platform pemasaran emel

Dalam era digital yang terus meningkat, terdapat pelbagai strategi pemasaran yang diaplikasikan untuk seiring dengan perkembangan.  Pemasaran emel merupakan salah satu strategi pemasaran digital yang sangat efektif dan masih efisien untuk digunakan.

Pemasaran emel dapat membantu pemilik bisnes untuk menyampaikan tawaran promosi serta kandungan menarik kepada sasaran pelanggan secara langsung ke inbox mereka. Kaedah ini juga mampu membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan dan meningkatkan keberhasilan pemasaran.

Justeru, kini telah banyak syarikat yang merebut peluang dengan menawarkan servis pemasaran emel mengikut permintaan ramai. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh platform ini untuk membantu pemilik bisnes adalah merancang, melaksanakan dan menguruskan kempen pemasaran emel sesuai dengan halatuju perniagaan.

Ayuh kita semak beberapa platform pemasaran emel yang menjadi pilihan ramai peniaga masa kini.

6 Platform Pemasaran Emel Terbaik Malaysia

1. Mail Niaga

Mail Niaga adalah antara platform pemasaran emel yang dipercayai dan telah bekerjasama dengan beberapa jenama besar seperti Simplysiti, Muslim Volunteer Malaysia, Color Blast dan banyak lagi. Antara ciri-ciri yang ditawarkan adalah autoresponder, double opt-in untuk elakkan emel menjadi spam dan senarai segmentation pelanggan berdasarkan minat dan demografi. Selain itu, pengguna turut ditawarkan dengan laporan analitik untuk memantau prestasi kempen emel.

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan bermula serendah RM20 untuk 1000-1999 subscribers. Selain itu, terdapat juga pakej customise dengan harga serendah RM160 sahaja.

Pakej dengan ciri-ciri menarik serta harga mampu milik ini tentunya dapat membantu golongan peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka.

pemasaran emel

2. Mailchimp

Mailchimp adalah salah satu platform pemasaran emel yang popular dan menjadi pilihan ramai dalam pemilik syarikat. Dengan menggunakan Mailchimp, anda boleh mencipta dan menghantar newsletter emel, mengurus senarai emel anda, mengesan pembukaan dan klik emel anda dan banyak lagi.

Servis ini menawarkan beberapa pelan bersama dengan ciri-ciri yang sesuai mengikut keperluan bisnes yang dijalankan. Terdapat empat pelan yang ditawarkan iaitu :

  • Premium – bermula pada harga $87.50 (RM409.19) sebulan
  • Standard – hanya dikenakan serendah $5 (RM23.38) sebulan
  • Essentials – hanya disediakan ciri-ciri penting dengan harga $3.25 (RM15.20) sebulan
  • Free – tiada caj dikenakan

pemasaran

3. Sendinblue

Sendinblue atau kini telah dikenali dengan Brevo adalah platform yang mampu bantu membina hubungan dengan pelanggan melalui pemasaran email, SMS, dan marketing automation. Platform ini sesuai untuk perniagaan kecil yang ingin tingkatkan bisnes mereka dengan pelan percuma yang menawarkan 300 email sehari. Berikut beberapa ciri-ciri yang disediakan merangkumi komunikasi, engage dan pengurusan.

Menariknya, Sendinblue atau Brevo ini turut menyediakan sokongan pelanggan dalam 6 bahasa yang berbeza. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan dari negara yang berbeza dengan mudah.

pemasaran

4. Omnisend

Omnisend adalah platform pemasaran emel dan SMS yang membantu perniagaan e-dagang berinteraksi dengan pelanggan melalui pelbagai saluran. Dengan Omnisend, anda boleh mencipta dan menghantar kempen kepada pelanggan, memeriksa hasil dan mengautomasikan pemasaran.

Omnisend juga menyediakan sokongan pelanggan melalui emel dan sokongan maklumbalas menerusi chatbot. Sokongan ini membolehkan pelanggan menerima sokongan dan panduan dengan mudah tanpa perlu menelefon atau emel.

Pelan percuma ada ditawarkan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menggunakan servis Omnisend. Sementara itu, pengguna juga boleh menghantar sehingga 6,000 emel menerusi pelan standard yang bermula dengan $16 (RM74.82) sebulan.

pemasaran emel

5. ConvertKit

ConvertKit, salah satu platform pemasaran melalui emel yang menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik. Ia menyediakan alat dan ciri-ciri yang direka khas untuk content creator, penulis blog, dan usahawan dalam talian bagi membantu mereka meningkatkan dan membina engagement dengan audiens secara berkesan.

Selain itu, ConvertKit turut menawarkan integrasi dengan pelbagai alat dan platform pihak ketiga termasuk pembinaan laman web popular, platform e-dagang dan sistem pengurusan hubungan pelanggan (Customer Relationship Management).

ConvertKit bermatlamat untuk sediakan platform yang mesra pengguna dan intuitif bagi content creator dan usahawan dengan memastikan kempen pemasaran emel berjalan dengan lancar dan berkesan dalam mencapai pelanggan.

Demikian itu, ConvertKit telah menawarkan pelan yang sangat mampu milik dimana pelan tertinggi iaitu Creator Pro hanya dikenakan $25 (RM116.91) untuk sebulan. Caj tambahan dikenakan untuk setahun bagi kenaikan 300 subscribers iaitu sebanyak $290 (RM1356.18).

platform

 

6. Benchmark

Benchmark membantu bisnes untuk mencapai audiens dan mengembangkan perniagaan mereka melalui pemasaran emel. Terdapat pelbagai tawaran yang disediakan seperti pemasaran emel, landing pages, segmen dan tag, analitik, penulisan AI dan sokongan pelanggan 24 jam sehari.

Benchmark juga menawarkan pelan percuma yang membolehkan pengguna untuk hantarkan sehingga 3,500 emel setiap bulan. Pelan berbayar emel pula ditawarkan dengan harga bermula daripada $10 (RM46.77) sebulan dan termasuk beberapa ciri tambahan seperti kenalan tanpa had serta ujian A/B.

platform

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis pemasaran emel dengan harga berpatutan mengikut keperluan pelanggan dan mampu memberikan hasil yang lumayan. Dengan adanya pelbagai pilihan, pemilik bisnes boleh memilih mana-mana servis yang bertepatan dengan jenis perniagaan dan sesuai dengan bajet.

Semoga dengan senarai platform pemasaran emel ini dapat membantu anda membuat pilihan dalam memilih servis yang terbaik.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top