Sejak kira-kira sedekad lalu, kebanyakan pelanggan sudah mula mencari produk atau perkhidmatan yang diinginkan secara atas talian. Berdasarkan sebuah statistik, kira-kira 63 peratus urusan jual beli bermula secara online dan hampir 50 peratus pelanggan lebih gemar membuat pembelian dari telefon pintar masing-masing berbanding membeli-belah di premis.
Ini menjadi bukti yang kukuh mengapa bisnes anda perlu tanamkan strategi untuk hadir di atas talian demi menjamin perkembangan bisnes.
Untuk kekal bersaing dalam industri perniagaan, bisnes juga perlu bijak mengikut rentak pelanggan meskipun sentiasa berubah. Jadi, mahu atau tidak, bisnes anda perlu bertapak secara online untuk kekal bersaing dalam pasaran.
Jom kita lihat beberapa kelebihan online presence untuk perniagaan anda.
Manfaat Online Presence Untuk Bisnes Anda
1. Boleh Diakses 24 Jam
Berbanding kedai fizikal, kedai online boleh beroperasi selama 24 jam tanpa henti. Ini membolehkan pelanggan untuk temui jenama anda pada bila-bila masa di mana jua. Pelanggan juga boleh buat pembelian dengan lebih mudah tanpa perlu pergi ke kedai anda.
Pastikan laman atas talian yang anda tawarkan dapat beri pengalaman shopping yang menarik serta flow pembelian yang lancar dan mudah. Barulah pelanggan berpuas hati dan ingin kembali lagi pada masa akan datang!
2. Untuk Kuatkan Branding dan Kredibiliti Jenama
Online presence yang kuat juga membolehkan peniaga untuk bina reputasi yang baik kepada pelanggan. Maklumlah, pelanggan masa kini apa-apa pun mesti akan cari maklumat secara online.
Jadi, jika mereka dapat jumpa bisnes anda dengan mudah di internet, maka lebih mudahlah untuk mereka percaya dengan jenama dan kenali perniagaan anda dengan lebih lanjut.
Di samping itu, online presence juga dapat serlahkan lagi nilai profesional jenama anda untuk bersaing dengan bisnes lain.
Sebaliknya, jika pelanggan tak temui jenama anda secara atas talian, mereka mungkin akan persoalkan kesahihan bisnes anda.
3. Dapat Capai Pelanggan Secara Meluas
Pada tahun 2019, Google melaporkan carian sebanyak 3.8 bilion seminit. Kebanyakan carian didapati cenderung kepada carian informasi berkaitan perniagaan tempatan.
Jadi, memang rugi kalau bisnes anda tak dapat dijumpai di carian internet. Dengan online presence yang baik, anda boleh lakukan pemasaran digital dan brand awareness dengan lebih bebas dan bersasar untuk capai pelanggan dan tingkatkan lagi potensi bisnes.
4. Dapat Tawarkan Produk Atau Perkhidmatan Dengan Lebih Menarik
Dengan adanya website sendiri, anda juga boleh pasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih menarik. Pastikan website anda mempunyai rekaan yang simple dan navigasi yang mudah untuk pelanggan.
Content juga perlu disusun dengan baik supaya maklumat dapat sampai pada pelanggan. Anda juga disarankan untuk letakkan penerangan produk atau perkhidmatan secara terperinci terutamanya bagi produk seperti gadget, perabot dan peralatan.
Tips Bina Online Presence
1. Bina Website Yang User-Friendly
Website adalah aset yang sangat berguna bagi bisnes anda untuk tampilkan kelebihan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Pastikan website anda mempunyai flow yang kemas serta design yang ringkas untuk berikan first impression yang baik kepada pelanggan.
Anda juga boleh manfaatkan website untuk tampilkan identiti serta personaliti jenama dengan lebih detail. Selain itu, website anda juga perlu sediakan kandungan yang berkualiti dan berguna untuk pelanggan. Pastikan informasi yang dikongsikan relevan dan tepat dengan matlamat perniagaan.
Jangan lupa untuk kemaskini kandungan serta ciri-ciri website supaya dapat berfungsi seiring dengan hala tuju bisnes anda.
2. Buka Akaun Media Sosial
Kehadiran jenama anda secara aktif dan konsisten di media sosial memberi peluang kepada jenama anda untuk kekal relevan di hati pelanggan. Selain itu, ia juga boleh menjadi penghubung yang baik sekiranya anda rajin memanfaatkannya untuk berinteraksi dengan audiens.
Mungkin tidak semua plaform media sosial sesuai dengan jenama anda. Jadi, anda perlulah buat sedikit kajian dan rangka strategi media sosial yang boleh membantu dalam perkembangan serta hala tuju bisnes.
3. Guna Marketing Tools
Selain website dan media sosial, anda juga sangat digalakkan untuk guna marketing tools bagi mencapai lebih ramai pelanggan. Antara marketing tools yang menjadi pilihan ramai peniaga adalah pemasaran SMS dan pemasaran emel. Kedua-dua saluran ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam meningkatkan hasil jualan.
Pemasaran SMS seperti SMS Niaga lebih sesuai digunakan untuk anda tawarkan promosi atau sebarkan maklumat pada pelanggan secara serta-merta. Ini disebabkan oleh ciri-ciri SMS yang mudah untuk sampai kepada pelanggan serta mempunyai kadar bukaan yang tinggi. Ia juga merupakan antara marketing tools yang berkos rendah berbanding saluran pemasaran lain.
Pemasaran emel pula sesuai untuk anda kongsikan maklumat yang lebih terperinci dengan pelanggan. Biasanya, peniaga akan manfaatkan saluran ini untuk kongsikan newsletter dan pengumuman mengenai aktiviti jenama seperti pelancaran produk baharu, tawaran terkini dan kandungan yang bersesuaian dengan minat pengguna.
Berbanding SMS yang mempunyai had karakter, emel pula boleh dirangka dengan lebih bebas menerusi penggunaan grafik dan font yang lebih menarik.
Di zaman teknologi ini, tiada alasan lagi untuk jenama anda tidak wujud secara online. Dengan strategi pemasaran digital yang baik, online presence dapat menjadi batu loncatan bagi bisnes anda untuk menjadi lebih dikenali. Pelanggan juga pasti gembira untuk berurusan dengan jenama anda di mana-mana pada bila-bila masa sahaja.
Ingin bina website dan mulakan penggunaan marketing tools namun tiada kepakaran? Laman Web sedia membantu anda beralih ke perniagaan online sepenuhnya. Hubungi Laman Web segera untuk dapatkan harga pakej menarik dengan ciri-ciri yang tepat untuk bisnes anda.
Sumber : Forbes.com,Quartsoft.com