Pemuda berbangsa Cina yang berusia 24 tahun telah menjadi tular di media sosial apabila berjaya menjana hasil sebanyak RM 111,668.30 dengan menjual aksesori fesyen secara atas talian seperti jam dan gelang.
Bryan Low yang memegang ijazah Kewangan daripada Xiamen University Malaysia berkata bahawa dia telah mencabar dirinya untuk menjana RM 100,000 menerusi e-commerce dengan modal sebanyak RM 400.
Dia yang mulakan cabaran tersebut pada Januari 2021 itu berkongsikan pengalamannya menerusi sebuah video TikTok.
Pertama sekali, dia mencari inspirasi untuk memasarkan produk di TikTok Creative Centre dan Facebook Ad Library. Untuk memahami pesaing, dia juga telah membuat kajian mengenai keyword yang berkaitan.
Dalam video tersebut, dia juga mendedahkan proses pemilihan produk sebelum melayari laman web Alibaba bagi mencari produk yang mirip.
@bryanlowwww 9 Steps to make RM100k in your bedroom ✅ SHARE and SAVE For Later Step 1️⃣: Inspiration – TikTok Creative Center and Facebook Ad Library are my favs. – Use ad and keywords inspiration to learn more about your competitors. Step 2️⃣: Product Sourcing – My favourite sourcing platform is 1688.com. – Use my Winning Product Criteria when choosing a product: 🚀 Wow factor 🚀 Mass appeal + evergreen 🚀 High perceived value + high margin 🚀 Scalable – able to sell RM100k per month Step 3️⃣: Offer Creation/Pricing – Make sure to create a different angle when it comes to creating a compelling offer. Step 4️⃣: Target Audience – Be precise, be accurate, so your message will be accurate and straight to your audience. Step 5️⃣: Get a Brand Name and a Logo – Tools: ChatGPT, Canva Step 6️⃣: Create an Ecom Website – So your customers able to select the product and checkout right away anytime 24/7. Step 7️⃣: Ad Creation – Create 3 ads yourself (or outsourcing) for testing – Take a screenshot of the video Step 8️⃣: Run Ads – Meta and TikTok ads are my top 2 preferences as for now. – Understand where your audience congregate, and run ads directly to them. Step 9️⃣: Fulfillment – I use EasyParcel for all of my order fulfilment. – Simply create an account and top up and you’re good to go! 🚀 If you enjoy content like this, join me @bryanlowwww for more tips! 💬 Lemme know if you have any questions in the comment section!
Setelah itu, Low mencipta kempen promosi untuk produknya. Untuk memastikan mesej iklan sampai dengan baik kepada pelanggan, dia juga telah mengenalpasti kumpulan pelanggan sasaran atau target audience secara spedifik.
Low juga memaklumkan yang dia telah menyiarkan tiga buah iklan di Facebook dan TikTok dalam bentuk video. Menurutnya, iklan dalam format video adalah yang paling berkesan. Dia juga menitikberatkan prestasi bagi setiap video untuk naikkan hasil jualan.
Untuk urusan jual beli pula, Low telah menghasilkan sebuah laman e-commerce melalui Shopify dan menggunakan EasyParcel untuk menghantar pesanan pelanggan.
Menjelang Jun 2021, beliau telah meraih keuntungan kasar sebanyak RM 42,370. Dalam sebuah video Youtube, usahawan muda ini telah mendedahkan bahawa profit margin bisnesnya pula adalah kira-kira 38 peratus.
Bagi yang ingin memulakan bisnes sendiri, Low juga menasihatkan orang ramai untuk memanfaatkan kemudahan AI seperti ChatGPT untuk menghasilkan nama jenama. Perisian yang mudah digunakan seperti Canva pula dapat membantu usahawan baharu mencipta logo bisnes secara mudah.
Dalam satu temubual bersama SAYS, dia juga menjelaskan bahawa modal awalnya adalah RM 400 sahaja. Laporan media yang menyatakan bahawa dia telah membelanjakan RM 30,000 untuk membayar iklan adalah tidak tepat kerana kos pengiklanan telah dijana daripada aliran keuntungan yang berterusan.
Bryan Low Gemar Berbisnes, Tak Mahu Kerja Pejabat
Low berkata beliau cukup suka mengusahakan bisnes sendiri dan mengambil inspirasi daripada usahawan terkemuka seperti Russel Brunson, Alex Hormoz dan Mark Manson.
Dia juga suka bidang ini kerana boleh dilakukan pada waktu yang fleksibel. “Bila bekerja sendiri, saya boleh tetapkan jadual harian dengan bebas. Sebagai contoh, saya boleh pergi bersenam di gym pada pukul 2 petang setiap hari”, jelas Low.
“Cabaran e-commerce RM 100,000 ini merupakan kajian kes (case study) daripada InFlare Marketing iaitu agensi pemasaran milik saya bagi membuktikan kepada semua yang tidak mustahil seseorang itu dapat menjana keuntungan ratusan ringgit dengan modal yang kecil. Dengan usaha serta kaedah yang tepat, sebuah bisnes dapat dikembangkan secara optimum,” jelas usahawan muda ini.
“Dari mengambil gambar produk di belakang rumah, merakam video dan hasilkan iklan serta bab pengurusan, semuanya saya usahakan sendiri. Saya juga tidak menyangka yang saya dapat mengubah modal kecil iaitu RM 400 kepada RM 111,000 dalam masa 5 bulan sahaja.
Banyak syarikat yang mempunyai produk dan perkhidmatan menarik, namun tidak tahu cara untuk memasarkan dan menjualnya dengan baik. Itulah peranan saya untuk membantu para usahawan di luar sana”, jelas Bryan Low yang juga merupakan pengasas InFlare Marketing. Dengan pengalaman yang ada, beliau bermatlamat untuk membantu 1,000 usahawan menjana hasil antara RM 300,000 sehingga RM 1 juta setahun.
Sumber : SAYS.com