Adakah anda sudah bosan makan gaji dan ingin cuba usahakan bisnes sendiri? Sebenarnya terdapat banyak jenis bisnes modal kecil yang anda boleh cuba.

Ada yang memerlukan anda keluarkan sedikit modal, ada juga yang tak memerlukan anda keluarkan modal langsung!

Ingin tahu jenis bisnes apa yang boleh dicuba? Ayuh ikuti perkongsian kami.

10 Idea Bisnes Modal Kecil Yang Boleh Dicuba, Kurang Risiko dan Tinggi Keuntungan

1. Jual Nasi Bajet

Anda juga boleh cuba menjual nasi bajet dalam harga RM 4 ke RM 5 di kawasan penduduk ramai. Kalau nak lebih rancak, boleh sediakan khidmat penghantaran. Hebahkan bisnes anda di Facebook supaya orang yang tinggal berdekatan tahu kewujudan anda.

Bisnes jual nasi bajet sebegini biasanya mudah untuk buat jualan sehingga 150 bungkus sehari. Keuntungan biasanya bagi jualan nasi adalah 60 peratus. Jadi, anggaran untung bersih yang anda boleh dapat adalah RM 360 X 30 hari = RM 10,800.

2. Buah Potong

Keuntungan untuk bisnes jual buah potong ini boleh dicapai kira-kira sehingga 50% daripada modal. Orang juga rasa tidak terbeban untuk beli buah potong kerana harganya sekitar RM 1 atau RM 2 sahaja.

Lagi bagus kalau anda boleh bawa motor dan jual di lokasi yang ramai orang seperti di depan sekolah, kawasan pejabat atau kilang.

3. Dropship

Pasti anda biasa dengar tentang dropship tetapi mungkin ramai yang tak tahu apa sebenarnya dropship.

Dropship adalah sejenis bisnes modal kecil yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet.

Kebiasaannya pengasas produk akan mencari dropship atau orang tengah untuk tingkatkan jualan produk mereka.

Apa yang anda perlu lakukan adalah promosikan produk dan kumpulkan pesanan yang diterima. Pelanggan akan membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan. Kemudian, anda bayar kepada pusat jualan mengikut harga dropship.

Anda boleh simpan untung bersih kerana itulah keuntungan yang anda jana sendiri. Dropship juga tak memerlukan seseorang untuk simpan stok atau keluarkan duit membeli produk.

4. Berniaga Burger Tepi Jalan

Seperti yang kita tahu, rakyat Malaysia memang sukakan burger. Ia mudah untuk disediakan dan sangat jarang untuk ia jadi tak sedap. Jadi, sesiapa sahaja boleh buat burger walaupun kurang pengalaman.

Modal yang perlu dikeluarkan juga tidaklah besar, mungkin kira-kira kurang daripada RM 1,000. Sebaiknya, cari lokasi yang sesuai untuk menjual burger seperti berdekatan perumahan, asrama dan sebagainya.

bisnes modal kecil

Kredit : MNiaga

5. Jual Air RM 1 Secawan

Menjual air RM 1 secawan depan sekolah boleh dilakukan dua kali sehari iaitu pada waktu tengah hari (sekolah harian) dan pada waktu petang (sekolah agama/sekolah yang ada sesi ko-kurikulum).

Tak mustahil untuk seorang peniaga air menjual 300 cawan bagi satu sesi persekolahan dan jana RM 600 secara kasar dalam sehari.

Rata-rata penjual air berkongsi yang keuntungan bersih dalam bisnes jual air ini adalah kira-kira 80%. Jadi, dalam sehari boleh dapat dalam RM 480 X 21 hari persekolahan dalam sebulan = RM 10,080.

6. Tuisyen Online

Manfaatkanlah bakat mengajar anda untuk jana pendapatan. Sekarang ini, pasti ramai ibu bapa yang tiada masa untuk pantau dan mengajar anak di rumah. Jadi, inilah peluang anda untuk bantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pelajaran.

Tak perlu keluarkan modal yang banyak, asalkan anda boleh hasilkan slide ringkas dan pandai gunakan aplikasi seperti Zoom atau Google Meet pun sudah mencukupi.

