Hari Ibu akan disambut di Malaysia pada 12 Mei 2024. Inilah peluang bagi kebanyakan anak-anak untuk berikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada ibu tersayang.

Sebagai pemilik bisnes, inilah kesempatan untuk lebatkan sales menerusi promosi ekslusif sempena Hari Ibu. Maklumlah, pasti ramai yang sedang mencari produk dan perkhidmatan terbaik untuk hadiahkan pada ibu.

Jadi, memang rugi kalau anda tak rancang kempen pemasaran emel bermula sekarang!

Berikut kami kongsikan beberapa idea subject line untuk pemasaran emel sempena kempen Hari Ibu.

 30 Idea Subject Line Untuk Kempen Pemasaran Email Hari Ibu 2024

Subject Line Untuk Berikan Ibu Hadiah Istimewa

  1. Tengah Cari Hadiah Terbaik Untuk Mak?
  2. Raikan Kasih Sayang Ibu Dengan Hadiah Sempurna
  3. Hadiah Terindah Untuk Ibu Tercinta
  4. Hadiah Paling Sempurna Untuk Hari Ibu
  5. Hadiah Hari Ibu RM 50 Ke Bawah
  6. Idea Hadiah Hari Ibu + Sampel Percuma Khas
  7. 3 Hadiah Terbaik Untuk Bonda Tercinta
  8. Hadiah Istimewa Untuk Ibu Tersayang
  9. Pre-Order Hadiah Untuk Ibu Anda!
  10. Koleksi Khas Buat Ibu Tercinta
hari ibu 2024

Sumber : emailonacid.com

Subject Line Dengan Diskaun & Free Shipping

  1. Selamat Hari Ibu – Diskaun 10% Hujung Minggu Ini
  2. Jimat RM 20 Untuk Hadiah Hari Ibu
  3. Potongan 25% Sempena Hari Ibu
  4. Penghantaran Percuma Untuk Mak di Kampung
  5. Istimewa Hari Ibu : Beli 1 Percuma 1
  6. Checkout Sekarang, Nikmati 20% Diskaun Untuk Ibu
  7. Diskaun Khas Untuk Ibu Anda!
  8. Potongan 30% + Free Shipping Untuk Bonda Tersayang!
  9. Free Shipping Sempena Hari Ibu
  10. Koleksi Hari Ibu : 25% Diskaun Untuk 100 Pelanggan Pertama

Subject Line Untuk Kongsi Tips Raikan Hari Ibu

  1. 10 Hadiah Yang Ibu Mahukan
  2. Resepi Hidangan Istimewa Untuk Hari Ibu
  3. 8 Tips Sambut MOMen Terindah Dengan Mak
  4. 10 Hadiah Paling Istimewa Sempena Hari Ibu
  5. 7 Tips Raikan Bonda Tercinta
  6. 15 Idea Hadiah Menarik Untuk Mak
  7. 10 Hadiah Paling Praktikal Untuk Ibu
  8. 8 Hadiah Yang Mak Gerenti Suka
  9. 5 Tips Beli Hadiah Yang Sesuai Untuk Ibu
  10. Panduan Beli Hadiah Sempena Hari Ibu

hari ibu 2024

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk anda jalankan kempen marketing sempena Hari Ibu.

Jangan takut mencuba beberapa jenis subject line menerusi A/B testing untuk kenalpasti yang mana paling berkesan.

Mail Niaga juga dapat membantu anda hantar email dengan subject line berbeza kepada subscriber. Kemudian, anda boleh jejak prestasi emel menerusi laporan kempen yang komprehensif. Barulah mudah untuk anda rancang strategi yang lebih berkesan bagi kempen akan datang.

Selamat mencuba!

Sumber : omnisend.com

Baca Juga : 6 Platform Pemasaran Emel Terbaik Malaysia Yang Pemilik Bisnes Wajib Cuba

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top