AirAsia Super App dan Foodpanda telah mengumumkan kerjasama inovatif yang mampu menggabungkan kekuatan kedua-dua platform bagi menawarkan nilai yang lebih baik serta kemudahan yang lebih besar buat pengguna di rantau Asean.

Menerusi kerjasama strategik ini, perkhidmatan e-hailing AirAsia Super App iaitu AirAsia Ride boleh didapati di aplikasi Foodpanda.

Sementara itu, Foodpanda sebagai pembekal perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit terbesar di Asia kecuali China akan memperkasakan perkhidmatan menerusi jutaan pengguna Airasia Super App ke rangkaian Foodpanda yang terdiri daripada lebih 100,000 peniaga dan ribuan rakan kongsi penghantaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, kehebatan penghantaran makanan dan barangan runcit Foodpanda serta perkhidmatan pengangkutan AirAsia Super App merupakan keperluan bagi pengembaran dan pengguna harian kedua-dua aplikasi tersebut.

Beliau juga melihat kerjasama ini sebagai potensi yang besar bagi kedua-dua jenama untuk terokai lebih mendalam, seperti tawaran kaedah pembayaran melalui BigPay, program loyalti dengan ganjaran AirAsia, pelan bulanan yang menarik serta banyak lagi.

airasia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Foodpanda, Jakob Angele berkata, “Peluang untuk menghimpunkan kedua-kedua jenama terkemuka di Malaysia ini merupakan usaha yang cukup bermakna buat kami. Kedua-dua pihak telah mencipta pengalaman yang hebat dan merupakan jenama yang sebati dengan keperluan harian rakyat Malaysia.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Superapp Mohamad Hafidz Mohd Fadzil berkata, “Sebagai peneraju aplikasi pengembaraan serantau, mereka komited dalam menyediakan pengalaman yang lancar dan mudah kepada pengguna yang rata-ratanya merupakan pengembara sekitar Asean.

Kami adalah pusat sehenti untuk kesemua keperluan yang anda perlukan, daripada penerbangan, penginapan, pengangkutan ke lapangan terbang dan hotel serta pengalaman kulinari melalui penghantaran makanan mahupun tempahan di tempat makan.

Kami tidak sabar untuk menjadi lebih cemerlang dalam ruang aplikasi ini dengan kerjasama yang sangat bermakna buat kami,” tambah beliau.

Bagi meraikan kerjasama ini, pelanggan bagi Foodpanda dan AirAsia Superapp akan disajikan dengan pelbagai tawaran ride-hailing serta penghantaran makanan yang ekslusif. Semak kedua-dua aplikasi ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Sumber : Foodpanda

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top