Susulan program Training of Trainers (ToT) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada Julai lalu, DESB-UMK-UiTM bersama APWINC kini menjalin kerjasama bagi merealisasikan Program Keusahawanan Digital.

Dalam usaha memberikan latihan yang holistik kepada para usahawan wanita dalam aspek kemahiran digital dan e-dagang, bimbingan komprehensif akan diberikan kepada para peserta bagi memperluaskan skop perniagaan dengan penerapan strategi digital yang efektif.

Kerjasama ini bakal memberikan peluang kepada para usahawan wanita untuk mempelajari kemahiran baru yang berkaitan dengan pemasaran dalam talian, pengurusan laman web, analisis data dan strategi e-dagang yang berkesan.

Lebih menarik lagi, peserta program ini bakal menikmati pelbagai faedah iaitu :

  • Peluang mempelajari ilmu secara praktikal.
  • Elaun kehadiran sebanyak RM 400
  • Berpeluang untuk promosikan produk di Korea Selatan dan perbelanjaan akan ditanggung.

program keusahawanan digital

Pusat Keusahawan Digital dan Kepimpinan Wanita Bakal Dibangunkan di Kelantan

Pada masa yang sama, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Republik Korea (ROK) dan Asia Pacific Women Information Network Centre (APWINC) bakal menubuhkan Pusat Keusahawanan dan Kepimpinan Wanita yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam usaha mewujudkan ekosistem keusahawan yang kondusif, pusat ini bakal berfungsi sebagai ‘pusat sehenti’ dengan menyediakan pusat bimbingan usahawan wanita.

Bagi merealisasikan kerjasama ini, UMK telah dilantik bagi menyelaras projek yang dibiayai oleh dana kerjasama ASEAN-ROK, ASEAN Korean Corporation Fund (AKCF) selama 5 tahun bermula awal Januari 2022 hingga Disember 2026.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata objektif utama penubuhan pusat itu bukan sahaja terhad kepada sesi latihan dan bimbingan, malah ia bertujuan untuk memupuk persekitaran yang sesuai bagi membentuk kemahiran usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) wanita agar mampu berkembang maju dalam ekonomi digital.

APWINC yang berpangkalan di Korea Selatan telah memulakan projek kerjasama ASEAN-ROK demi meningkatkan lebih ramai penyertaan ekonomi digital untuk usahawan PKS dalam kalangan wanita di negara-negara ASEAN.

program keusahawanan digital

Sementara itu, UMK pula menggalas tanggungjawab bagi menerajui negara ini dan pusat latihan DESB Sdn Bhd bertindak sebagai institusi pelaksana.

Pasukan Malaysia terdiri daripada 14 orang jurulatih daripada UMK, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan usahawan yang berpengalaman bagi melatih 242 orang usahawan PKS wanita pada tahun hadapan.

Dengan bimbingan dan sokongan yang disediakan, diharapkan para usahawan wanita dapat meningkatkan daya saing perniagaan mereka dalam dunia digital yang semakin pesat.

Bagi usahawan wanita yang berminat untuk sertai Program Keusahawanan Digital ini, anda boleh mendaftar secara atas talian dengan mengisi Google Form di pautan berikut :

Program Keusahawan Digital DESB-UMK-UiTM-APWINC

Sumber : DESB Training, Kelantan FM

Baca Juga : Training of Trainers (ToT) Perkasakan Kemahiran E-Niaga Dalam Kalangan Usahawan Wanita

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top