Pada zaman teknologi ini, ramai usahawan yang manfaatkan pemasaran digital untuk kembangkan lagi bisnes. Selain penggunaan platform seperti marketplace, pemasaran emel serta website, ramai usahawan yang masih setia menggunakan pemasaran SMS untuk tujuan marketing.

Walaupun SMS boleh dikatakan sebagai teknologi yang agak lama, namun ia mempunyai kelebihan tersendiri dalam mencapai pelanggan dan meningkatkan hasil jualan secara berkesan.

Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Hairul Faizal Adli, Ketua Pegawai Operasi bagi BookCafe, sebuah kedai buku yang menawarkan aneka bahan bacaan berkualiti secara atas talian.

Menurut beliau, BookCafe telah melancarkan sebuah kempen jualan menerusi pemasaran SMS. Sebanyak 632 SMS telah dihantar kepada pelanggan bagi mempromosikan bahan bacaan mereka.

Berdasarkan data yang dikongsikan di laman Facebook, sebanyak 628 SMS telah dibuka oleh pelanggan. Ini bersamaan dengan kadar bukaan sebanyak 99 %. Kadar klik pula adalah 312 iaitu bersamaan dengan 49%.

Menerusi kempen tersebut, 62 orang pelanggan didapati terdorong untuk membeli. Ini bersamaan dengan 19% conversion rate. Hairul juga berpuas hati kerana kos bagi kempen ini hanyalah RM 50.40 sahaja (RM 0.08 per SMS) namun ia dapat membantu BookCafe meraih jualan sebanyak RM 4,412 hanya dalam masa 3 jam!

Menurut Hairul, beliau juga gemar menggunakan SMS marketing kerana ia mudah dikendalikan dan lebih ringkas berbanding medium pemasaran digital lain.

Sebagai pengguna SMS Niaga, beliau juga boleh ubahsuai kempen mengikut target yang ingin dicapai. Pada masa yang sama, prestasi kempen pemasaran SMS juga mudah dijejak.

Jadi bolehlah pemilik bisnes sesuaikannya berdasarkan tabiat pelanggan atau kempen pemasaran yang dijalankan.

Dapat Daftar dan Hantar 15,000 SMS Hanya Dalam Masa Setengah Hari!

Pengasas Pixl Digital iaitu Michael Kwan juga sangat berpuas hati dengan servis SMS Niaga. Dalam satu perkongsian di Facebook, Michael memuji ketangkasan team SMS Niaga yang sentiasa bersedia untuk berikan bantuan walaupun pada lewat malam.

Beliau juga gembira kerana mendapat maklum balas hanya dalam masa beberapa minit selepas menghubungi team SMS Niaga.

Michael juga sangat berpuas hati kerana dapat selesaikan pendaftaran, pembayaran, pengesahan, muat naik serta hantarkan sebanyak 15,000 SMS dalam masa setengah hari!

Menurutnya, harga yang ditawarkan iaitu RM 0.09 per sms juga sangat berpatutan. Beliau juga dapati laman backend interface dapat dilayari dengan sangat pantas dan user interface (UI) pula sangat jelas dan mesra pengguna.

Promosi 13,000 Kredit Percuma Daripada SMS Niaga Sempena 13 Tahun Web Impian

Dengan SMS Niaga, anda juga berpeluang untuk lonjakkan potensi bisnes dan jana ribuan ringgit dalam masa yang singkat.

Seperti Hairul Faizal Adli dan Michael Kwan, ramai pengguna SMS Niaga telah nikmati kelebihan pemasaran SMS untuk lebatkan lagi sales dan capai lebih ramai pelanggan.

Sekiranya anda belum pernah gunakan pemasaran SMS, inilah masa yang tepat kerana SMS Niaga kini menawarkan promosi khas sempena ulangtahun ke-13 Web Impian.

Sehingga 13,000 kredit percuma menanti pelanggan untuk masa terhad!

Bagi yang berminat, anda boleh gunakan kod kupon WEBIMPIAN13 atau pergi ke pautan go.my/Webimpian13 bagi pembelian 3,000 kredit ke atas untuk menebus kredit percuma.

DAFTAR AKAUN BAHARU HANYA RM13 SAHAJA

Dengan hanya RM13, pengguna baharu juga boleh nikmati 10 kredit percuma apabila mendaftar akaun SMS Niaga di https://www.naksms.com/anniversary-wisb.

Tawaran ini sah sehingga 31 Disember sahaja. Jadi, jangan ketinggalan untuk tebus tawaran kredit percuma daripada SMS Niaga.

Baca Juga : 7 Jenama Terkenal Yang Menggunakan Pemasaran SMS

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top