MR DIY adalah peruncit perkakas rumah yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Memiliki lebih 1,000 cawangan di Malaysia, MR DIY telah menjadi jenama barangan perkakasan yang wajib dikunjungi oleh pelanggan apabila ingin membeli aneka alatan perkakas.

Tidak cukup dengan itu, MR DIY kini telah membawa masuk satu jenama antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global dan menjadi kegemaran peminat DIY dan kalangan professional dalam industri pembinaan. Peralatan yang dihasilkan juga cukup lengkap dan memenuhi permintaan pelanggan.

Cawangan pertama EMTOP di Malaysia telah dibuka yang terletak di Bandar Puteri Puchong, Selangor. Ia telah pun beroperasi secara rasmi pada 24 April yang lepas.

EMTOP pertama

EMTOP adalah salah satu jenama perkakas serta barangan rumah yang terkemuka dan mempunyai cawangan di lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Rangkaian produk yang mereka tawarkan juga sentiasa menjadi pilihan ramai pengguna kerana kualiti serta ketahanannya yang tiada tandingan.

Daripada perkakasan sehingga ke alat elektronik, EMTOP menawarkan lebih 1,000 jenis produk bermutu tinggi dengan harga yang cukup berpatutan. Antara produk yang boleh didapati adalah mesin gerudi, mesin rumput, dan perkakas pelbagai fungsi serta saiz. Lebih menarik lagi, kebanyakan produk-produk mereka juga mudah untuk dikendalikan dengan penggunaan bateri standard.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata permintaan alatan, perkakas, dan gajet dilihat semakin meningkat terutamanya di kalangan rakyat Malaysia yang gemar menghias kediaman serta membuat projek DIY dari rumah.

Jadi, syarikat mereka melihat ini sebagai peluang yang tepat untuk menjadi francaisor utama bagi jenama EMTOP di Malaysia. Tambahan pula, jenama ini mempunyai reputasi yang sangat baik dan diiktiraf di peringkat global.

Jadi, cawangan pertama EMTOP ini sekaligus akan menjadi pusat hentian setempat untuk pengguna mencari alatan asas yang  diperlukan.

EMTOP pertama

Tambah Adrian Ong lagi, mereka juga sedang merancang pembukaan cawangan EMTOP yang seterusnya di Klang, Selangor bagi mencapai lebih ramai pelanggan.

MR D.I.Y. telah mengatur pelbagai aktiviti menarik bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran kedai EMTOP yang pertama ini seperti penawaran diskaun sehingga 30 peratus serta hadiah istimewa buat pelanggan yang hadir.

Di samping itu, syarikat tersebut juga akan mengadakan siri demonstrasi produk EMTOP di Bandar Puteri Puchong dan MidValley Megamall, Kuala Lumpur dari 5 Mei hingga 5 Jun 2023 untuk mempromosikan lagi jenama ini.

Dengan adanya EMTOP, pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat kini dapat merasai pengalaman membeli-belah yang lebih mengasyikkan di lokasi pembelian terbaharu yang ditawarkan oleh MR DIY.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top