Sesi penstriman secara langsung atau live di platform marketplace popular iaitu Shopee telah mencatatkan rekod penyertaan yang tinggi sambil melihatkan peningkatan sebanyak 36 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat.
Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata penstriman secara langsung yang berinteraktif serta menawarkan diskaun ekslusif 90 peratus menjadi pendorong utama ramai pengguna untuk menyaksikan acara Shopee Live tersebut. Tempoh tersebut turut menyaksikan ramai penguna baharu yang menonton dan tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah dengan tawaran istimewa.
“Berbanding hari biasa, jumlah waktu rakyat Malaysia menonton Shopee Live didapati meningkat sebanyak tiga kali ganda pada hari kemuncak 9 September bagi menyaksikan Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat yang turut menampilkan beberapa selebriti tempatan seperti Janna Nick, Yusof Hashim dan Bell Ngasri.
Pada masa yang sama, pengguna juga teruja untuk menantikan sesi Shopee Shake yang mana mereka berpeluang untuk memenangi sehingga 9 juta Shopee Coins. Di samping itu, Shopee Live turut mencatatkan sembilan kali ganda penonton baharu yang turut mengambil bahagian dalam permainan menarik seperti Teka dan Menang,” ulas Soh dalam satu kenyataan media.
Soh berkata lebih 5,000 jenama di Shopee Mall seperti COSRX, Skechers dan TTRacing turut menawarkan produk asli dengan Jaminan Pulang 15 Hari serta 8X Jaminan Wang Kembali agar pembeli boleh membeli-belah tanpa ragu.
Lima jenama terkenal juga telah memperoleh pesanan paling tinggi pada Shopee Live iaitu Nestle, SKINTIFIC, DESSINI, Maybelline dan Mydin.
Pelbagai tawaran menarik telah mendorong pengguna tempatan membuat carian untuk mendapatkan pakaian dan aksesori fesyen seperti beg tangan, kasut wanita, blaus dan dress semasa hari kemuncak manakala produk penjagaan kulit, barang kemas serta hijab dicatatkan sebagai produk fesyen dan kecantikan yang paling laris.
Soh juga teruja untuk berkongsikan peningkatan jualan sebanyak 36 kali ganda semasa penstriman langsung 9.9 dan sekaligus membuktikan kepentingan Shopee Live dalam ekosistem Shopee bagi pembeli dan penjual.
“Pada tahun ini, kami telah memilih dengan teliti kandungan langsung hiperlokal bagi rakyat Malaysia dengan mengetengahkan jenama dan penjual tempatan di samping meraikan selebriti terkemuka tanah air dalam program kami bagi pengalaman membeli-belah yang lebih menyeluruh dan menyeronokkan,” jelas Soh.
Jualan peniaga tempatan baharu turut meningkat sehingga 10 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat berbanding hari biasa. Menurut Soh, prestasi ini adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding acara 9.9 pada tahun lalu.
Soh berkata Shopee berbangga dapat memperkasakan penjual tempatan yang merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia dengan menyediakan platform serta alat bantuan bersesuaian kepada mereka untuk tingkatkan hasil jualan.
“Kami komited untuk menyediakan peluang kepada perniagaan kecil dan sederhana untuk bermula, berkembang dan berjaya dalam landskap digital yang sentiasa berubah,” katanya.
Sumber : BERNAMA