Kepantasan dan ketepatan rangkaian internet merupakan faktor penting yang mempengaruhi pengalaman penggunaan dalam talian.

Penyedia rangkaian telekomunikasi dalam negara seperti Celcom, Digi, Umobile, Maxis, Unifi sentiasa bersaing bagi menawarkan servis yang terbaik dan pantas buat para pelanggan.

Setelah bergabung pada Disember 2022, CelcomDigi telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan meraih 12 anugerah dalam 11 kategori dari Opensignal, sebuah badan pengukur prestasi rangkaian global yang mendapat pengiktirafan luas.

Anugerah yang diberikan oleh Opensignal bukanlah sesuatu yang kecil, sebaliknya ia merupakan pengiktirafan yang memberikan kita sebagai pengguna peluang untuk menilai kemampuan sesuatu syarikat telekomunikasi dalam menyediakan rangkaian Internet yang berkualiti dan pantas dengan konsistensi yang tinggi.

Kemenangan ini membuktikan komitmen syarikat CelcomDigi untuk menyediakan rangkaian internet terunggul di Malaysia dan sekaligus menjadikan mereka sebagai peneraju utama dalam industri telekomunikasi tempatan.

Rangkaian Celcom telah memperoleh tempat pertama dalam beberapa kategori penting seperti pengalaman permainan dalam talian dan aplikasi suara, kelajuan muat turun dan muat naik, dan pengalaman liputan 4G. Dalam masa yang sama, mereka berkongsi tempat pertama dengan Digi bagi kelajuan muat naik dalam rangkaian 5G.

Tidak kurang hebatnya, rangkaian Digi juga telah menguasai beberapa kategori berkait pengalaman 5G yang menarik seperti pengalaman video dan permainan dalam talian 5G dan kelajuan muat turun menerusi 5G. Berkat kejayaan ini, CelcomDigi telah menjadi syarikat telekomunikasi yang meraih anugerah paling banyak di Malaysia pada tahun ini.

CelcomDigi terima Anugerah OpenSignal

Sumber: The Vocket

CelcomDigi sentiasa berusaha gigih untuk menyediakan pengalaman mudah alih dan rangkaian Internet terbaik kepada para pengguna mereka. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila mereka mendapat jumlah anugerah terbanyak dalam analisis yang dijalankan oleh Opensignal.

Pengalaman Internet & Rangkaian 4G/5G Yang Maksimum

Satu usaha utama yang sedang diberi keutamaan oleh CelcomDigi adalah gabungan serta pembaharuan rangkaian mereka demi membentuk rangkaian yang kukuh, meluas, dan terkini di seluruh negara dengan mencakup 18,000 tapak.

Dengan mengoptimumkan penggunaan tapak rangkaian ini, CelcomDigi berjaya memperoleh spektrum yang lebih luas dan menyediakan liputan dalam bangunan yang lebih baik. Hasilnya, pengguna dapat menikmati rangkaian dan sambungan Internet yang stabil dan berkualiti di setiap ruang kediaman atau premis.

Setelah inisiatif ini lengkap, rangkaian baharu yang kukuh ini bakal memberikan pengalaman pengguna yang lebih hebat dengan capaian terbaik, di samping meningkatkan 96% kepada 98% kawasan berpopulasi di seluruh negara.

Perubahan ini akan mempercepatkan kelajuan Internet pengguna CelcomDigi hingga 10 kali ganda melalui sambungan 5G. Pengguna tidak perlu lagi risau mengenai isu sambungan yang lemah, kerana kini mereka akan menikmati pengalaman streaming dan permainan video dengan kualiti yang lebih baik dengan kehadiran 3 bar tahap servis dan ke atas.

CelcomDigi Hadirkan Pelbagai Pilihan Pelan 5G Yang Berpatutan Dan Mampu Milik Untuk Semua

Dengan fokus sepenuhnya pada pengalaman dan kepuasan pelanggan, CelcomDigi menawarkan pilihan pelan yang pelbagai pada harga yang berpatutan merangkumi pelan Prabayar, Pascabayar, roaming dan peranti 5G terkini.

Kini, pengguna boleh memilih perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan serta kemampuan masing-masing. Selain itu, pengguna dapat memaksimumkan lagi pengalaman 5G dengan gabungan pelan dan peranti terbaik daripada CelcomDigi.

Malah, CelcomDigi juga menyediakan berbagai pelan fiber yang menawarkan akses internet yang pantas. Dari 300Mbps hingga 1Gbps, pengguna boleh memilih pelan dengan kepantasan fleksibel mengikut bajet.

Tawaran CelcomDigi

Pengguna turut berpeluang untuk nikmati pelbagai tawaran peranti rumah ekslusif termasuk PS5, dan Samsung Smart TV untuk pengalaman internet, permainan, dan hiburan yang lebih menarik dengan bayaran serendah RM2/hari.

Mereka juga dapat gandakan lagi penjimatan dengan gabungan pelan pascabayar Celcom atau Digi dengan Internet Fiber. 

Jadi, jika anda mencari rangkaian Internet dengan liputan terluas dan kelajuan paling tinggi, namun tetap mengutamakan fleksibiliti dengan kemampuan roaming di 32 negara, CelcomDigi adalah pilihan yang tepat. Pengguna boleh ketahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran CelcomDigi dengan melayari laman rasmi Celcom dan Digi.

Sumber:thevocket

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top