Pemasaran SMS boleh memberi manfaat yang besar kepada bisnes anda jika digunakan dengan cara yang tepat. Disebabkan SMS mempunyai had karakter, setiap patah perkataan perlulah dimanfaatkan sebaiknya. Ini penting demi memastikan mesej anda sampai pada pelanggan dan menepati halatuju kempen pemasaran anda.

Tahukah anda sebenarnya ada cara tulis ayat SMS yang boleh membuatkan pelanggan berkata dalam hati “Saya nak repeat order sekarang!.”

Cara ini telah dikongsikan oleh pakar pemasaran digital, Aqif Azizan dan telah dipraktikkan oleh ramai marketer untuk menarik pelanggan supaya membeli berkali-kali. Katanya, cara ini memakan masa tak sampai 15 minit pun!

Ayuh kita semak cara-caranya.

tulis ayat sms

6 Formula Tulis Ayat SMS Marketing Paling Mudah dan Berkesan Untuk Tarik Pelanggan

1. Letak Nama Brand

Sebagai penerima SMS, kita mesti nak tahu siapa yang menghantarnya. Jadi, setiap SMS marketing kena letak nama brand. Barulah pelanggan tak terpinga-pinga bila membaca SMS.

Jangan lupa untuk letak titik noktah bertindih selepas letak nama brand (:).

Contohnya : ‘Brand ABC :’  

2. Berikan Sebab

Berikan sebab yang ringkas dan jelas mengapa kita hubungi pelanggan. Mungkin kita nak berterima kasih atas pembelian yang dibuat bulan lepas atau kita ingin sampaikan ucapan sempena hari istimewa.

Antara contoh sebab-sebab yang boleh ditulis pada awal SMS adalah :

“Terima kasih dapatkan jubah ABC bulan lepas!”

“Selamat Hari Jadi, [nama panggilan penerima]!”.

3. Tawaran atau Offer

Tawaran dalam SMS marketing adalah sangat penting dalam menentukan engagement pelanggan dan kadar conversion.

Jadi, apakah tawaran menarik yang anda mahu berikan kepada pelanggan? Mungkin anda boleh berikan mereka diskaun untuk keluaran produk terbaharu.

Contoh :

“Diskaun 50% untuk koleksi baru Sept 28 ini.”

“Diskaun 40% khas sempena Hari Raya ini”.

Tulis Ayat SMS

4. Call-To-Action

Setiap SMS marketing juga perlu ada arahan Call-To-Action yang jelas. Langkah ini juga bergantung kepada flow pembelian yang ditetapkan oleh bisnes kita.

Biasanya peniaga akan berikan kod kupon yang boleh digunakan untuk claim di Whatsapp atau ketika membeli di website.

Anda boleh tulis ayat lebih kurang begini :

“Guna kod SALE4U untuk diskaun set skincare NUR”.

“Tebus 50% diskaun di website dengan kod ESP50”.

Tulis Ayat SMS

5. Urgency

Manusia tidak akan buat sesuatu dengan segera jika tak diberikan tempoh masa. Oleh itu, untuk mendorong tindakan segera dari pelanggan, anda boleh letakkan tarikh tamat tempoh tawaran seperti contoh berikut :

“Tamat 31-9-23”.

Tulis Ayat SMS

6. Pendekkan Ayat

Semak semula draf SMS dan buang mana-mana perkataan yang tidak perlu. Jangan lupa yang had SMS adalah 160 patah perkataan sahaja.

Ubah suai atau adjust sehingga dapat panjang SMS yang optimum.

Sebagai contoh : “Brand ABC: Terima kasih dapatkan jubah ABC bulan lepas! Diskaun 50% untuk collection baru Sept 23. Guna kod kupon: ABC50 . (letak URL website anda). Tamat 31-9-23”.

Tulis Ayat SMS

Mungkin bagi yang baru berjinak-jinak dalam pemasaran SMS rasa susah untuk tulis ayat. Namun, dengan adanya panduan ini, sekejap sahaja boleh siap. Pastikan ada elemen-elemen ini untuk menjamin keberkesanan kempen anda. Selamat mencuba!

Sumber : Aqif Azizan

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top