Hubungan dan tahap kesetiaan pelanggan adalah sangat penting sehingga ia boleh menentukan kejayaan sesebuah bisnes.

Hubungan baik dengan pelanggan tidak hanya terbina menerusi khidmat pelanggan semata-mata, namun anda juga perlu bina kepercayaan dan jaringan yang kukuh bersama mereka.

Kalau nak tahu, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk membina hubungan yang baik serta menangi hati pelanggan.

Ayuh kita semak satu-persatu.

6 Cara Bina Hubungan dan Menangi Hati Pelanggan

1.Rajin Berkomunikasi

Salah satu kaedah paling penting untuk menangi hati pelanggan adalah menerusi komunikasi yang konsisten.

Tak kisahlah sama ada anda banyak berhubungan menerusi e-mel, media sosial mahupun panggilan telefon, usaha anda untuk kekal berhubung boleh meningkatkan lagi nilai bisnes anda di mata pelanggan.

Pada masa yang sama, sesebuah bisnes juga perlu banyakkan berinteraksi secara atas talian dengan membalas komen di media sosial dan menjawab emel. Ini penting untuk menunjukkan bahawa bisnes anda mudah untuk didekati dan mesra pelanggan.

Tambahan pula, ramai pelanggan masa kini yang menggunakan media sosial untuk membuat aduan. Oleh itu, anda perlulah rajin untuk semak media sosial dan memberikan solusi kepada pelanggan atas masalah yang dihadapi.

2.Sediakan Pelbagai Platform Untuk Berinteraksi

Pakar perunding dari HubSpot, Bradley McKibben berkata sesebuah bisnes perlu tawarkan pelbagai platform untuk temui pelanggan.

Sama ada menerusi emel, live chat atau media sosial, sediakan saluran yang mudah untuk pelanggan berinteraksi dengan bisnes anda. Sasarkan untuk berikan solusi dan sokongan terbaik untuk pelanggan supaya mereka rasa lebih dihargai oleh bisnes anda.

3.Sentiasa Mendengar

Untuk membina hubungan baik, suara pelanggan perlulah didengari sebaiknya. Setiap maklumbalas termasuk soalan, komen dan review perlulah difahami sebaiknya.

Selain prihatin dengan keperluan pelanggan, anda juga boleh minta pelanggan untuk turut serta berikan pendapat untuk menentukan elemen produk tertentu.

Salah satu jenama yang rajin mendengar serta meminta pendapat pelanggan dalam penghasilan produk adalah HYGR.

Seperti yang kita pernah kupas sebelum ini, jenama ini telah menghasilkan sebuah produk lipbalm atas saranan pelanggan.

Baru-baru ini, mereka juga telah meminta pandangan pengguna di media sosial untuk menentukan rekaan yang paling menarik untuk produk baharu mereka iaitu skrub bibir dan muka.

menangi hati pelanggan

4.Tunjukkan Kepakaran

Walaupun anda rajin mendengar maklumbalas dan berinteraksi dengan pelanggan, kepercayaan mereka boleh hilang sekiranya anda sering lupa maklumat penting dan tidak konsisten dalam memberikan informasi kepada mereka.

Jadi, anda perlulah melatih pekerja serta admin bagi platform atas talian supaya dapat menjawab soalan berkenaan produk atau perkhidmatan dengan baik.

Selain itu, anda juga boleh sediakan laman Soalan Lazim (FAQ) atau kongsikan tips berkenaan topik yang bersesuaian dengan bisnes anda.

Selain dapat membantu pelanggan mengenali jenama anda dengan lebih baik, ia juga merupakan cara yang baik untuk tingkatkan reputasi bisnes anda.

5. Tawarkan Ganjaran Untuk Pelanggan Setia

Dengan menunjukkan penghargaan kepada pelanggan setia, mereka pasti akan cenderung untuk kekal memilih jenama anda pada jangka masa yang panjang.

Selain itu, pelanggan setia juga akan cenderung untuk mencadangkan jenama kegemaran mereka kepada orang terdekat.

Oleh sebab itulah banyak jenama seperti Family Mart, ZUS dan Coffee Bean mewujudkan loyalty program untuk pelanggan mereka.

Biasanya, loyalty program akan membolehkan pelanggan untuk mengumpul mata bagi setiap pembelian. Kemudian, mereka boleh menebus mata terkumpul untuk mendapatkan produk tertentu secara percuma.

Selain itu, pelanggan berdaftar juga sering ditawarkan dengan ganjaran khas sempena Hari Jadi dan kod promosi ekslusif.

menangi hati pelanggan

6. Bina Komuniti Bersama Pelanggan

Ramai pemilik bisnes masa kini yang giat membina komuniti bersama pelanggan kerana inilah salah satu cara yang boleh membuatkan pelanggan rasa lebih bersemangat untuk turut serta dalam aktiviti sesebuah jenama.

Sebagai ahli dalam komuniti, mereka akan rasa lebih terpanggil untuk memberikan komitmen luarbiasa kepada jenama tersebut.

Jaringan yang terbina juga akan membuatkan mereka bertindak bukan sebagai pelanggan semata-mata, malah sebagai penyokong untuk jangka masa panjang.

HYGR sekali lagi wajar dijadikan contoh atas usaha hebat mereka dalam membina komuniti kukuh bersama pelanggan.

Menerusi Channel Telegram yang dinamakan HYGR BESTIES, jenama ini rajin berinteraksi dengan penggemar mereka menerusi poll dan review.

Pada masa yang sama, pelanggan yang mengikuti channel tersebut juga boleh menjadi antara yang terawal untuk mencuba produk dan mengetahui promosi terkini daripada HYGR.

Membina hubungan bersama pelanggan adalah proses yang berterusan dan memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.

Dengan menerapkan strategi seperti menawarkan interaksi dan komunikasi yang baik, mendengar maklumbalas, membina komuniti serta menunjukkan penghargaan, anda pasti dapat menangi hati pelanggan.

Apabila anda dapat membina hubungan baik dengan pelanggan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan, malah ini juga dapat membantu

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top