Nilai industri perniagaan vape negara didapati telah meningkat secara drastik iaitu sebanyak 53 peratus dari RM 2.27 bilion pada 2019 kepada RM 3.48 bilion pada 2023. Perkara ini telah didedahkan oleh Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) berikutan trend ramai perokok yang kini beralih kepada penggunaan vape atau rokok elektronik.

Berdasarkan data yang dikongsikan oleh DPVM dalam The Malaysian Vape Industry Study 2023, industri vape segera mendapat tempat sebagai salah satu pemain industri dalam ekonomi negara apabila 31 peratus perokok telah beralih kepada penggunaan vape.

Walaupun 69 peratus perokok juga turut menggunakan vape, namun industri vape Malaysia didapati telah mengubah persekitaran industri dan menggangu pasaran rokok.

Jumlah wang yang dibelanjakan oleh pengguna untuk membeli vape dengan sistem terbuka atau tertutup dianggarkan kira-kira RM 2.56 bilion setahun manakala jumlah pembelian tahunan bagi produk vape pakai buang dianggarkan sebanyak RM 925 juta.

Laporan tersebut turut menunjukkan peningkatan bilangan tenaga kerja di seluruh rantaian bekalan secara langsung dan tak langsung dalam sektor tersebut dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi tempatan.

Setiausaha Agung DPVM, Ridhwan Rosli berkata laporan tersebut jelas menunjukkan pengukuhan industri vape untuk berkembang dalam pasaran negara. Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar produk vape berkualiti dalam peringkat global, khususnya e-liquid.

Kedudukan pasaran vape yang kukuh turut mendorong pelaburan dari luar negara dan sekaligus menguatkan lagi ekosistem bisnes ini.

industri vape

Walau bagaimanapun, dasar Generasi Penamat (GEG) boleh merencatkan perkembangan ini dan sekaligus memberi kesan pemilik bisnes khususnya komuniti Bumiputera yang banyak bergantung padanya untuk menjana pendapatan.

“Kami tertarik oleh komitmen kerajaan untuk mengawal selia industri vape melalui pengenalan rangka kerja percukaian dan pembentangan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Rang Undang-undang). Walau bagaimanapun, dasar Generasi Penamat (GEG), yang menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang membimbangkan DPVM.

Ia juga akan menghantar mesej yang salah kepada perokok dengan meletakkan vape dalam kategori yang sama seperti rokok, yang secara tidak langsung akan menghalang perokok untuk beralih kepada vape untuk berhenti merokok,” katanya dalam satu kenyataan.

Matlamat Kajian Industri Vape Malaysia 2023 adalah untuk menyediakan Kerajaan dengan data industri terkini untuk diambil kira semasa merangka undang-undang untuk industri

Dengan pengoperasian sebanyak kira-kira 7,500 kedai runcit am dan 2,500 kedai runcit, tenaga kerja didapati meningkat secara drastik dari 15,000 ke 31,500 pada tahun 2022.

Sumber : Dewan Perniagaan Vape Malaysia

Artikel lain : Industri Burger di Malaysia Makin Rancak, Pengasas Chicken Royale Kongsi Realiti Sebenar Yang Perlu Dihadapi Peniaga

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top