Siapa Owner Pak Mat Western? Ini Kisah Jenama Kambing Perap Nombor Satu Malaysia Yang Ramai Tak Tahu
Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia kenal dengan jenama kambing perap popular iaitu Pak Mat Western. Mana tidaknya, gaya marketing daripada Pakmat Western sememangnya sukar untuk ditandingi.
Yang terbaharu, Pak Mat Western menyajikan pula kesinambungan kisah ‘Istanbul Aku Datang’ sambil menampilkan seorang lagi pelakon utama filem tersebut iaitu Tomok.
Disebabkan video pemasaran dengan storyline yang menarik dan mencuit hati, ramai yang sering tertunggu-tunggu iklan terbaharu daripada jenama kambing perap ini.
Rata-rata pengguna di media sosial bukan sahaja memuji style marketing Pakmat Western yang sentiasa all out, malah mereka juga sering berteka-teki berapakah bajet yang jenama ini peruntukkan bagi pemasaran?
Sudah tentu memakan jutaan ringgit kerana setiap iklan yang dihasilkan mempunyai jalan cerita yang unik serta menampilkan selebriti popular tanah air!
Selain gaya marketingnya yang menarik, identiti sebenar pemilik jenama Pakmat Western juga sering menjadi tanda tanya serta topik hangat di kalangan warganet.
Siapa sebenarnya owner Pak Mat Western yang popular ini?
Bagi menjawab pertanyaan ini, jom kita semak serba sedikit latar belakang serta asal usul jenama Pak Mat Western yang kini menjadi sebutan ramai.
Siapa Owner Pak Mat Western?
Identiti owner Pak Mat Western menjadi sebuah misteri di kalangan warganet. Sehinggakan, ada yang menganggap pemilik jenama popular ini adalah seorang perempuan!
Ini juga disebabkan oleh marketing Pak Mat Western yang mantap. Dalam platform media sosial mereka, antara wajah yang sering tampil adalah seorang gadis muda yang petah di hadapan kamera.
Nama wanita yang sering dikaitkan dengan jenama ini adalah Izz atau nama sebenarnya Nurina Izz Zayani. Sebenarnya, wanita tersebut bukanlah owner Pak Mat Western, malah beliau merupakan Ketua Pegawai Strategi PMW Group.
Jika anda pergi ke laman web rasmi jenama ini sekalipun, anda takkan temui wajah pengasasnya. Malah, laman carian di internet juga sukar untuk beri jawapan ini. Jadi, siapa sebenarnya pemilik jenama terkenal ini?
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya Pak Mat Western ialah perniagaan adik-beradik. Nama Pak Mat pula diambil daripada nama bapa mereka yang asalnya merupakan tukang gunting rambut. Disebabkan oleh nama Pak Mat ini jugalah ada yang menganggap owner Pak Mat Western adalah seorang lelaki tua.
Namun, beberapa sumber mengatakan bahawa adik-beradik yang mengasaskan jenama ini masih muda dan berusia dalam lingkungan usia 30an sahaja. Memang hebatlah penangan adik-beradik ini mengendalikan bisnes hingga mampu mencapai jualan jutaan ringgit!
Owner Pak Mat Western Buat Kemunculan?
Meskipun tidak pernah tampil di televisyen atau media sosial, namun satu-satunya kemunculan umum yang pernah dilakukan oleh pemilik Pak Mat Western adalah ketika Sambutan Malidur Rasul Peringkat Pulau Pinang pada November 2019.
Dalam majlis tersebut, penerimaan Anugerah Qudwatur Rasul Shabab telah diwakili oleh salah seorang pemilik bisnes tersebut iaitu Nor Qaiyum Muhamad. Usahawan muda yang ditemui dalam majlis tersebut percaya bahawa setiap bisnes tidak boleh dibina dengan tergesa-gesa. Sebaliknya, peniaga perlulah menambah ilmu supaya perniagaan mampu berkembang dengan lebih baik.
Pemuda yang berusia 29 tahun itu juga berkata meskipun tiada pendidikan tinggi, namun beliau tidak pernah berputus asa untuk memajukan diri dan membangunkan perniagaan secara perlahan-lahan atas usaha sendiri tanpa membuat pinjaman bank.
Bisnes Pak Mat Western Bermula Dari Kedai Gunting Rambut
Siapa sangka sebenarnya bisnes daging perap yang bernilai jutaan ringgit ini sebenarnya bermula daripada kedai gunting rambut yang kecil sahaja?
Namun perniagaan si ayah telah bertukar kepada kedai makan setelah diambil alih oleh anak-anaknya.
Pada tahun 2013, bisnes ini bermula secara kecil-kecilan daripada warung dengan 6 buah meja sahaja. Namun, hidangan western yang lazat dengan harga mampu milik yang Pak Mat Western tawarkan ternyata mampu menawan selera pelanggan di sekitar Bukit Minyak, Pulau Pinang pada ketika itu.
Keenakannya hidangan Pak Mat Western menjadi tular sehingga ada yang sanggup datang dari luar Pulau Pinang semata-mata untuk nikmati sajian Barat di warung tersebut.
Atas sambutan yang menggalakkan, jenama Pak Mat Western mulai berkembang dengan membuka restoran di beberapa negeri lain seperti Johor, Kedah dan Perak. Setiap cawangan mereka juga dikatakan wajib dikunjungi oleh sekurang-kurangnya 500 pelanggan setiap hari!
Tak cukup dengan itu, premis makanan terbabit turut mempunyai express mart di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.
Langkah mereka untuk mencapai pelanggan menerusi jualan produk homemade sejuk beku juga menjadi petuah bagi jenama ini. Dengan ribuan ejen di serata negara, Pak Mat Western kini menjadi jenama daging perap nombor satu di Malaysia.
Kini Pak Mat Western yang menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang ini telah dikenali seantero Malaysia dek kerana marketing yang cukup mantap. Ramai yang turut memuji kualiti serta keenakan produk Pak Mat Western yang dijamin segar, lazat dan mampu dinikmati dengan harga yang berpatutan.
Baca Juga : 4 Strategi Bisnes Pak Mat Western Untuk Jadi Jenama Kambing Perap Nombor 1 di Malaysia