Penggunaan perkhidmatsn pemesanan makanan secara atas talian sudah menjadi kegiatan lazim dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara jenama besar yang sering menjadi pilihan masyarakat tempatan adalah Grab.
Berdasarkan tinjauan daripada jenama p-hailing itu, kira-kira 70 peratus daripada pengguna di Asia Tenggara telah menjadikan kaedah ini sebagai suatu kebiasaan meskipun negara telah pun melepasi fasa pandemik Covid-19.
Dengan perubahan gelagat pembeli, secara keseluruhannya pengguna Malaysia juga didapati berjaya melakukan penjimatan sebanyak RM 27 juta menerusi Saver Delivery yang disediakan dalam aplikasi GrabFood.
Lebih menarik lagi, Malaysia juga didapati menjadi antara negara yang penggunanya paling ramai memilih Saver Delivery dengan satu pertiga daripada jumlah pesanan makanan di negara pada penjimatan tersebut.
Dapatan ini sekaligus membuktikan gelagat pembelian rakyat Malaysia yang sering mencari tawaran dan tidak ketinggalan untuk menebus diskaun berpatutan ketika membuat pembelian. Pada masa yang sama, negara jiran seperti Singapura dan Filipina juga didapati turut memanfaatkan tawaran menarik yang tersedia di GrabFood.
Berdasarkan tawaran Saver Delivery dari GrabFood, aplikasi penghantaran p-hailing turut mengenalpasti beberapa hidangan popular yang sering menjadi pililhan penduduk di Malaysia antaranya Nasi Goreng, Ayam Goreng dan Roti Canai.
Secara keseluruhan Grab turut melihat penawaran Saver Delivery ini bukan sahaja membantu untuk menjimatkan pengguna Malaysia namun ia turut memberi manfaat kepada pengguna di negara Asia Tenggara lain. Menerusi tawaran ini, penjimatan sebanyak lebih RM 81 juta dapat dicapai oleh pelanggan.
Dengan pencapaian luar biasa ini, ia sekaligus membuktikan kemampuan jenama p-hailing popular itu dalam menawarkan perkhidmatan terbaik buat pelanggan, memperkasakan kaedah transaksi jual beli bebas tunai serta pengukuhan skala penghantaran makanan di pasaran serantau.
Mengimbau kembali sejarah industri p-hailing di Malaysia, Grab sebelum ini telah mengambil alih operasi Uber Eats pada tahun 2018. Meskipun kini berdepan dengan pelbagai jenama pesaing lain, namun Grab terus setia menawarkan perkhidmatan terbaik buat pelanggan di mana pun mereka berada.
Sumber : rnggt.com
Baca Juga : Grab Bakal Ambil Alih Operasi Foodpanda di Malaysia dan 6 Negara Lain?