Siapa kata orang pemalu atau introvert tak sesuai untuk jadi usahawan? Dengan adanya pelbagai kemudahan teknologi hari ini, sesiapa pun boleh buat duit! Tinggal usaha secara konsisten sahaja, asalkan ada laptop dan sambungan internet!

Nak tahu bisnes jenis apa yang sesuai untuk introvert? Jom kita semak perkongsian daripada pengasas dan CEO Kartel Digital, Hafiz Azman.

9 Jenis Bisnes Untuk Introvert, Sesuai Untuk Yang Nak Jadi Usahawan Tapi Pemalu

1. Ghostwriter

Kebanyakan introvert sifatnya memang pemalu dan tak suka tampilkan diri di khalayak ramai. Orang sebegini memang sesuai untuk jadi penulis bagi pihak orang lain. Kerja sebegini dinamakan sebagai ghostwriter. Pada zaman ini, memang banyak bisnes yang perlukan khidmat ini.

bisnes untuk introvert

2. Editor / Proofreader

Kalau anda kurang gemar menulis, anda mungkin boleh tolong editkan atau semak kandungan yang dihasilkan oleh orang lain. Khidmat sebegini pun ramai perlukan terutamanya orang yang ingin terbitkan buku. Kerja sebegini boleh dibuat secara freelance atau sambilan. Lebih menarik lagi, anda juga boleh dapatkan client atau pelanggan dari dalam dan luar negara.

3. Marketplace Seller

Bisnes ini adalah antara yang paling popular dan ramai orang buat. Tak perlu tunjuk muka, anda hanya perlu senaraikan barang atau perkhidmatan yang anda tawarkan di marketplace seperti Shopee atau Lazada. Seperti Shopee, mereka juga ada tawarkan panduan untuk usahawan yang baru mula berbisnes.

4. Arbitrager

Nak sebut pun susah dan mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang bisnes ini. Sebenarnya bisnes ini melibatkan peniaga membeli barangan dari satu platform dan menjualnya semula di platform lain. Sebagai contoh, anda beli produk di Shopee dan jualnya semula di Facebook Marketplace atau website sendiri.

5. Affiliate

Bisnes ini adalah antara yang paling ramai suka buat kerana sangat straightforward. Apa yang anda perlu lakukan adalah promote link dan cari pelanggan sahaja.

Sekarang, ramai yang turut serta menjadi TikTok affiliate dan gunakan platform tersebut untuk jana passive income. Komisyen akan diterima setiap kali orang buka link dan buat pembelian. Tau-tau dah ramai tekan link, anda juga yang untung!

6. Online Tutor

Walaupun seseorang itu introvert, namun ini bukan bermakna mereka tak suka untuk mengajar. Sejak waktu pandemik yang lalu, ramai yang mula mencari ilmu secara online sahaja. Tak kiralah budak sekolah atau orang dewasa, pelbagai subjek boleh diajar. Tak perlu kelulusan cikgu pun, asalkan anda boleh ajarkan basic pun sudah mencukupi!

bisnes untuk introvert

7. Virtual Assistant

Kalau anda banyak masa lapang, bolehlah mohon untuk jadi pembantu virtual. Banyak tugas menanti seperti kerja kerani, data entry dan sebagainya. Seperti kerja proofreader, client anda juga tak terbatas dari dalam negara sahaja!

8. Consultant

Kerja consultant atau perunding memerlukan anda untuk tawarkan solusi buat pelanggan. Macam-macam bidang perlukan perunding seperti kewangan, pemasaran digital dan macam-macam lagi!

9. Authority Blogger

Authority blogger pula tugasnya menulis secara profesional dengan niche yang lebih spesifik.

Untuk kerja ini, anda perlu bangunkan blog sendiri dengan rekaan yang lebih profesional untuk jana kepercayaan daripada pelanggan. Secara peribadinya, Hafiz Azman juga cukup sukakan blogging. Menurutnya, sambil menulis, dia juga boleh promosikan perkhidmatan lain buat pelanggan.

bisnes untuk introvert

Kredit : Twitter Hafiz Azman

Jika anda malu untuk jumpa orang sekalipun, ia bukan masalah lagi untuk anda cari wang pada zaman ini.

Dengan pelbagai kemudahan yang ada di hujung jari, macam-macam cara yang anda boleh guna untuk jana pendapatan.

Dari jadi ghostwriter hingga menjual produk di marketplace, semuanya boleh dipelajari secara mudah. Seperti yang kisah yang kami kongsikan sebelum ini, sorang pelajar 15 tahun pun mampu jutaan USD dengan hanya berbekalkan laptop dan internet! Usahawan muda ini mula belajar coding hanya dari internet dan kini mampu buka syarikat sendiri!

Jadi, tak ada alasan lagi untuk anda realisasikan impian untuk jadi usahawan atau bina kerjaya dari rumah. Asalkan anda berani mencuba dan mempunyai usaha yang konsisten.

Sumber : Twitter Hafiz Azman

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top