Bantal adalah keperluan yang sangat penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk memiliki bantal yang bagus dan sesuai untuk digunakan setiap malam.

Di situlah Nastasha melihat peluang pasaran bantal bermutu tinggi dengan harga mampu milik.

Bantal Leyna merupakan produk kebanggaan Flenaz Synergy, sebuah syarikat yang dianggotai oleh Siti Nastasha Nordin serta suami, Mohamad Azli Che Azhar, Norlaila Yusof serta Mohd Fairouz Bakar.  

Bisnes yang bermula secara kecil-kecilan dari rumah ini telah berkembang dengan ribuan ejen di Malaysia, Singapura dan Brunei.  

Jenama ini juga telah mendapat beberapa pengiktirafan seperti The Brandlaureate SMEs Best Brand Award 2022 dan Anugerah Exclusive Pillow Distributor of The Year Malaysia Excellence Business Awards pada tahun 2023.

Melihatkan jenama Leyna yang semakin popular saban hari, anda pasti tidak menyangka bahawa bisnes ini dibangunkan oleh dua orang surirumah yang minat berniaga.

Apakah keistimewaan bantal Leyna dan bagaimana mereka mampu menjadi jenama yang terkenal pada waktu yang singkat?

Jom kita selami kisah mengenai jenama bantal terkenal ini secara lebih lanjut.

Leyna Bukan Bantal Biasa

Walaupun nampak macam isu kecil, sebenarnya bantal memainkan peranan yang penting pada setiap malam. Maklumlah, ada yang suka bantal tinggi, ada yang suka bantal leper.

Nastasha melihat keperluan ini sebagai peluang baginya untuk memasarkan bantal dengan ciri-ciri yang unik. Tambahan pula, sekitar tahun 2017, masih belum ada penjualan keperluan bilik tidur secara atas talian.

Selain diperbuat daripada material yang berkualiti, bantal Leyna juga mempunyai zip pada bahagian belakang. Untuk sesuaikan ketinggian mengikut citarasa masing-masing, pengguna boleh keluarkan atau masukkan fiber bantal mengikut keselesaan masing-masing.  

Bukan itu sahaja, malah Leyna juga menjamin bahawa bantal mereka boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan akan kekal dalam bentuk yang sempurna selepas pengeringan.

Corak bantal Leyna yang elegan dan menjadi trademark bagi jenama ini tidak hanya membuatkan bantal ini menarik untuk dimiliki, malah pelanggan juga tidak perlu membeli sarung bantal lain.

leyna

Sistem Ejen Yang Mantap Jadi Kelebihan Leyna

Berbekalkan pengalaman berniaga secara online, Nastasha serta rakan niaganya Norlaila telah membangunkan sistem dan struktur perniagaan serta pemasaran yang terancang sejak hari pertama syarikat ditubuhkan.

Bagi memastikan kelancaran bisnes, beliau turut menitikberatkan pengurusan sistematik menerusi penyediaan sistem yang teratur secara menyeluruh.

Bagi mendorong prestasi yang konsisten, syarikat ini juga menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI), tawarkan bimbingan serta ganjaran untuk para ejen.

Seiring dengan hala tuju syarikat, sistem yang terancang ini juga dapat memastikan kebajikan wakil jualan Flenaz Synergy terjamin.

leyna

Team Yang Berkebolehan Untuk Memimpin

Kejayaan yang diraih oleh jenama ini tak akan wujud tanpa Leyna Buddies dan Leyna Warriors yang Nastasha anggap sebagai keluarga.

Pernah melalui kesukaran untuk berniaga sambil menguruskan rumahtangga, beliau cukup faham cabaran yang dihadapi oleh team serta ejen.

Melalui ciri kepimpinan yang baik yang diterapkan dalam setiap usahawan membuatkan Leyna wujud bukan sekadar sebagai jenama bantal, malah sebagai pemangkin untuk mengubah hidup lebih ramai orang terutamanya surirumah.

Menurut Nastasha, untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu bukan sahaja perlu ada kemahiran menjual, malah mereka juga mesti ada mindset untuk memimpin kerana melalui bisnes kita dapat membantu orang di sekeliling.

Oleh sebab itulah, Leyna sangat menitikberatkan kebajikan team serta ejen dan tidak putus memberikan sokongan buat mereka.   

leyna

Walaupun tidak meletakkan sasaran jualan yang tinggi, namun Nastasha cukup terharu apabila jenama ini mendapat sambutan yang hangat sehingga satu juta unit bantal berjual terjual hanya selepas 3 tahun diperkenalkan.

Kejayaan bantal Leyna membuktikan bahawa dengan keazaman, pengalaman serta pengurusan perniagaan yang baik, sesiapa sahaja mampu membina jenama sendiri.

Sehingga kini, Leyna telah beroperasi selama 5 tahun dengan pasukan yang terdiri daripada 100 ketua ejen dan kira-kira 9,000 ejen dan dropship di 3 buah negara.

Leyna terus mara ke hadapan dan bermatlamat untuk meneraju pasaran kelengkapan rumah menjelang tahun 2030.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top