Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pemilik jenama tudung memuat naik sebuah video dan menyatakan bahawa dia telah meletakkan hak cipta atau copyright bagi rekaan tudung bawal shawl berbentuk L.

Dalam video tersebut, usahawan tersebut juga mendakwa mana-mana pihak yang menghasilkan tudung bawal shawl berbentuk sama seperti jenamanya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

copyright

Kenyataan tersebut telah membuatkan sesetengah peniaga tudung keliru dengan penggunaan terma ‘copyright’. Benarkah rekaan tudung boleh diletakkan copyright seperti yang didakwa?

Seorang usahawan dan pakar penjagaan kulit, Dr Aen Saari terpanggil untuk menjelaskan isu ini kepada orang ramai.

Boleh ke Copyright Tudung?

Menerusi video yang dimuatnaik di laman TikTok, beliau menjelaskan bahawa copyright tidak boleh digunakan bagi barangan fesyen kerana terma tersebut hanya terpakai untuk karya-karya tertentu seperti :

  • Rakaman suara
  • Muzik
  • Filem
  • Seni
  • Karya terbitan
  • Seni
  • Sastera / Penulisan
  • Siaran
  • Patent dan Trademark

Dr Aen juga menjelaskan bahawa usahawan atau mana-mana pihak yang bercadang untuk meletakkan patent pada inovasi baharu mereka tidak boleh berbuat sedemikian jika produk sama sudah dijual dalam skala besar di pasaran.

Contohnya, jika anda mahu patenkan rekaan bentuk tudung berbentuk M yang belum wujud di paaran, ia boleh dilakukan dengan syarat tiada pihak yang mencabar dengan reka bentuk lain melalui Public Challenge di Perbadahan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

@draensaari

Let’s bebel! Boleh ke copyright bentuk tudung L? I hope that lawyer pihak dia boleh bagi penjelasan. @MyIPO #draenshares #aenshares #aenbebel #copyright #bawalshawl #tudungL #HHIN2024 #HHIN2024TTCONTEST

♬ Meadow, acoustic, pop, refreshing(956998) – zomap

Memetik MyIPO, perlindungan bagi paten adalah selama 20 tahun.

Dalam video yang sama, Dr Aen turut memberitahu bahawa dia telah membuat trademark atau tanda dagangan pada logo dan perkataan jenama miliknya iaitu Alluskin bagi mengekalkan ekslusiviti jenama.

Dengan tindakan ini, ia akan menyekat tindakan mana-mana pihak yang ingin menggunakan logo Alluskin bagi produk mereka sendiri.

Sebelum mengakhiri perkongsian, Dr Aen turut memberitahu kepada peniaga tudung lain supaya teruskan menjual bawal shawl berbentuk L kerana selain logo, dia yakin usahawan itu tiada pun copyright bagi rekaan tudung seperti yang didakwa.

Peniaga yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu patent dan trademark juga boleh merujuk terus kepada  laman web rasmi  MyIPO.

Sumber : TikTok @draensaari

Baca Juga : Pernah Jual Tudung dari Bilik ke Bilik, Kini Founder Sugarscarf Bergelar Pemilik Jenama Hijab Premium

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top