Jenama produk Muslimah, By Chefiza (BCF) yang terkenal dengan rekaan tudung sarung sudah tidak asing lagi. By Chefiza yang dibangunkan sejak tahun 2019 ini juga turut fokus dalam menawarkan produk yang menyempurnakan lagi pemakaian seharian Muslimah seperti stoking, stoking tangan, inner neck dan snowcap.

Berpangkalan di Kota Bharu, jenama ini kukuh berdiri dengan komuniti reseller yang melibatkan sehingga 13,000 ejen di seluruh negara.

Pengasasnya, Che Nurul Hafizah yang mesra disapa sebagai Che Fiza bersyukur dengan perkembangan jenamanya yang kini memiliki sebuah kilang pengeluaran di Pengkalan Chepa dan enam buah cawangan di seluruh negara.

Menawarkan produk tudung serta keluaran lain dengan fabrik yang berinovasi, jenama ini juga pernah menjadi fenomena apabila jualan snowcap tular sehingga satu juta helai terjual pada fasa awal pengoperasian By Chefiza.

Berpegang kepada prinsip ‘hasil tidak akan pernah mengkhianati usaha’, kini Che Fiza bersama suami, Muhammad Fitri Abdul Razak komited dalam membantu reseller mengedarkan produk dan meningkatkan hasil jualan syarikat.

Dengan hanya bermodalkan tudung sarung dan kelengkapan Muslimah lain, jenama ini mampu mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 32 juta pada tahun 2022.

Ia adalah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan bagi jenama tempatan. Bagaimana BCF mampu mencapai hasil lumayan ini? Jom kita lihat 3 rahsia yang menjadi prinsip serta komitmen BCF untuk menjadi jenama tudung sarung tersohor di Malaysia.

3 Rahsia By Chefiza Mampu Menjana Jualan Sehingga Puluhan Juta Ringgit Setahun

1. Material dan Rekaan ByChefiza Yang Ekslusif

Keistimewaan jenama By Chefiza terletak pada rekaan serta materialnya yang unik dan ekslusif untuk jenama ini sahaja.  

Jika sebelum ini ramai yang melihat tudung sarung sebagai tudung kecemasan atau tudung basahan, jenama ini menjadikan tudung sarung sebagai trend dan keperluan bagi setiap wanita untuk bergaya.

Menurut Chefiza, tahun 2022 menjadi saksi kepada pencapaian terbesar BCF kerana dapat keluarkan material ULTRASenmech.

Material yang telah melalui pelbagai kajian dan direka khas daripada skin sensory mechanism ini bersifat mesra kulit bagi membantu pemakai tampil selesa dan lebih yakin mengenakan hijab.

Sifat material yang mempunyai aliran udara yang baik (breathable) juga menjadikan tudung BCF selesa untuk dipakai dengan cuaca Malaysia.

By Chefiza

Selain itu, sifat kain tudung yang breathable juga menjadikan tudung BCF tidak mudah berbau hapak terutamanya ketika berpeluh ataupun ketika dipakai ketika rambut sedang basah.

Pada tahun ini, Bychefiza juga teruja untuk lancarkan satu lagi rekaan berinovasi setelah bertahun-tahun kajian material dilakukan iaitu Back to School atau tudung sekolah kanak-kanak.

Direka khas menggunakan material cotton crepe yang masih bercirikan ULTRAsenmech, tudung yang dihasilkan bersifat ringan, bersifat memeri, tak perlu digosok dan mempunyai pengaliran udara yang baik untuk kegunaan anak-anak.

Terkenal dengan rekaan Souk, By Chefiza juga menjadi pilihan ramai wanita muslimah kerana rekaannya yang ringkas dan praktikal untuk kegunaan harian.

Awning tudung Souk yang direka khas oleh pengasas ini tidak memerlukan pin untuk dipakai. Sebaliknya, pengguna hanya perlu klim atau lipat sedikit sahaja untuk kekemasan. Sesuai untuk digayakan dengan pakaian formal mahupun kasual.

