Setiap kali tibanya bulan Ramadan, beberapa hotel dan restoran akan menawarkan pakej bufet untuk pelanggan nikmati hidangan berbuka puasa tanpa had.
Lebih mahal harganya, maka lebih mewah juadah yang disajikan kepada pelanggan. Ada juga sesetengah hotel yang menawarkan sehingga ratusan jenis hidangan dengan harga pakej mencecah ratusan ringgit!
Persoalannya, adakah bufet Ramadan benar-benar berbaloi seperti yang diperkatakan atau sekadar promosi untuk menjana keuntungan besar daripada pelanggan?
Seorang pengurus yang berpengalaman dalam bidang F&B, Saify Akhtar terpanggil untuk menjelaskan isu ini.
Berdasarkan perkongsiannya dalam satu video di TikTok, dia berkata semua bufet Ramadan sama ada yang murah atau di hotel 5 bintang sekalipun sebenarnya sama sahaja.
Dia juga menganggap tawaran bufet melebihi harga RM 60 ibarat satu penipuan sedangkan kualiti hidangan yang disediakan oleh setiap restoran adalah sama sahaja.
Saify kemudian mendapati gelagat pelanggan adalah hampir sama setiap kali berkunjung ke bufet Ramadan. Walaupun terdapat banyak makanan mahal yang dihidangkan, majoriti pelanggan akan mula berbuka puasa dengan makanan murah seperti kuih-muih, bubur dan minuman.
Makanan sebegini juga akan membuatkan mereka cepat kenyang.
Apabila perut sudah penuh, rata-rata pelanggan hanya mampu makan hidangan mahal seperti kambing golek atau makanan laut dalam kuantiti yang sedikit.
Di sini, pelanggan telah menanggung kerugian kerana tidak dapat menikmati makanan setara dengan wang yang dibelanjakan.
Bufet Ramadan Peluang Untuk Jana Keuntungan
Selain itu, Saify turut mendedahkan bahawa para penyedia bufet akan fokus habis-habisan pada bulan Ramadan kerana mereka boleh mendapatkan keuntungan yang sama untuk 6 bulan iaitu 3 hingga 5 kali ganda lebih banyak disebabkan kos yang rendah.
Pada masa yang sama, dia turut menyentuh isu pembaziran makanan yang sering berpunca daripada santapan gaya bufet.
Disebabkan pelbagai kekangan, makanan yang berlebihan tidak boleh disedekahkan. Sebaliknya, ia hanya boleh dimakan oleh staf atau dibuang ke tong sampah.
Menurut beberapa laporan, didapati jumlah pembuangan sisa makanan di Malaysia meningkat secara konsisten pada setiap tahun.
@saify.akhtar Bro, kalau you bayar more than RM60 for Ramadan Buffet, you dah kena scam! It’s all about quantity, bukan quality tau. Sini I share to all of you about the darkside of Ramadan Buffet. If you nak sangat makan buffet, tunggu bos or your client jemput, then baru you pergi. Correct or not? #Buffet #BukaPuasa #Puasa #Ramadan #KLFoodie #ResipiMudah #ResipiBuka #Foodie #BuffetPuasa #BuffetTerbesar #MenuViral #MalaysiaFoodie #ResipiSimple
Oleh itu, dia menyarankan orang ramai supaya memilih hidangan ala carte jika mahu membelanjakan wang lebih daripada RM 60.
Ini disebabkan oleh kualiti hidangan yang lebih terjamin dan pelanggan juga akan dapat layanan terus ke meja tidak seperti di bufet.
Sumber : TikTok @saify.akhtar
Baca Juga : Harga Barang Meningkat Buat Pengguna Lebih Bijak Berbelanja – Pakar