Media sosial kini bukanlah sekadar platform untuk berhubung, malah sebagai saluran penting untuk bisnes promosikan produk serta perkhidmatan mereka.
Maklumlah, kini lebih daripada 83% rakyat Malaysia merupakan pengguna aktif di media sosial. Oleh sebab itulah banyak bisnes sekarang turut memanfaatkan platform ini untuk mencapai pelanggan.
Di sini kami ingin kongsikan beberapa elemen storytelling yang sedang hangat di media sosial untuk dijadikan inspirasi bagi kempen pemasaran anda.
6 Elemen Storytelling Untuk Kempen Pemasaran Media Sosial Yang Berkesan
1. Menghiburkan
Ini adalah salah satu ciri paling ketara untuk tarik pengguna supaya terus berminat dengan jenama anda.
Salah satu contoh jenama yang menyajikan storytelling menarik dalam marketing mereka adalah Pak Mat Western.
Disebabkan kebanyakan video yang dihasilkan berkualiti tinggi dan ada jalan cerita yang menarik, pengikut media sosial Pak Mat Western sering tertunggu-tunggu video terbaharu daripada jenama ini.
Meskipun brand ini banyak menggunakan artis dan personaliti popular untuk tujuan marketing, namun setiap iklan yang dihasilkan oleh jenama ini tidaklah keterlaluan dalam mempromosikan produk.
Pendek kata, pelakon tak nampak macam dipaksa untuk mempromosi, malah setiap satunya berjaya menyalurkan mesej dengan cukup berkesan.
Inilah yang menjadi salah satu tarikan bagi iklan yang dihasilkan oleh Pak Mat Western. Sampai boleh jadi viral di media sosial!
2. Behind The Scene
Storytelling yang baik juga perlu ada kemampuan untuk buatkan pelanggan percaya terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Antara content yang anda boleh hasilkan adalah perkongsian di balik tabir bisnes seperti proses penghasilan produk baharu atau perkembangan bisnes anda.
Di samping meningkatkan kepercayaan pelanggan, ia juga memberi peluang kepada pengguna media sosial untuk kenali bisnes anda dengan lebih dekat.
Antara jenama yang giat berkongsikan proses di balik tabir serta perkembangan mereka adalah HYGR. Tidak hanya aktif meminta pendapat pelanggan untuk penghasilan produk, HYGR juga tidak putus-putus berkongsikan proses di balik tabir dan perkembangan jenama dari semasa ke semasa.
3. Educational
Anda juga boleh kongsikan ilmu berkaitan topik yang relevan dan sesuai dengan bisnes anda kepada pengguna media sosial. Cara ini boleh mencetuskan rasa ingin tahu pada penonton.
Sebagai contoh, peniaga buah-buahan iaitu Abg Buah rajin berkongsikan tips untuk pilih buah terbaik di kedai menerusi platform Tik Tok.
Cara ini bukan sahaja buatkan pelanggan teruja kerana dapat pelajari perkara baharu, malah ia boleh meningkatkan reputasi sesebuah bisnes di mata pelanggan.
Dalam erti kata lain, ini boleh mencerminkan sisi positif sesebuah bisnes yang bukan mahu menjual semata-mata, malah mereka ingin berikan perkhidmatan atau produk yang terbaik kepada pelanggan.
@mrfunfruits cerita tembikai sedap tu macamane? ini lah tips pilih tembikai manis
4. Relatable
Biasanya storytelling yang relatable banyak menyentuh tentang kehidupan seharian atau kenangan masa lalu.
Contoh mudah iklan yang relatable adalah iklan yang membanjiri media sosial ketika musim perayaan. Pada waktu ini, banyak jenama berlumba-lumba untuk hasilkan iklan yang paling relatable.
Makin relatable jalan cerita sesebuah iklan itu, makin meletuplah di media sosial jawabnya.
Antara iklan Raya yang paling popular untuk tahun 2024 adalah daripada PKNS. Dengar kata, ramai yang sebak menonton iklan ini.
5. Pandai Bermain Dengan Emosi
Selain iklan yang relatable, anda juga boleh gunakan cara ‘halus’ untuk tarik perhatian pengguna media sosial menerusi emosi mereka.
Untuk hasilkan storytelling yang boleh menyentuh perasaan, pertama sekali anda perlu kenalpasti kemahuan yang selalu bermain di fikiran pelanggan.
Kemudian, hasilkan content yang menunjukkan bahawa produk atau perkhidmatan anda boleh realisasikan kemahuan tersebut.
Antara jenama yangberjaya menyentuh hati ramai pelanggan adalah Siti Khadijah.
Hanya berbekalkan billboard dengan ayat “Nak.. mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah”, ia sudah cukup untuk mendorong pelanggan supaya membeli telekung sebagai hadiah kepada ibu di kampung.
Disebabkan keberkesanannya dalam menarik perhatian pelanggan, gaya storytelling Siti Khadijah ini juga sudah menjadi ikutan banyak jenama lain.
6. Selari Dengan Trend Terkini
Content yang selari dengan trend terkini memang mudah untuk tarik engagement pengguna media sosial. Cara ini juga boleh memberi cerminan bahawa jenama anda sering up-to-date dengan perkembangan terkini.
Namun, nak membuat content ikut trend atau isu terkini juga ada pantang larangnya! Antaranya, anda perlu buat research supaya content tepat dan gunakan jenaka yang tidak boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Antara jenama yang paling power dalam bab isu viral adalah Mydin. Kadang kala, mereka tak perlu bersusah payah hasilkan video pun, cukup dengan sebuah gambar dan keterangan pendek.
Ini pun sudah cukup untuk menarik puluhan ribu engagement!
Sebenarnya terdapat pelbagai elemen storytelling yang anda boleh cuba untuk tarik engagement pelanggan di media social.
Asalkan ia sesuai dengan matlamat bisnes, anda juga boleh gabungkan beberapa elemen ini untuk hasilkan sebuah content yang unik.
Barulah mudah untuk jenama anda jadi lebih menyerlah di media sosial!
Sumber : Hubspot