Alliance Bank baru-baru ini telah memperkenalkan kad kredit virtual berkonsepkan dinamik dalam aplikasi sekaligus menjadi bank pertama yang mengeluarkan kad bank virtual di Malaysia.
Objektif utama kad virtual ini diwujudkan adalah untuk menjamin lebih keselamatan dan kawalan pengguna ketika melakukan urusan pembelian dalam talian.
Kad ini menyediakan features yang membolehkan pengguna untuk mencipta sendiri nombor kad kredit virtual 16-digit bagi pelbagai urusan transaksi atas talian seperti di laman e-commerce, serta platform dan langganan atas talian.
Bersifat lebih dinamik berbanding kad kredit biasa, pengguna juga dapat menukar nombor kad virtual setiap kali mereka ingin melakukan pembelian dalam talian.
Features ini dilihat cukup ideal bagi urusan transaksi satu kali (one-time transaction) kerana nombor kad kredit tersebut hanya sah selama 30 minit sahaja.
Jadi, pengguna tidak perlu risau jika laman web atau platform tertentu mengalami kebocoran data kerana nombor kad kredit yang digunakan adalah nombor sekali pakai dan tidak lagi sah selepas digunakan.
Kemudahan ini juga dilihat selamat dan mampu menjamin perlindungan yang lebih baik tanpa perlu risau akan risiko terdedahnya maklumat kad kredit pengguna kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Customization Kad Kredit Virtual
Untuk memudahkan pembelian dan langganan secara atas talian berulang kali, pengguna boleh customize kad virtual untuk setiap perkhidmatan dalam talian yang mereka langgani seperti Netflix, Spotify, TNG eWallet dan Shopee mengikut citarasa pengguna.
Setiap kad virtual ini juga boleh dilabel dengan logo platformnya sendiri untuk memberi kemudahan pengguna untuk mengenal pasti dengan lebih jelas.
Selain itu, pengguna juga mempunyai kebebasan untuk menetapkan had belanja dan had transaksi bagi setiap kad virtual atau membekukan sepenuhnya untuk menghalang transaksi pada jumlah tertentu.
Pembayaran Bervariasi
Selain daripada transaksi kad pembayaran dalam talian, kad virtual daripada Alliance Bank ini juga boleh digunakan untuk pembayaran lain seperti kod QR DuitNow dan bil JomPay.
Namun, kad ini masih belum menyokong transaksi menerusi Apple Pay, Samsung Pay dan Google Wallet buat masa ini.
Jadi, pengguna boleh menggunakan kod QR DuitNow atau memohon kad fizikal daripada Alliance Bank untuk pembelian di kedai.
Fungsi kad virtual baharu ini akan terlebih dahulu tersedia untuk Kad Kredit Visa Platinum Alliance Bank sebelum diperluaskan kepada kad-kad lain.
Jika anda berminat, anda boleh memohon kad kredit virtual ini dengan menggunakan aplikasi mudah alih Alliance Online yang boleh didapati di Google Play dan Apple App Store. Sila lawati laman web Kad Kredit Virtual Alliance Bank untuk maklumat lanjut.
Pembaharuan yang diperkenalkan oleh Alliance Bank ini merupakan satu langkah yang baik untuk memudahkan urusan transaksi dan melindungi maklumat peribadi pelanggan kad kredit.
Sudah pastinya inisiatif ini akan menjadikan Alliance Bank sebagai role model kepada pihak bank yang lain untuk menyediakan perkhimatan terbaik buat pengguna.
Sumber: https://soyacincau.com/
Baca juga: Cipta ‘Branding’ Bisnes Hebat Dengan Ciri Baharu Canva