Disebabkan beberapa faktor termasuk inflasi, kos rawatan pergigian terpaksa dinaikkan dengan kadar 50 hingga 70 peratus.
Menurut laporan The Star, Presiden Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia (MPDPA), Dr Jayaseel SR Pillai berkata inflasi telah memberi kesan kepada kos bahan serta peralatan pergigian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kos bagi rawatan gigi.
Beliau juga mendapati harga kelengkapan asas bagi klinik pergigian seperti alatan, sarung tangan, pelitup muka dan pembasmi kuman menjadi tidak menentu disebabkan keadaan pasaran yang sentiasa berubah.
“Situasi pandemik Covid-19 telah menyebabkan permintaan yang tinggi bagi barangan sebegini. Sekaligus, ia telah mengganggu rantaian bekalan bagi sesetengah barangan keperluan pergigian dan seterusnya menyebabkan peningkatan kos,” ulas Dr Jayaseel.
Tambahnya lagi, pengusaha klinik juga perlu menanggus kos lain seperti bayaran sewa, bil utiliti dan gaji pekerja. Oleh itu, kos-kos ini perlu diambil kira dalam menentukan harga perkhidmatan pergigian.
“Teknologi pergigian kian maju saban tahun dan ini melibatkan penggunaan peralatan serta bahan yang lebih canggih. Kemajuan ini dapat meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan gigi, namun kos pengendaliannya yang lebih mahal mungkin perlu ditanggung oleh pesakit.
Tambahan pula, sesetengah prosedur pergigian yang lebih kompleks memerlukan kepakaran, latihan tambahan serta kelengkapan canggih. Kesemua ini memakan modal yang besar.
Seperti tenaga kerja lain, kos pengamal pergigian juga telah meningkat dari tahun ke tahun sehingga menyebabkan pengusaha klinik gigi terpaksa menaikkan harga perkhidmatan mereka.
Pada masa yang sama, pengamal pergigian juga perlu mengikuti beberapa garis panduan yang ketat seperti keselamatan, privasi pesakit dan pensterilan ketika berkhidmat di klinik. Pematuhan panduan ini juga memerlukan pelaburan dari segi latihan, peralatan dan penyimpanan rekod.
Peningkatan bilangan doktor gigi setiap tahun juga telah menyebabkan lambakan doktor di klinik gigi swasta. Ini sekaligus mengakibatkan doktor gigi terpaksa menuntut kos rawatan yang lebih tinggi bagi menjamin kelangsungan bisnes mereka.
Tambahan pula, insurans bagi rawatan pergigian biasanya ditanggung pada kadar yang rendah berbanding rawatan kesihatan lain.
Jadi, pesakit hendaklah pergi ke klinik swasta yang berkualiti dan mengikut piawaian yang betul untuk mengekalkan kesihatan mulut.
Klinik Pergigian Tiara Dental – Antara Klinik Swasta Yang Patut Dikunjungi Ramai
Sebagai contoh, dengan mendapatkan rawatan gigi dan prosedur gigi di Klinik Pergigian Tiara Dental yang terletak di Shah Alam, klinik berkenaan menawarkan rawatan-rawatan gigi & mulut dengan harga berpatutan. Berikut merupakan rawatan yang tersedia di Klinik Pergigian Tiara Dental.
- Scaling Sigi
- Tampal Gigi
- Cabut Gigi
- Prosedur Pasang Braces
- Essix Retainer
- Awley Retainer
- Crown Gigi