Jangan tak percaya yang anda tak perlu pendidikan tinggi pun untuk buat bisnes tuisyen online ini. Kalau anda tak berkemahiran untuk mengajar subjek yang susah-susah seperti Matematik Tambahan atau Fizik pun tidak mengapa.

Anda boleh mulakan bisnes tuisyen online ini dengan mengajar anak-anak kecil asas membaca, mengira dan Iqra.

Untuk dapatkan ramai pelajar, anda perlulah rajin iklankan bisnes secara online di media sosial. Barulah lebih ramai tahu khidmat tuisyen online yang anda tawarkan.

7. Jual Apam Balik di Pasar Malam

Bisnes ini juga boleh menyumbang keuntungan sehingga 80%. Jadi, dengan menjual 400 keping apam balik setiap minggu dengan harga RM 2 sekeping, seorang peniaga itu boleh dapat keuntungan bulanan sebanyak :

Nilai jualan RM 800 × 4 seminggu × 4 minggu sebulan = Jualan Kasar RM 12,800 tolak modal 20% (RM 2,560) = RM10,240

8. Ghostwriter

Adakah anda minat menulis? Sekiranya anda tidak mempunyai latar belakang dalam penulisan sekalipun, anda juga berpeluang untuk jana pendapatan.

Biasanya ramai penerbit atau pemilik blog mencari penulis untuk menghasilkan draf atau kandungan bagi website atau buku.

Sambil anda menjana pendapatan, kerja ini juga dapat membantu anda luaskan pengetahuan dan asah kemahiran menulis. Tugas ini juga sangat sesuai bagi yang suka bekerja dari rumah.

9. Jual Aiskrim Cawan

Cuaca panas-panas memang seronok kalau dapat nikmati aiskrim. Walaupun harga jualan hanya RM 2 untuk satu aiskrim, sebenarnya boleh untung besar tau!

Mengikut perkongsian daripada One Siti Ice Cream, satu bancuhan aiskrim memakan modal kira-kira RM 20. Kos ini sudah termasuk harga cawan dan stiker. Satu bancuhan ini pula boleh dapatkan kira-kira 80 cawan aiskrim.

Contohnya anda menjual dengan harga RM 2 secawan, maka hasil jualan yang anda akan dapat adalah RM 2.00 X 80 cawan = RM 160.

Jadi keuntungan bersih yang anda akan dapat selepas tolak modal adalah RM 140. Dalam sehari, anda mungkin boleh buat sebanyak 5 bancuhan. Jadi, anda boleh dapatkan untung bersih sehingga RM 140 X 5 = RM 700.

Ini baru sehari. Kalau sebulan, anda boleh jana sehingga beribu-ribu ringgit!

10 Jadi Agent Jualan Produk

Biasa kita dengar agent jualan boleh capai untuk ribu-ribu sehinggakan ada yang menjadi jutawan! Sebenarnya, perkara ini tak mustahil asalkan anda bijak memilih jenis produk untuk dijual.

Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih produk yang laku keras pada bulan tersebut (kebanyakan produk adalah bermusim). Kemudian, cari produk yang menawarkan keuntungan melebihi RM 50 / item.

Anda boleh rancakkan jualan guna FB Ads dan letakkan kos iklan sehari sebanyak RM 80. Kemudian, letakkan target untuk menjual (close deal) sekurang-kurangnya 11 item sehari.

Jadi, setiap hari anda akan dapat hasil jualan RM 550, ditolak pula dengan modal kos iklan RM dan bayaran pos RM 110, maka keuntungan bersih adalah kira-kira RM 360 X 30 hari = RM 10,800.

bisnes modal kecil

Usahawan yang bergelar jutawan di bawah jenama Mamasab

Bagi sesiapa yang ingin jana keuntungan tanpa mengeluarkan modal yang besar, bolehlah cuba salah satu bisnes modal kecil yang kami kongsikan ini.

Dengan usaha dan strategi yang betul, anda juga pasti dapat menjadi usahawan yang berjaya. Selamat mencuba!

Sumber : Muizz Mahari, ohmedia.my

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top