Dalam pemasaran digital yang semakin sengit masa kini, website sudah dikira sebagai satu keperluan bagi sesebuah jenama. Selain mengembangkan lagi pasaran kepada pelanggan online, website juga perlu dibuat serta diselenggara dengan baik kerana ia bakal mencerminkan jenama anda secara atas talian.
Jadi, anda perlulah persembahkan website yang padu buat pelanggan bagi menjaga kredibiliti jenama di samping menarik minat mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda.
Di sini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk bangunkan website yang berkualiti untuk jenama anda.
6 Tips Untuk Bangunkan Website Bagi Pemasaran Jenama Anda
1. Kumpul Kandungan Yang Berkualiti
Dalam membangunkan website, anda bukan saja perlu fokus pada layout serta grafik yang menarik, malah anda juga perlu menitikberatkan kualiti kandungan dalam website. Kandungan yang anda tawarkan perlulah tepat, mudah difahami serta lengkap.
Pastikan website anda mempunyai struktur yang ringkas, kemas dan tersusun. Sebagai panduan, mana-mana laman dalam website hendaklah boleh diakses dalam 3 klik atau kurang daripada laman utama.
2. Pastikan Website Mesra Telefon Bimbit dan Lancar
Semak website dan pastikan elemen yang rumit dan tidak penting dibuang. Di samping itu, anda juga perlu memastikan yang website anda boleh dibuka dengan baik melalui telefon bimbit (mobile-friendly). Hal ini kerana kebanyakan pengguna lebih bergantung kepada telefon untuk melayari website.
Antara laman web mesra telefon bimbit yang anda boleh adalah Sugarbomb yang mempunyai design yang ringkas dan mudah untuk dinavigasi.
3. Rangka Pelan Content Marketing
Untuk memaksimakan penggunaan website sepenuhnya, anda perlu wujudkan pelan content marketing demi pasaran bisnes yang lebih berkesan. Tujuan utama content marketing ini adalah untuk hasilkan kandungan yang boleh tarik pelanggan untuk lawati laman web anda.
Untuk hasilkan strategi yang tepat anda perlulah :
- Buat keyword research dan kenalpasti kata kunci SEO yang bersesuaian dengan jenama untuk hasilkan kandungan website.
- Buat analisa Google Search Results untuk kenalpasti jenis kandungan yang diperlukan untuk target keyword anda (panjang content, imej,video)
4. Promosikan Website Anda
Setelah anda bina website, langkah seterusnya adalah untuk promosikan kewujudan website anda.
Antara langkah yang anda boleh ambil adalah :
- Promosikan website di media sosial seperti Facebook, LinkedIn, TikTok dan Instagram.
- Tambahkan link website ke platform pemasaran lain seperti pemasaran SMS dan e-mel.
- Gunakan Google Ads supaya pengguna dapat menemui website anda pada bahagian atas Google Search dan platform Google lain seperti Youtube dan Gmail.
5. Sentiasa Kemaskini Kandungan Website
Dari kemaskini bab kandungan hingga ke hal teknikal, pembangunan website adalah tugas yang berterusan.
Semakin website anda berkembang, sesetengah kandungan yang terdapat dalam website mungkin sudah lapuk dan tidak memberikan nilai pada kualiti SEO laman anda.
Apa yang anda boleh lakukan adalah update isi kandungan dengan maklumat terkini dan republish. Anda juga perlu review laporan Google Search Console dan Google Analytics untuk kenalpasti laman yang popular di website anda.
Laman yang mempunyai ranking tinggi perlulah dikekalkan dengan sentiasa menambah baik kandungan relevan dan terkini.
Selain itu, website juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala serta pemantauan yang rapi. Antara perkara yang anda perlu ambil kira adalah tahap keselamatan website serta perisian yang terkini untuk kelancaran website.
6. Pantau, Analisa dan Ulanginya
Strategi pemasaran takkan lengkap tanpa pantauan yang rapi. Dalam dunia pemasaran digital, semuanya boleh diukur dan dianalisa menggunakan tools tertentu.
Untuk ukur perkembangan website, anda wajib install Google Analytics untuk kenalpasti aliran trafik serta jejak kadar pertukaran atau conversion rate bagi mengenalpasti jumlah pembelian, bilangan pelanggan mendaftar dan sebagainya.
Seperti yang dinyatakan tadi, Google Analytics dapat membantu anda kenalpasti topik yang dapat menarik perhatian pengguna di laman web anda. Jadi, anda bolehlah banyakkan hasilkan kandungan yang berkenaan dengan topik popular ini bagi menarik pengguna internet.
Website adalah marketing tool yang sangat baik untuk perkembangan jenama. Untuk membangunkan website, anda perlulah buat beberapa persiapan seperti merangka strategi untuk content marketing dan kumpul kandungan berkualiti. Anda juga perlu memastikan yang website berjalan dengan lancar, mobile friendly dan dilengkapi dengan perisian dan keselamatan yang optimum.
Sekiranya anda tiada kepakaran untuk membina website, jangan risau. Kini terdapat ramai pembekal khidmat pembangunan website termasuklah LamanWeb. Hubungi LamanWeb untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk bangunkan bisnes anda menerusi website.