Barbie adalah sebuah jenama anak patung yang ikonik dan mendapat hati dalam ramai kanak-kanak perempuan sejak tahun 1959.

Jenama ini juga menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa bulan ini apabila mereka mengumumkan tayangan filem Barbie The Movie yang bakal muncul di pawagam pada 21 Julai ini.

Untuk menjadi filem paling gempak bagi tahun 2023, Barbie telah melakukan banyak publisiti dan pemasaran berskala besar untuk tujuan promosi.

Mana tidaknya, mereka juga perlu bersaing dengan satu lagi filem pada dijangka bakal pecah panggung iaitu Oppenheimer.

Ingin tahu apa yang Barbie telah lakukan untuk tarik penggemar filem di seluruh dunia? Jom kita semak 6 marketing padu yang filem Barbie lakukan untuk jadi filem blockbuster bagi tahun ini.

Ingin Muncul Sebagai Filem No. 1 Bagi 2023, Ini 6 Marketing Filem Barbie Yang Paling Gempak Setakat Ini

1. World of Barbie

Selari dengan pelancaran filem, Barbie dengan kerjasama syarikat mainan terkemuka, Mattel telah melancarkan jelajah World of Barbie di Amerika Syarikat.

Jelajah ini membolehkan orang ramai menikmati pengalaman gaya hidup Barbie dengan bermacam-macam ruang yang dihias secara terperinci berdasarkan Barbie Dreamhouse serta pelbagai ‘kerjaya’ yang Barbie pernah ceburi selama berpuluh tahun!

Dengan pendedahan pengalaman ekslusif ini, pasti ramai yang tak sabar untuk menonton filem Barbie pada 21 Julai nanti.

2. Billboard Merah Jambu

filem barbie

Aura Barbie yang cukup kuat telah membuatkan jenama ini cukup sinonim dengan warna merah jambu terang. Satu lagi marketing genius yang jenama ini gunakan adalah dengan memaparkan iklan billboard merah jambu.

Apa yang menarik tentang billboard ini adalah ia sengaja direka tanpa sebarang visual, headline atau gambar. Cuma tertulis tarikh tayangan filem di sudut bawah billboard.

Bukan sahaja unik, malah billboard ini juga menjadi bukti kekuatan jenama ini yang hanya perlu gunakan warna pink untuk membuatkan orang ramai ingat semula tentang Barbie.

3. Barbie Selfie Generator

Filem yang dinanti ramai ini memulakan marketing menerusi filter yang sangat menarik iaitu Barbie Selfie Generator. Filter ini membolehkan pengguna untuk ‘jadi Barbie atau Ken’ dan muat naik gambar sendiri dengan latar belakang yang persis seperti poster filemnya. Lebih menarik lagi, pengguna juga boleh ubahsuai warna serta caption pada gambar mengikut citarasa.

Kempen pemasaran ini adalah contoh experiential marketing yang bijak kerana ia dapat mengajak pelanggan alami sendiri dunia Barbie dan mengimbau kembali nostalgia para penggemar patung mainan ini yang kebanyakannya sudah beranjak dewasa.

Dengan setiap imej dilengkapi dengan tarikh tayangan filem Barbie, ia juga satu kaedah promosi yang berkesan apabila pengguna memuatnaik imej ikon tersebut di media sosial. Nak cuba? Pergi saja ke pautan ini!

4. Ubahsuai Khas di Bondi Icebergs Club

Barbie turut mengambil peluang untuk dominasi kelab renang yang ikonik di Australia iaitu Bondi Icebergs Swimming Club. Terletak di Pantai Bondi, Bondi Icebergs merupakan satu-satunya kelab renang musim sejuk berlesen yang ada di dunia.

Sempena pelancaran filem Barbie, kelab renang yang sudah beroperasi selama 94 tahun ini telah mendapat ubahsuai khusus dengan nilai estetik Barbie termasuk kolam renang yang telah dicat semula dengan logo Barbie. Kawasan sekitar kolam renang juga dihias dengan payung merah jambu dan putih serta kerusi malas dengan logo anak patung popular ini.

5. Kolaborasi Barbie Dengan Pelbagai Jenama

 

filem barbie

Kempen pemasaran bagi filem Barbie juga nampaknya cukup ketara dengan kolaborasi bersama lebih 30 jenama lain. Terdapat banyak jenama yang menghasilkan produk khas dengan warna merah jambu sempena kolaborasi ini.

Antaranya ialah permainan video Xbox merah jambu dengan rekaan Barbie Dreamhouse, mekap Barbie dengan tema 90-an daripada NYX, kasut merah jambu yang dipersembahkan dalam kotak merah jambu Barbie dan beberapa pakaian bertemakan Barbie daripada pelbagai jenama seperti Cotton On, Forever 21 dan GAP.

6. Malibu Dreamhouse Airbnb

filem barbie

Antara gimik marketing yang paling besar dilakukan oleh Barbie sempena pelancaran filemnya adalah pembinaan Malibu Dreamhouse. Terletak di Malibu, California, rumah serba merah jambu ini merupakan kerjasama Barbie dengan syarikat penginapan terkemuka iaitu Airbnb.

Lengkap dengan kolam renang, almari penuh pakaian, gimnasium dan lantai tari, peminat Barbie juga berpeluang untuk menginap di villa mewah ini secara percuma!

filem barbie

Kali ini, team marketing Barbie The Movie nampaknya all-out untuk promosikan filem bertemakan fantasi ini. Boleh dikatakan belum ada lagi filem yang berjaya merealisasikan kempen pemasaran berskala global seperti Barbie!

Dengan pelbagai inisiatif pemasaran yang berlangsung sempena pelancaran filem Barbie tak lama lagi, kita dapat melihat komitmen team marketing mereka yang cukup besar. Ini secara tidak langsung bukan sahaja bakal menarik orang ramai untuk menonton filemnya, malah menaikkan lagi jenama Barbie sebagai ikon anak patung paling popular di dunia.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top