Baru-baru ini, Koraya telah menerima kunjungan daripada Dato’ Umar Sarim, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Koraya adalah sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad yang menawarkan pembiayaan patuh syariah kepada kontraktor-kontraktor perumahan khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Di samping menawarkan pembiayaan kepada kontraktor perumahan, Koraya juga sedang menumpukan kepada Financial Technology (FinTech), Artificial Intelligence (AI) dan pelaburan hartanah (REIT).

Dalam lawatan ini, Koraya turut dikunjungi oleh barisan kepimpinan SKM Kelantan iaitu Pengarah SKM Kelantan, Encik Zainuddin Mohamed, Timbalan Pengarah SKM Kelantan, Encik Hasrul Adzuan dan Penolong Pengarah SKM Kelantan, Encik Mohd Hafizul.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Pengurus Besar Koraya, Encik Mohd Khairul Jeffridin, Tuan Haji Nik Mohd Nasrudeen, Setiausaha Kehormat Koraya dan Ahli Lembaga Koperasi serta Encik Wan Mohd Syazwan dan Encik Abdul Rizal selaku Ahli Lembaga Koperasi.

Dalam lawatan tersebut, pihak Koraya Berhad yang diwakili oleh En Mohd Khairul Jeffridin dan Tuan Haji Nik Mohd Nasrudeen telah mengadakan sesi taklimat mengenai operasi syarikat serta projek kolaborasi bersama MyFinB dan Koraya sebagai wakil rasmi MyFinB.

Dalam sebuah majlis iftar yang diadakan oleh Koraya baru-baru ini, sebuah MOU telah ditandatangani antara Pengerusi Koraya, Rozaidi Abdullah dan Pengerusi MyFinB Pte Ltd, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bagi merasmikan penerokaan penggunaan Big Data dan Artificial Intelligence (AI) khusus bagi sektor pembinaan dan pelaburan.

koperasi

MYFinB merupakan sebuah syarikat teknologi Malaysia pertama yang menggunakan Big Data atau data raya serta AI untuk membantu perniagaan khususnya dalam pelaburan.

Teknologi AI didapati dapat dimanfaatkan bagi menilai dan mencadangkan solusi terbaik berkaitan kewangan semasa kontraktor dan peminjam demi aliran wang yang baik untuk syarikat.

Selain itu, kerjasama ini bakal menjadikan Koraya sebagai koperasi FinTech pertama di Malaysia.

Melalui kerjasama dengan MyFinB, Koraya juga bakal membantu kontraktor yang berdepan dengan masalah seperti pengurusan aliran tunai, kos buruh yang tinggi serta pengurusan projek yang lebih cekap.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top