Kapal terbang sudah menjadi satu pengangkutan yang penting bagi semua terutamanya yang ingin merantau jarak jauh.

Ketika mengembara, pengguna lapangan terbang sudah tentu mengharapkan perkhidmatan terbaik demi perjalanan yang lancar.

Namun, sebuah senarai yang dikeluarkan oleh Business Financing baru-baru ini telah mendedahkan pendapat penumpang terhadap perkhidmatan yang ditawrakan bagi lapangan terbang terkemuka di Asia.

Menerusi laporan yang dikongsikan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat kedudukan ke-8 dalam senarai perkhidmatan lapangan terbang paling teruk bagi pengembara kelas perniagaan (business).

Laporan ini merupakan hasil kajian terhadap 20 buah lapangan terbang di rantau Asia.

klia

Tersenarai sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan teruk di Asia, KLIA berkongsi kedudukan ke-8  dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dalam penilaian kepuasan pelanggan serta kualiti perkhidmatan secara menyeluruh.

Dalam senarai tersebut, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait mendahului dengan markah sebanyak 1.69. Ia juga merupakan satu-satunya lapangan terbang dengan markah yang kurang daripada 2 dalam senarai.

Antara masalah yang dikenalpasti sering menjadi isu dalam kalangan penumpang adalah staff yang tidak profesional, sistem yang mengelirukan dan perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Pada masa yang sama, pelanggan sering membuat aduan tentang bau yang kurang menyenangkan serta proses boarding yang lambat sebelum menaiki pesawat di lapangan terbang tersebut.

Lapangan Terbang Kuwait juga dikatakan jauh lebih teruk berbanding lapangan terbang yang lebih kecil di Muscat atau Bahrain.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty di Kazakhstan dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Arab Saudi masing-masing menduduki kedudukan ke-2 dan ke-3.

Bagi lapangan terbaik di Asia, Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Vietnam muncul di kedudukan pertama dengan markah tinggi sebanyak 6.80.

Laporan tersebut mengatakan lapangan terbang Vietnam menawarkan perkhidmatan terbaik serta mempunyai sistem beratur yang cukup efisien.

Ini disusuli oleh Lapangan Terbang Changi, Singapura pada tempat ke-2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, China pada tempat ke-3.

9 daripada 10 lapangan terbang terbaik dalam senarai mencatatkan markah purata sebanyak 5/10, iaitu nilai yang dilihat cukup memberangsangkan berbanding senarai yang dikeluarkan bagi lapangan terbang Eropah dan lain-lain.

Sumber : businessfinancing.co.uk

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top