Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Ramadan dan Hari Raya merupakan musim jualan yang paling laris di Malaysia selepas kempen jualan 11.11 dan 12.12.
Oleh sebab itulah ramai pemilik bisnes berlumba-lumba untuk push jualan. Tambahan pula, pelanggan sememangnya sedang mencari pelbagai produk dan perkhidmatan untuk persiapan bulan puasa dan Hari Raya.
Jadi, memang rugi kalau anda tak rebut peluang untuk membuat persediaan strategi marketing dengan lebih awal.
Antara platform pemasaran yang ramai bisnes gunakan pada bulan Ramadan adalah SMS marketing.
Dengan kadar bacaan yang tinggi (90%) dan sifat SMS yang mudah sampai kepada pelanggan, ramai yang telah manfaatkan SMS untuk gandakan potensi bisnes.
Apakah cara untuk maksimakan platform ini demi mencapai pelanggan dan meningkatkan hasil jualan pada bulan puasa?
Ayuh ikuti perkongsian tips dari kami.
7 Tips SMS Marketing Untuk Kempen Ramadan
1. Mulakan Engagement Lebih Awal
Secara umumnya, pengguna akan mula membuat carian tentang produk atau perkhidmatan seminggu sebelum puasa.
Oleh itu, jenama anda perlulah muncul di mata pelanggan bermula pada waktu inni.
Satu lagi detail yang ramai terlepas pandang, pelanggan juga akan sentiasa pertimbangkan pembelian secara konsisten sepanjang bulan puasa dan Hari Raya.
Jadi, jangan mudah berputus asa dulu. Jika anda gagal tarik pelanggan pada peringkat awal, anda mungkin perlu ubah strategi dan lakukan engagement secara lebih personal.
2. Hantarkan SMS Pada Masa Yang Tepat
Berbanding bulan lain, sebenarnya ada waktu khusus yang pemilik bisnes perlu tahu untuk blast SMS dengan berkesan pada Ramadan.
Think with Google melaporkan bahawa aktiviti pembelian online yang paling aktif pada bulan puasa adalah pada awal pagi sekitar waktu sahur.
Sementara itu, pelanggan dilihat kurang membuat pembelian pada waktu hampir berbuka puasa.
Jadi, anda boleh manfaatkan waktu aktif ini untuk lakukan pemasaran yang lebih personal untuk tarik perhatian pelanggan.
3. Adakan Flash Sale
Untuk tingkatkan jualan dalam masa yang singkat, anda juga boleh lakukan Flash Sale sekali-sekala.
Ketika Flash Sale, ramai pelanggan akan mengambil peluang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda pada harga yang lebih murah.
4. Hasilkan SMS Dengan Ciri FOMO
SMS dengan ciri Fear of Missing Out (FOMO) boleh menggesa pelanggan untuk membuat pembelian segera pada bulan Ramadan. Jadi, anda boleh selitkan SMS dengan frasa seperti “Hari Ini Sahaja” atau “Terhad Untuk 50 Orang Pertama”.
5. Hantarkan SMS Sebanyak 3 Hingga 4 Kali Ketika Ramadan
Kajian mendapati penghantaran sebanyak 3 hingga 4 kali pada bulan puasa dapat meningkatkan engagement pelanggan dengan pelanggan.
Jangan pula hantarkan SMS lebih daripada 6 kali sebulan kerana ini boleh membuatkan pelanggan rasa rimas.
6. Rangka Drip Campaign
Jika bisnes anda belum pernah lakukan drip campaign, Ramadan adalah waktu yang tepat untuk anda cuba!
Matlamat utama drip campaign adalah untuk kembangkan senarai subscriber, hantarkan kandungan relevan dan dorong pelanggan untuk membeli.
Pada masa yang sama, ramai pemilik bisnes yang turut gunakan cara ini untuk tingkatkan engagement dengan pelanggan dan tingkatkan brand awareness.
Pelanggan yang berdaftar untuk terima SMS marketing akan terima SMS daripada anda dalam sela waktu tertentu sehinggalah kempen berakhir.
Untuk lakukan drip campaign sempena Ramadan, anda boleh rancang rancang penghantaran SMS sepanjang bulan puasa sehingga minggu akhir Ramadan.
Pastikan anda pertimbangkan sekali waktu dan kekerapan yang sesuai untuk hantar SMS demi memastikan kempen anda lebih berkesan.
7. Lakukan Promosi Last Minute
Last minute bukanlah perkara buruk dalam bab shopping. Malah, sebuah kajian juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat gemar buat pembelian pada saat akhir.
Lihat sajalah bagaimana keadaan di Jalan TAR, Kuala Lumpur 2-3 hari sebelum raya. Memang gamat dengan kunjungan pelanggan!
Tambahan pula, pelanggan yang berada dalam mood raya memang senang nak belanjakan duit.
Pendek kata, memang rugi kalau tak manfaatkan SMS marketing untuk kempen Ramadan bagi bisnes anda.
Dengan strategi dan promosi yang menarik, anda juga pasti mampu untuk tarik pelanggan dan tingkatkan jualan.
Kalau anda tak pernah cuba SMS marketing, kini SMS Niaga ada promosi istimewa sempena Ramadan. Lebih banyak anda topup kredit, lebih jimat. Promosi ini terhadi sehingga 26 Mac 2024, ya. Jadi, ayuh reload cepat-cepat! Boleh klik link ini untuk tebus promosi Ramadan.
Selamat mencuba!