Demi menawarkan pengalaman membeli-belah serba baharu, platform membeli-belah terkenal di rantau Asia Tenggara iaitu Shopee kini menyediakan ciri penghantaran segera khusus untuk pelanggan di Lembah Klang iaitu Instant Delivery.

Menerusi ciri terbaharu ini, orang ramai boleh menerima produk yang dipesan hanya dalam tempoh sekitar 2 jam sahaja selepas pembelian dilakukan.

Ini bermakna pengguna boleh melakukan pembelian dan menerimanya dalam tempoh beberapa jam sahaja. Pengalaman baharu ini juga bakal memberi peluang kepada pelanggan untuk menggunakan produk yang dibeli serta-merta.

shopee instant delivery

Berdasarkan kenyataan dari Shopee, difahamkan bahawa kemudahan ini disokong oleh sejumlah penjual yang beroperasi di Lembah Klang. Tempoh penghantaran pula adalah sekitar 2 jam selepas dibeli antara jam 9 pagi hingga 9 malam.

Untuk makluman, kemudahan terkini ini tersedia sekiranya jarak pembeli dan penjual adalah dalam lingkungan 30 kilometer.

Dari segi kos penghantaran pula, Shopee Instant Delivery mengenakan caj penghantaran berharga RM 6 untuk jarak 4km pertama. Jumlah ini akan meningkat RM 1 bagi setiap kilometer seterusnya sehingga jarak maksimum iaitu 30 kilometer.

Orang ramai yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini juga perlu sedia maklum bahawa barangan yang boleh dihantar menerusi Shopee Instant Delivery ini perlulah bersaiz maksimum 30X30X30cm dan berat 10 kilogram.

Untuk menggunakan kemudahan Shopee Instant Delivery, pengguna boleh membuat carian produk terlebih dahulu di laman utama dan pilih menu Instant Delivery.

shopee instant delivery

Setelah menerima pesanan, penjual akan mengemaskini barangan anda dan menghantar pesanan dengan segera menerusi rider ShopeeFood. Setelah pesanan dihantar, anda akan menerima notifikasi dengan anggaran serta kos dan masa penghantaran.

Kemudahan unik ini tentunya bakal merancakkan lagi industri e-dagang tempatan. Ia juga mempunyai potensi yang besar untuk memenuhi keperluan pelanggan terutamanya yang memerlukan produk tertentu dengan kadar segera.

Untuk keterangan lanjut mengenai kemudahan terbaharu dari Shopee, sila rujuk pada pautan ini. Anda juga boleh jenis menyemak produk dan senarai penjual yang menawarkan serta menyokong penghantaran segera dari Shopee.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top