Pengesahan patuh syariah merupakan satu elemen yang penting kepada banyak syarikat lebih-lebih lagi perniagaan yang banyak menjalankan transaksi jual beli komoditi serta aset.

Selain menjamin urusan perniagaan yang bebas daripada perkara haram atau meragukan, pengiktirafan patuh syariah ini juga mampu mendorong syarikat dalam mencapai pelanggan melalui pendekatan yang seiring dengan hukum syarak.

Sebagai institusi penyelidikan berkaitan kewangan dan syariah Islam yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, International Shariah Research Academy atau ISRA mempunyai reputasi yang baik dan menjadi pilihan banyak syarikat.

Namun, kontrak ISRA sebagai penasihat syariah Quantum Metal telah tamat pada 15 April 2023 dan tidak disambungkan lagi.

Perkara ini juga telah diumumkan di laman web rasmi ISRA untuk rujukan umum. Dalam kenyataan tersebut, ISRA menjelaskan bahawa khidmat mereka sebagai perunding syariah bagi produk Gold Storage Account (GSA) telah tamat pada tarikh tersebut.

Penamatan khidmat syariah ini sekaligus melucutkan kelayakan Quantum Metal serta ejen dibawahnya dalam menggunakan nama serta logo ISRA dalam sebarang aktiviti perniagaan atau pemasaran dan berkuatkuasa serta merta.

Berita penamatan kontrak ini telah menimbulkan spekulasi hangat di media sosial terutamanya di kalangan pelabur emas.

Tambahan pula, Quantum Metal nampaknya masih menyenaraikan ISRA sebagai penasihat syariah di laman web rasmi mereka.

Mana tidaknya, Quantum Metal merupakan sebuah syarikat pelaburan emas yang cukup terkenal di dalam dan luar negara. Mereka juga mempunyai lebih 40,000 orang perunding serta 400,000 ahli berdaftar di 13 buah negara.

Namun, sebagai syarikat yang mengutamakan perniagaan patuh syariah, Quantum Metal tampil segera untuk memberi penjelasan mengenai isu ini.

Dalam kenyataan bertarikh 7 April 2023, syarikat ini telah memuatnaik kenyataan bagi menegaskan prinsip mereka dalam menawarkan produk berasaskan tawarruq.

Syarikat pelaburan emas ini juga telah memuatknaik kenyataan tersebut di laman web rasmi mereka untuk rujukan semua pihak.

Pengasas Malakat Mall yang juga merupakan salah seorang perunding bagi Quantum Metal, Fadzil Hashim turut terpanggil untuk menjawab kontroversi mengenai syarikat pelaburan emas tersebut.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, beliau telah melampirkan sijil-sijil pematuhan syariah bagi syarikat Quantum Metal yang dikeluarkan oleh Tawafuq Consultancy untuk produk GSA, Gold Convert Account (GCA) dan Gold Asset Enhance (GAE).

Meskipun namanya tidak sebesar ISRA, namun Tawafuq Consultancy merupakan penasihat syariah berlesen, telah diperakui sebagai Penasihat Syariah Luar (External Shariah Advisor) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan merupakan ahli Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC).

Selain itu, Tawafuq Consultancy juga telah mendapat tempat dalam senarai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai penasihat syariah yang dipercayai.

Syarikat perundingan syariah yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 ini juga bukan sahaja telah berkhidmat bagi pengguna di Malaysia, malah berpengalaman dalam menawarkan khidmat syariah di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Sebagai syarikat pelaburan emas terkemuka, adalah komitmen Quantum Metal untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, dipercayai serta selari dengan hukum syarak.

Untuk ketahui perkembangan terkini serta keterangan lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Quantum Metal, sila layari laman web rasmi mereka di pautan https://www.quantummetal.com.my/.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top