Google Lancarkan Nearby Share untuk Windows
Kini pengguna Android boleh berkongsi fail dengan lebih mudah dengan features terbaharu yang dilancarkan oleh Google iaitu Nearby Share untuk Windows.
Nearby Share adalah sebuah fungsi atau ciri yang membenarkan dua peranti atau device berkongsi fail dengan segera dan efisien.
Seperti Airdrop, ciri terbaharu Google ini juga menggunakan teknologi gabungan Bluetooth dan WiFi untuk perkongsian fail secara pantas antara pengguna.
Terdahulu, aplikasi ini hanya terhad pada Chrome OS sahaja. Namun, kini Google telah mengambil keputusan untuk meluaskan penggunaan Nearby Share dengan mengumumkan aplikasi beta ataupun ‘beta Nearby Share’ yang sedia untuk dimuat turun dan diuji oleh semua pengguna.
Nearby Share untuk Windows adalah sebuah ciri yang dinanti-nantikan dan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna peranti Android dengan syarat akaun Google wajib digunakan.
Fungsi utama yang ditawarkan oleh Nearby Share ialah kemudahan untuk memindahkan fail ke pelbagai peranti seperti telefon bimbit, tablet dan PC.
Selain itu, ciri ini juga membolehkan pengguna untuk berkongsi fail dengan kenalan lain secara mudah selagi mereka memasang Nearby Share dan alamat emel mereka tersenarai dalam kenalan telefon anda.
Anda juga boleh menghantar fail ke peranti sendiri dengan menggunakan akaun Google yang sama.
Menurut perkongsian daripada amanz.my, satu ujian ringkas telah dijalankan bagi mengukur kepantasan features terbaharu Google ini.
Hasil pemerhatian mendapati fail berukuran 4GB telah berjaya dikirim dengan kecepatan mencapai 7.7MB/s.
Perlaksanaan ini dilihat jauh lebih efisien berbanding penghantaran menggunakan Apple AirDrop yang kadang kala mengalami kesukaran ketika mengirim fail yang berukuran lebih kecil daripada 4GB.
Dengan prestasi cemerlang Nearby Share ini, pengguna tidak perlu risau tentang had muatan data yang dapat dikirim dan durasi penerimaan data daripada satu peranti ke peranti lain.
Kesimpulannya, features baharu yang ditawarkan oleh Google ini bukan sahaja memudahkan serta memaanfatkan pengguna dalam menghantar fail, malah ia juga dapat memberikan user experience buat semua pengguna Android.
Sumber: amanz.my
Baca juga: TikTok Terus Berinovasi Dengan Pelancaran Branded Effects Untuk Pemasaran