Perdagangan negara merupakan salah satu aspek utama dalam pertumbuhan ekonomi dan hubungan antarabangsa. Dalam era globalisasi yang semakin berkembang, perdagangan negara telah menjadi motor penggerak pertumbuhan ekonomi serta sumber daya penting bagi pembangunan sosial dan politik.

Baru-baru ini, perdagangan Malaysia menerima suntikan besar dari Johor dengan jumlah keseluruhan  30 peratus dan bernilai RM247.592 bilion pada Januari hingga April tahun ini, menjadikannya penyumbang terbesar dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Pada tempoh Januari hingga April tahun ini, Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM842.795 billion. Berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya, Johor berada di peringkat ketiga dalam jumlah perdagangan, setelah Selangor dan Pulau Pinang.

perdagangan

sumber: Berita RTM

Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, mengungkapkan bahawa nilai perdagangan Johor telah meningkat sebanyak 11.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, iaitu mencapai RM221.37 bilion.

Nilai eksport dan import juga mengalami peningkatan pada tahun ini, dengan nilai eksport sebanyak RM135.65 bilion dan nilai import sebanyak RM111.94 bilion yang telah dicatatkan sehingga kini.

Selain itu, jumlah pelaburan yang diluluskan untuk suku pertama tahun 2023 mencapai RM10.6 bilion, yang merupakan peningkatan tiga kali ganda berbanding dengan suku pertama tahun sebelumnya.

Beliau juga mengungkapkan penghargaan yang mendalam kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), agensi persekutuan dan pihak kepentingan lain terlibat dalam memastikan pelaburan di Johor berjalan dengan baik dan mencapai tahap kecemerlangan.

Kerjasama yang erat antara Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), serta agensi-agensi di bawah kementerian tersebut, bersama dengan Invest Johor dan pihak berkuasa tempatan, memainkan peranan penting dalam meningkatkan jumlah pelaburan ini.

Kata Datuk Onn Hafiz, kenaikan berterusan dalam nilai eksport disebabkan oleh fokus yang diberikan kepada kecekapan dan sokongan terhadap para pelabur. Mereka menghargai bagaimana kerjasama ini dapat membantu perkembangan bisnes mereka.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga akan menyediakan kemudahan yang lebih mudah untuk pelaburan dalam sektor elektronik dan elektrik (E&E), kimia dan tenaga lestari di Johor.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sumbangan Johor dalam perdagangan dan pelaburan sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Beritahu beliau selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pada khamis lalu, bahawa Johor mempunyai kedudukan yang menonjol dalam perdagangan dengan sumbangan mereka yang mencapai 30 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa dalam mesyuarat tersebut, perbincangan juga difokuskan pada dua aspek penting bagi masa depan, iaitu industri tenaga boleh diperbaharui (RE) dan tenaga kerja. Dalam pada itu, beliau turut menyeru para pelabur dan syarikat untuk memberikan tumpuan kepada kedua-dua aspek ini.

Beliau juga hargai prestasi yang luar biasa serta kerjasama yang baik antara agensi persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan kejayaan pelaksanaan semua pelaburan yang diumumkan di negeri Johor.

Sebagai contoh, di Johor, hampir 98 peratus daripada projek yang diumumkan telah berjaya dilaksanakan. Ia merupakan pencapaian yang sangat membanggakan menurut Tengku Zafrul. Beliau mengakui kesungguhan dan keberkesanan kerjasama yang terjalin antara pelbagai pihak dalam memastikan kejayaan pelaburan ini.

perdagangan Johor

Sumber: Bernama

Dengan prestasi perdagangan yang meningkat ini diharapkan Johor dan Malaysia akan terus berkembang dalam perdagangan mahupun dalam eskport atau import. Kejayaan ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi negara dan mencipta peluang pekerjaan yang lebih banyak bagi rakyat.

Diharapkan juga kerjasama yang erat antara pihak berkepentingan terus kukuh untuk memastikan kesinambungan prestasi perdagangan yang positif ini.

Sumber: sinarharian.com

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top