumlah perbelanjaan serta demografi. Ini boleh memberikan anda idea untuk hasilkan e-mel yang bertepatan dengan kategori pelanggan serta lebih menarik untuk pemasaran.
7.Jangan Gunakan Alamat E-mel No Reply
Jangan pandang rendah dengan kelebihan e-mel sebagai penghubung antara jenama dengan pelanggan. Disebabkan itu, anda perlulah elakkan untuk hantar e-mel kepada pelanggan daripada alamat e-mel yang tidak boleh dibalas (contoh : donotreply@gg.com)
Walaupun ia boleh beri kemudahan pada anda, e-mel no reply boleh merencatkan hubungan dua hala dan menjejaskan pengalaman pelanggan dalam berinteraksi dengan jenama anda.
Ini juga boleh membuatkan pelanggan rasa sukar untuk mengajukan soalan atau mencapai anda apabila mereka perlukan bantuan.
8.Tak Gunakan Perisian Pemasaran E-mel Yang Berkualiti
Salah satu cara terbaik untuk rangka pemasaran e-mel yang berjaya ialah dengan menggunakan perisian yang berkualiti. Di Mail Niaga, kami sedia menawarkan pakej pemasaran e-mel dengan ciri-ciri yang lengkap dan pasti bakal menepati keperluan perniagaan anda. Harga yang kami tawarkan juga cukup berbaloi untuk anda mencapai pelanggan dengan lebih berkesan.
Terdapat pelbagai larangan yang perlu anda titikberatkan dalam merangka kempen pemasaran e-mel. Dengan strategi yang mantap, anda pasti dapat mencapai lebih ramai pelanggan dan mampu menjana pulangan yang lebih lumayan. Berminat untuk mulakan pemasaran e-mel bagi jenama anda?
Hubungi Mail Niaga segera untuk dapatkan harga pakej yang berbaloi.