Wabak pandemik yang melanda negara beberapa tahun lalu bukan sahaja menjejaskan peniaga kecil, malah operasi syarikat besar juga turut terkesan.

Ini termasuklah syarikat perkakasan rumah terkemuka, Mr DIY Group yang melihatkan perkembangan bisnes yang agak perlahan sejak tahun 2022. Adik-beradik yang memiliki jenama ini, Tan Yu Yeh dan Tan Yu Weh juga mencatatkan kekayaan yang semakin merudum sehingga 20% dengan nilai berkurang kira-kira US$1.9 billion.

Jenama Mr DIY mencatatkan peningkatan hasil jualan sebanyak 18% pada tahun 2022 dengan nilai 4 billion ringgit. Jumlah ini dilihat susut berbanding keuntungan yang dijana pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 32% setelah kelonggaran SOP terhadap operasi bisnes ditarik semula.

Namun, laporan daripada Forbes membuktikan prestasi bisnes DIY tidak tergugat apabila kedua adik beradik ini mencatatkan kedudukan ke-9 sebagai hartawan terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM 8.76 bilion.

Mr DIY

10 Hartawan Malaysia yang turut berada dalam senarai berkenaan adalah :

1. Robert Kuok – RM54 bilion

2. Quek Leng Chan – RM47 bilion

3. Koon Poh Keong dan adik beradik- RM26.7 bilion

4. Ananda Krishnan – RM24.9 bilion

5. Adik beradik Teh – RM23 bilion

6. Lee Yeow Chor & Yeow Sang – RM21 Bilion

7. Chen Lip Keong – RM11 bilion

8. Lim Khok Thay – RM10 bilion

9. Keluarga Tan Yu Yeh & Yu Wei – RM8.76 bilion

10. Chia Song Kun & keluarga – RM8.3 bilion

Meskipun kedudukan pengasas Mr DIY ini jatuh satu anak tangga berbanding tahun lepas, namun mereka terus komited dalam menawarkan produk perkakas serta kelengkapan rumah dengan harga berpatutan buat semua.

Mr DIY Kukuh Hadapi Inflasi

Peningkatan inflasi dalam negara juga dilihat sebagai cabaran yang perlu dihadapi oleh syarikat ini dalam menarik pembelian pengguna. Namun, faktor lain seperti nilai ringgit yang semakin kukuh serta pemulihan daripada pergolakan bekalan rantaian (supply chain).

Ahmad Ramzani Ramli, seorang penganalisa daripada Kenanga Investment Bank berkata jenama ini mempunyai posisi yang kukuh untuk mengharungi inflasi kerana kedudukan pasaran mereka yang teguh. “Kemampuan MR DIY untuk mengubah inventori bagi memenuhi keperluan pasaran juga menjadi salah satu kelebihan buat mereka”, tambah Ramzani.

Mr DIY

Jenama yang bermula dengan sebuah kedai kecil di Kuala Lumpur pada tahun 2005 ini telah berkembang kepada 593 cawangan. Pada tahun 2020, MR DIY juga telah berkembang dengan membuka lebih daripada 1,000 cawangan di bawah dua jenama baharu iaitu Mr Toy dan Mr Dollar di serata Malaysia dan Brunei.

Pada 24 April lepas, MR DIY juga telah membuka stor pertama jenama perkakas antarabangsa terkenal iaitu EMTOP yang menawarkan sebanyak 1,000 rangkaian produk melibatkan alat-alat kuasa, aksesori pertukangan dan sebagainya.

Menawarkan rangkaian produk kelengkapan rumah dengan harga mampu milik, Mr DIY juga kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ini secara tidak langsung turut menjadi faktor penting kepada pengukuhan serta perkembangan positif syarikat dalam jangka masa panjang.

Sumber : Forbes

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top