Material khas serta rekaan simple tudung ini sekaligus menjadi faktor pelaris bagi jenama By Chefiza. Cara pemakaian tudung yang serba ringkas ini sangat sesuai untuk para ibu dan wanita yang sibuk namun ingin tampil cantik dan kemas setiap hari.  

By Chefiza

Hasil jualan yang tinggi membuktikan yang produk sebegini memang banyak permintaannya! Jadi, tak sia-sia jenama ini lakukan kajian bertahun-tahun untuk hasilkan material berkualiti tinggi dan selesa untuk pelanggan mereka.

2. Strategi Berfokus Untuk Tingkatkan Jualan Reseller

Menyedari sebahagian besar model bisnes terletak pada reseller, BCF mengambil pendekatan strategi go to market untuk tingkatkan hasil jualan reseller.

Menurut Chefiza, dalam keadaan orang mula berkira-kira membuat pembelian, penjual tidak boleh lagi menunggu pelanggan untuk datang ke kedai atau booth kita. Sebaliknya, kita perlu mencari inisiatif yang lebih kreatif untuk turun masuk ke market mencari pelanggan.

Berbanding kebanyakan HQ yang mengambil duta untuk kegunaan branding dan iklan billboard, BCF memilih untuk manfaatkan tarikan artis popular khusus untuk reseller.

Material pemasaran seperti roll-up bunting, alas meja, backdrop akan disediakan oleh HQ bagi memastikan keseragaman dan kekemasan kiosk atau stokis mengikut konsep warna jenama.

Strategi unik ini juga akan membuatkan reseller rasa cukup dihargai dan menjadikan mereka lebih bersemangat untuk promosikan tudung BCF kepada orang ramai.

Paparan branding yang seragam di setiap booth ini juga dapat menjadi daya tarikan untuk mengajak pelanggan mencuba sendiri kualiti tudung BCF.

Bukan sahaja dapat meningkatkan reputasi jenama, malah strategi ini juga dapat membuatkan BCF dikenali lebih ramai pelanggan.

Tanpa pelanggan, tiada reseller. Jika tiada reseller, maka tiadalah jenama Chefiza.

Oleh itu, BCF juga menawarkan sesuatu yang istimewa bagi menghargai kesetiaan pelanggan.

Sempena Hari Raya kali ini, reseller By Chefiza akan beri kejutan kepada pelanggan VIP mereka dengan memberikan hadiah Hari Raya.

Pelanggan yang membuat pembelian RM 200 ke atas juga layak untuk miliki set hadiah Hari Raya edisi terhad yang serba ekslusif ini.

By Chefiza

Ini adalah salah satu strategi yang banyak jenama terkemuka gunakan untuk kekalkan kesetiaan pelanggan.

Dengan sokongan berpanjangan daripada pelanggan, jenama pasti akan lebih teguh berdiri pada masa akan datang.

Latih Team Supaya Boleh Menjual

Bukan sahaja menyediakan material pemasaran dan stok, malah BCF juga mengambil berat prestasi reseller dengan memastikan seluruh team mempunyai kebolehan untuk menjual.

Jadi, apa yang BCF lakukan adalah memberi latihan dan menurunkan ilmu perniagaan dan marketing kepada semua team dan reseller mereka.

Antara teknik yang dikongsikan adalah strategi untuk tarik leads, cara untuk convert sale, teknik upsell, seni menjaga pelanggan VIP dan cara follow up pelanggan. Reseller hanya perlu sediakan modal kerajinan sahaja untuk capai target jualan.

Dengan ilmu ini, maka reseller akan lebih yakin untuk dekat pelanggan walaupun tidak pernah berniaga sebelum ini.

Komitmen By Chefiza dalam memberi sokongan serta panduan kepada reseller didapati mampu mendorong jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Ditambah pula dengan keistimewaan BCF yang menggunakan material khasnya menjadikan ‘tudung sarung hantu’ ini pilihan utama para muslimah di Malaysia.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua peniaga baharu untuk turut berjaya membangunkan perniagaan.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top