canva

Sejak adanya Canva, kerja penghasilan grafik, video dan poster jadi lebih mudah.

Walaupun pernah ditolak lebih 100 kali oleh pelabur, idea yang simple dan inovatif seperti Canva berjaya membantu jutaan orang menghasilkan grafik tanpa ilmu software yang rumit seperti Adobe atau Microsoft.

Tak kiralah anda seorang pengguna media sosial yang gemar edit gambar atau pemilik bisnes yang perlu hasilkan content untuk marketing, anda pasti pernah gunakan kemudahan yang ditawarkan di Canva.

Pernahkah anda terfikir bagaimana Canva boleh jadi begitu popular seperti hari ini?

Untuk jadi graphic design software nombor satu di dunia, Canva konsisten dalam memantapkan user experience di laman mereka.

Dari poster media sosial, video hinggalah ke brochure, semuanya cukup mudah untuk dihasilkan. Anda hanya tinggal pilih template dan ubahsuai mengikut citarasa.

Ia bukan sahaja sesuai untuk digunakan bagi tujuan pemasaran, malah ia juga sesuai untuk kegunaan peribadi khususnya bagi yang gemar membuat kad ucapan digital atau edit gambar.

Kenapa Ramai Pengguna Sukakan Canva?

Jangan tak percaya, kini pengguna bulanan aktif Canva mencecah lebih 60 juta pengguna sebulan!

Ada banyak sebab mengapa ramai orang memilih jenama popular ini untuk penghasilan grafik.

Mesra Pengguna

Website serta aplikasi telefon bimbit Canva sangat ringkas dan mesra pengguna sehinggakan peniaga dari rumah juga tidak ada masalah untuk gunakannya.

Ada juga para ibu yang suka menggunakan Canva untuk edit gambar keluarga kesayangan.

Harga Langganan Yang Berpatutan

Kebanyakan pengguna juga tidak kisah untuk melanggan Canva Pro kerana ia adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan mengupah grafik designer. Lagipun, grafik sangat diperlukan oleh hampir semua jenis perniagaan masa kini.

Tambahan pula, ia merupakan pilihan yang lebih mudah dan jimat berbanding penggunaan perisian grafik yang mahal dan merumitkan.

User Experience Yang Mantap

Di sinilah kita boleh lihat kepentingan user experience dalam meningkatkan conversion rate di website. Pelanggan yang berpuas hati dengan pengalaman mereka pasti akan cenderung untuk gunakan sesebuah jenama berkali-kali. Jenama yang dipercayai secara online juga mampu mendorong trafik dengan lebih mudah secara organik.

Bukan itu sahaja, malah pelanggan yang berpuas hati juga akan mengesyorkan jenama kegemaran mereka kepada orang lain.

Bila produk atau perkhidmatan anda mendapat permintaan yang tinggi, maka cerahlah masa depan perniagaan anda.

canva

Untuk kalahkan nama besar seperti Adobe dan Microsoft kedengarannya cukup mustahil bagi jenama baru. Tapi, Canva sudah membuktikan bahawa ia bukan mustahil.

Dengan idea yang mantap serta website optimization yang kukuh, anda pasti mampu untuk mendorong pelanggan buat tindakan yang menepati matlamat perniagaan anda.

Untuk menjadi jenama yang relevan dan popular, produk atau perkhidmatan anda juga perlulah bersifat user-friendly. Di samping itu, anda juga sangat digalakkan untuk tawarkan user experience yang mantap untuk pelanggan.

Dengan formulasi-formulasi ini, barulah jenama anda boleh jadi terkenal dan melekat di ingatan pelanggan. 

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top