Bazar Ramadan sudah menjadi satu norma kehidupan rakyat Malaysia apabila tibanya bulan yang mulia ini.

Antara lokasi bazar Ramadan yang sering menjadi tumpuan ramai adalah Bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang terletak di Kuala Lumpur. Mempunyai kira-kira 150 gerai, bazaar ini menawarkan variasi makanan dan minuman yang menarik serta cukup menyelerakan buat pengunjungnya.

Bazar Ramadhan

Bazar ini beroperasi seawal pukul 3 petang, daripada 23 Mac sehingga 21 April dengan sasaran seramai 200,000 pengunjung pada tahun ini.

Kempen #TechMeToBazaar Dilancarkan Di Bazar Ramadan TTDI

Tahukah anda bahawa gerai-gerai di bazar Ramadan di TTDI kini boleh menerima pembayaran pelanggan secara online?

Bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran tanpa tunai, setiap peniaga gerai telah disediakan dengan terminal pembayaran masing-masing.

Ini bermakna, pelanggan bukan sahaja boleh membuat pembayaran melalui QR atau e-wallet sahaja, malah mereka juga diberikan pilihan untuk menggunakan kad kredit atau debit.

Inisiatif ini telah dilancarkan di bawah kempen #TechMeToBazaar oleh Tech Hunter Global Sdn Bhd bagi membolehkan urusan jual beli di Bazar TTDI dilaksanakan melalui atas talian secara menyeluruh.

Kempen ini bertujuan untuk memudahkan pengunjung membeli juadah berbuka tanpa penggunaan wang tunai.

Dalam kempen ini, Tech Hunter Global Sdn Bhd juga telah bekerjasama dengan penaja daripada Bank Simpanan Nasional, SHOPLINE, GrabPay Malaysia dan YTL Communications.

Malah, seluruh bazar juga dilengkapi dengan rangkaian 5G dari rangkaian Yes yang ditawarkan oleh YTL Communications.

Melalui kempen ini, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai promosi menarik daripada penaja iaitu :

  • Pengguna kad kredit atau debit BSN yang membelanjakan sebanyak RM50 dengan maksimum tiga resit, akan berpeluang memenangi wang tunai RM5 sekali sepanjang tempoh kempen berlangsung. Seramai 4,000 pemenang akan dipilih secara rawak.
  • Potongan diskaun sebanyak RM30 dengan pembelian minimum RM200 untuk pengguna Grab PayLater.

Dengan adanya kemudahan ini, pembeli dan peniaga dapat berurusan dengan lebih mudah dan lancar. Inisiatif ini juga selari dengan rutin harian masyarakat yang kini banyak bergantung kepada pembayaran secara digital.

Secara tidak langsung, usaha ini juga mampu merancakkan ekonomi masyarakat di samping memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan yang membeli-belah di bazar Ramadan.

Sumber: thevocket

Baca juga : Tak Sangka Menu Rahmah Mampu Beri Keuntungan Yang Tinggi Untuk Peniaga

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top