Dalam kuliah subuh ustaz ada  bercerita berkenaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Ini diceritakan oleh salah seorang CEO anak syarikat TS Syed Mokhtar kepada ustaz tersebut.

3 RAHSIA KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

1.0 Penderma & Tidak Suka Menceritakan

Setiap tahun beliau menderma tidak kurang dari RM 300 juta. Jika dikira sehari beliau menderma hampir 1 juta. Derma beliau disalurkan ke seluruh dunia umar Islam yang memerlukan. Beliau hampir memecat salah seorang staf beliau kerana mendedahkan aktiviti dermanya kepada public.

Semasa kecil, ibu beliau pernah memberi wang 50 sen untuk beliau gunting rambut. Dalam perjalanan beliau berjumpa orang yang lebih memerlukan dan beliau sedekahkan wang 50 sen tersebut. Beliau pulang tanpa menggunting rambut. TS Syed Mokhtar dipukul oleh ibu beliau kerana pulang tanpa duit tetapi tidak gunting rambut.

Sampai sekarang ibu beliau tidak tahu ke mana perginya wang 50 sen tersebut.

TSSMB

Biodata ringkas Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

2. Mendahulukan 2 Bidadari Syurga – Ibu dan Isteri

TS Syed Mokhtar mendahulukan ibu dan isteri lebih dari yang lain. Redha ibu dan redha isteri. Walaupun beliau sedang berada dalam mesyuarat yang penting, apabila mendapat panggilan telefon dari ibu atau isteri beliau akan menjawab panggilan tersebut dan beliau pernah menukar jet peribadi untuk keselamatan ibu beliau.

3. Falsafah Berbisnes Untuk Beramal

Beliau berbisnes untuk membantu orang yang lebih susah dan memerlukan serta beramal untuk agama. Atas dasar tersebut beliau membina universiti, masjid-masjid dan membantu ramai orang yang memerlukan.

Pernah satu ketika pelabur-pelabur dari Timur Tengah berjumpa beliau untuk melabur dalam projek beliau. Dalam perjumpaan tersebut, dari mula sehingga habis mesyuarat, beliau asyik bercerita mengenai falsafah bisnes tersebut. Langsung beliau tidak sentuh tentang projek tersebut.

Selepas tamat mesyuarat, kesemua pelabur dari Timur Tengah tersebut bersetuju untuk melabur dalam syarikatTS Syed Mokhtar.

TSSMB2

Kata kata nasihat dari Tan Sri

p/s: Kisah ini dikongsikan oleh saudara Fauzi Ahmad ketika beliau mendengar ceramah subuh di Masjid.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top