Setiap pemilik bisnes kecil pasti ingin menyasarkan hasil jualan yang tinggi dan kembangkan perniagaan sehingga menjadi jenama yang terkenal.

Sebuah jenama perlulah mengambil kira beberapa aspek dalam mengembangkan perniagaan iaitu dari sudut :

  • Hasil Jualan
  • Pemasaran
  • Kewangan

Jom kita semak beberapa strategi yang anda boleh praktikkan untuk kembangkan perniagaan kecil.

10 Cara Untuk Kembangkan Bisnes Buat Jenama Baharu

1.       Lakukan Kajian

Untuk kembangkan perniagaan kecil, anda perlulah lakukan kajian pasaran bagi memahami gelagat pelanggan. Kenalpasti target pelanggan dan fahami keperluan serta minat mereka.

Selain itu, anda juga perlu kenali pesaing dalam bisnes bagi membantu anda merangka halatuju perniagaan yang mantap. Barulah mudah untuk anda mengatasi mereka dan menjadi lebih menyerlah dalam industri.

2.       Bina Sales Funnel

Sebagai pemasar, anda perlulah rangka strategi untuk mendorong lebih ramai pelanggan untuk masuk ke Sales Funnel dan buat pembelian.

Konsep ini adalah sangat penting untuk anda fahami customer’s journey atau perjalanan pelanggan ketika berurusan dengan jenama anda.

Sales Funnel ini mengandungi tiga bahagian iaitu :

Top of Funnel (ToFu) – Audiens sasaran baru mengenali produk atau perkhidmatan anda. Kumpulan ini adalah pelanggan berpotensi untuk bisnes anda.

Middle of Funnel (MoFu) – Dalam fasa ini pelanggan berminat dengan jenama anda dan sedang membuat keputusan untuk membeli daripada jenama anda.

Bottom of Funnel (BoFu) – Fasa terakhir ini menunjukkan bilangan pelanggan yang akhirnya menjadi pelanggan. Dengan strategi yang tepat, mereka juga boleh jadi pelanggan setia jenama anda.

Setiap bahagian ini memerlukan anda mengambil tindakan yang berbeza untuk mendorong minat dan sokongan pelanggan.

Cara Untuk Kembangkan Bisnes

3.       Tingkatkan Kesetiaan Pelanggan

Untuk memastikan jenama anda kekal berkembang, anda tidak boleh bergantung kepada pelanggan baharu sahaja. 

Sebaliknya, anda perlu lancarkan inisiatif dalam mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada. Berbanding pelanggan baharu, kumpulan pelanggan lebih cenderung untuk buat lebih banyak pembelian dan mampu memberikan sokongan pada tempoh yang lebih lama bagi jenama anda.

Antara taktik yang anda boleh jalankan untuk kekalkan kesetiaan pelanggan adalah dengan menubuhkan loyalty program sambil menawarkan keistimewaan kepada ahli berdaftar.

4.       Sertai Program Bisnes

Anda juga boleh buatkan lebih ramai kenali jenama anda dengan melibatkan diri dalam pelbagai program bisnes. Antara program yang anda boleh turut serta adalah ekspo perniagaan atau program usahawan yang banyak berlangsung di serata negeri.

Program sebegini juga boleh meningkatkan jaringan hubungan anda bersama pakar bisnes serta usahawan berpengalaman.

5.       Tanamkan Nilai Sosial Yang Baik Pada Jenama

Kebanyakan perniagaan pasti ingin menanam nilai yang positif dalam jenama mereka. Ia bakal memberikan impak yang positif kepada orang ramai dan sekaligus mampu melonjakkan nama jenama anda dalam industri.

Antara contoh nilai sosial positif yang ramai jenama terapkan adalah :

Penggunaan Bahan Mesra Alam

Banyak jenama yang menggunakan bahan mesra alam bagi meningkatkan reputasi masing-masing. Cara ini boleh menjadi bukti keprihatinan sesebuah jenama tentang kelestarian alam sekitar.

Banyakkan Kerja Amal

Anda juga boleh melazimi kerja amal dalam organisasi dengan penglibatan kerja-kerja kebajikan. Aktiviti sebegini dapat menunjukkan bahawa jenama anda serius tentang kebajikan masyarakat.

6. Jalinkan Hubungan Strategik

Hubungan strategik dengan perniagaan lain boleh membuka peluang kepada anda untuk luaskan jaringan pelanggan di samping kembangkan jenama secara baik.

Salah satu contoh hubungan strategik yang berjaya adalah antara jenama Starbucks dengan pusat membeli belah Target. 

Hubungan antara dua jenama ini membolehkan Starbucks menembusi jualan pasar raya di serata Amerika Syarikat dan memacu hasil jualan secara lumayan.

Cara Untuk Kembangkan Bisnes

7. Jadikan Perniagaan Kecil Anda Sebagai Francais

Untuk perniagaan seperti restoran atau gim, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mulakan francais bagi jenama anda. Francais bermaksud anda menjual hak perniagaan anda kepada pemilik perniagaan lain. Mereka boleh beroperasi dan miliki jenama perniagaan anda.

Antara jenama francais popular dan mudah dijumpai serata dunia adalah McDonald’s dan Starbucks. Keberadaan francais di pelbagai lokasi dapat meningkatkan hasil secara lumayan di samping membuatkan perniagaan anda berkembang dengan pantas.

8. Pelbagaikan Produk dan Perkhidmatan

Jika anda berjaya menjual produk utama kepada pelanggan, anda perlu giat untuk hasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan.

Ini adalah salah satu cara untuk kembangkan bisnes supaya anda apat kekal bersaing dalam dunia perniagaan.

Tawarkan sesuatu yang bernilai tinggi, unik dan sukar untuk ditolak.

Kenalpasti peluang untuk jenama lancarkan produk atau perkhidmatan baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Strategi ini dapat membantu dalam mengekalkan minat pelanggan jenama anda di samping menarik lebih ramai pelanggan baru.

9. Manfaatkan Pemasaran Digital

Pada zaman ini, bisnes anda akan ketinggalan sekiranya anda tidak memanfaatkan pemasaran digital. Banyak jenama yang memanfaatkannya bagi mencapai pelanggan dengan lebih mudah dan terus. 

Antara platform yang anda boleh gunakan adalah pemasaran di pelbagai platform seperti SMS, e-mel, media sosial serta website yang mempunyai kelebihan masing-masing dalam mendatangkan pulangan lumayan untuk jenama.

10. Perbaharui Strategi

Perkembangan jenama adalah proses yang berterusan. Jadi, salah satu cara untuk kembangkan bisnes adalah dengan sentiasa perbaharui strategi pemasaran anda.

Untuk memastikan strategi anda bertepatan dengan hala tuju bisnes, anda perlulah sentiasa semak keberkesanannya terhadap perniagaan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda telah lancarkan loyalty program tetapi pelanggan tidak kekal, ini bermakna anda mungkin perlu ubah strategi. Barangkali anda perlu tingkatkan interaksi bersama pelanggan menerusi saluran lain seperti pemasaran e-mel atau media sosial.

Demi memastikan perniagaan anda berjaya, anda perlulah berani mencuba dan mengambil risiko. Lakarkan strategi yang mudah untuk diukur dan dianalisa supaya anda boleh sentiasa baikinya demi perkembangan bisnes secara positif.

Sumber : thehartford.com

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top