Di era yang semakin menuju dunia digital, perkhidmatan 5G dijangka akan menjadi pemangkin utama bagi perubahan dalam telekomunikasi. Sebagai pengganti kepada teknologi 4G yang telah mencapai kedewasaannya, 5G dianggap sebagai pintu gerbang ke bagi peningkatan kualiti internet dan komunikasi.

Dengan kelajuan yang dianggarkan dua hingga sepuluh kali ganda lebih pantas daripada pendahulunya, 5G akan memberikan impak besar dalam pengalaman pengguna, dari penstriman video berkualiti tinggi tanpa gangguan hingga ke aplikasi realiti maya yang memukau.

Bagi merevolusikan kemajuan digital di negara ini, Maxis telah mengumumkan pelancaran khidmat 5G yang dijangka akan berlangsung seawal minggu hadapan. Pembaharuan ini bakal menyaksikan era baharu bagi teknologi telekomunikasi di Malaysia di samping meningkatkan potensi penuh capaian internet untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Maxis telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan 5G pada 15 Ogos 2023 setelah rancangan tersebut diluluskan oleh pemegang saham dalam mesyuarat EGM kata Wilson Loo, seorang penganalisis dari TA Securities.

Beliau menambah, jika persetujuan dari pemegang saham diperoleh, Maxis dijangka akan bergabung dengan syarikat telekomunikasi lain untuk menghadirkan produk dan perkhidmatan 5G.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Maxis dilaporkan telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Digital Nasional Berhad (DNB).

Sebelum itu, pembekal perkhidmatan telekomunikasi lain iaitu CelcomDigi, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications akan menyelesaikan proses pemegangan saham dalam DNB dan akan menyokong perkembangan jaringan 5G sebaik sahaja ia mencapai liputan sebanyak 80 peratus di kawasan populasi tinggi menjelang hujung tahun.

Produk 5G yang ditawarkan oleh Maxis merangkumi pascabayar, pascabayar business, pascabayar serta prabayar Hotlink dan WiFi dengan langganan bulanan dengan harga bermula RM 79. Kesemua plan yang ditawarkan ini boleh dinaiktaraf melalui aplikasi Hotlink/Maxis.

Lebih menarik lagi, pelanggan Maxis dan Hotlink juga boleh nikmati akses 5G dengan tempoh percubaan percuma selama sebulan iaitu bermula 15 Ogos hingga 15 September 2023. Selepas tamat tempoh percubaan, akses 5G akan dicaj dengan harga RM 5 untuk penggunaan selama 30 hari.

Terlebih dahulu, pelanggan juga perlu menyemak jika peranti mempunyai sokongan 5G dan jika pelan yang dilanggan layak untuk mendapatkan akses 5G.

Pelanggan yang berminat boleh ketahui dengan lebih lanjut menerusi laman rasmi Maxis.

Maxis 5G

Pelancaran 5G sekaligus membuktikan komitmen Maxis untuk terus memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Walaupun cabaran dan perubahan terus berlaku, syarikat telekomunikasi ini tetap berpegang pada visi untuk membentuk masa depan digital yang lebih cemerlang dan inovatif bagi semua.

Sumber:BeritaHarian

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top