EZ Qurban raih Anugerah

Sudah menjadi kelaziman bagi semua umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban setiap kali menjelang bulan Zulhijjah.  Ibadah yang dijalankan pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah, merupakan cara umat Islam menghayati semangat pengorbanan luar biasa Nabi Ibrahim saat diuji oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya.

Sambil berkongsi rezeki, ibadah korban ini sekali gus dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha. Selain perlaksanaan korban di komuniti setempat, perlaksanaan ibadah korban di luar negara juga mendapat sambutan yang menggalakkan disebabkan oleh kosnya yang berpatutan.

EZ Qurban Tawar Harga Korban Berpatutan

Salah satu agensi yang menyediakan khidmat ibadah korban luar negara pilihan ramai rakyat Malaysia  ialah EZ Qurban. Ditubuhkan pada 3 April 2007, EZ Qurban Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan lengkap untuk ibadah korban dan aqiqah, serta perkhidmatan lain yang berkaitan seperti fidyah, derma dan wakaf.

Dengan slogan ‘Akikah Korban Tanpa Sempadan’, EZ Qurban komited untuk menjadi jenama profesional yang dipercayai dalam perkhidmatan aqiqah dan korban, sambil membantu umat Islam di 41 buah negara termasuk Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Filipina serta Kem Pelarian Rohingya dan Palestin.

EZ Qurban

EZ Qurban Berhasil Raih Anugerah APEA 2023

Baru-baru ini, EZ Qurban telah mencatat pencapaian terbaru dengan mewakili Malaysia di Majlis Anugerah Enterprise Asia Pasifik (APEA) dalam pencalonan bagi kategori Kecemerlangan Korporat.

Dengan tema Capturing Oppurtunities in a Resurgent Asia, APEA 2023 ialah satu program untuk memberi anugerah serantau dengan menghargai kecemerlangan keusahawanan dan korporat.

Anugerah ini mengiktiraf pemilik bisnes dan syarikat yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam membangun perniagaan yang berjaya dengan mengambil peluang dalam kebangkitan ekonomi serantau, sambil menjalankan tanggungjawab sosial yang datang dengan kepemimpinan tersebut.

Azhar Ab Shukur, pengasas EZ Qurban Sdn Bhd, menyatakan bahawa pengiktirafan terhadap institusi ini menjadi bukti bahawa jenama yang dimiliki oleh usahawan Islam juga mampu mencapai kejayaan dan bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

EZ Qurban terima sijil AWARIS

Walaupun semakin banyak agensi yang menawarkan perkhidmatan korban, namun EZ Qurban Sdn Bhd masih komited untuk menjadi pilihan utama umat Islam di Malaysia setiap hari menjelangnya bulan Zulhijjah.

Syarikat ini bukan sahaja telah menjadi agensi pertama di Malaysia yang dianugerahkan dengan Sijil Perkhidmatan Korban & Akikah Patuh Syariah MS ISO 1900:2014, malah mereka juga memiliki Sijil Amanah Warisan Berhad (AWARIS) bagi memastikan ketelusan setiap proses transaksi peserta akikah dan korban.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban, Ahmad Fadzlullah Bin Hasanuddin, setiap pembayaran yang diterima oleh pihak mereka akan disimpan dalam akaun trustee yang dipantau oleh AWARIS Berhad.

Beliau turut berkongsikan rancangan untuk memperkenalkan teknologi blockchain di masa hadapan bagi memudahkan urusan rekod transaksi korban. Dengan kemudahan ini, peserta hanya perlu mengimbas kod yang diberikan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai haiwan korban mereka.

EZ Qurban

Ayuh kita tunaikan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tak lama lagi. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah S.W.T dan membawa berkah yang melimpah.

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar korban, sila kunjungi laman web www.ezqurban.org atau hubungi talian bebas tol 1-800-885-885 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : Harian Metro

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top