Dalam era teknologi ini, anda bakal ketinggalan jika terlepas trend semasa. Begitu juga dalam bidang perniagaan, anda juga harus peka dengan perkembangan serta kaedah pemasaran masa kini untuk menarik lebih ramai pelanggan. 

Terdapat pelbagai cara untuk tingkatkan jualan yang anda boleh cuba. Ramai usahawan yang telah praktikannya untuk mencapai pelanggan dan kembangkan jenama. 

Nak tahu caranya? Jom kita semak 7 tips marketing berkesan untuk tingkatkan sales bisnes anda. 

7 Tips Marketing Berkesan Untuk Tingkatkan Sales Bisnes Anda

1. Jual Produk/Servis Melalui Facebook Live

Kini, ramai usahawan yang memanfaatkan fungsi FB Live untuk menjual produk dan perkhidmatan. 

Siaran Live di FB didapati cukup mudah untuk sampai pada pelanggan dan mampu memacu hasil jualan yang banyak untuk perniagaan anda. 

Tambahan pula, trend ini dilihat semakin popular di kalangan pengguna media sosial. 

Untuk membuat video FB Live pertama bagi bisnes, anda hanya perlu gunakan telefon pintar dan tripod. Sedikit tips sebelum bersiaran live, sila pastikan anda mempunyai : 

  • connection Internet yang laju
  • penolong untuk standby bagi menjawab sebarang soalan/komen di ruangan komen video Live anda
  • tripod yang kukuh dan stabil untuk smartphone anda.

Nak tarik penonton untuk tonton siaran FB Live anda? Gunakan tips ini:

  • Buat pengumuman awal di Facebook mengenai siaran Live anda supaya penonton boleh bersedia dan luangkan masa untuk ikutinya pada masa yang ditetapkan. 
  • Tambah description yang menarik supaya penonton tahu apa yang anda ingin tawarkan. Anda juga boleh pancing penonton dengan berikan kod diskaun khas pada waktu siaran. 
  • Minta penonton anda untuk Like, Share, dan Follow page Facebook anda
  • Libatkan interaksi penonton dalam Live anda dengan memberi respon kepada pengguna yang komen atau bertanya dalam sesi Live. 
  • Tamatkan siaran anda dengan CTA (Call To Action), iaitu arahan yang jelas untuk penonton anda mengenai sebarang tindakan susulan yang anda ingin mereka lakukan seperti: “PM saya untuk maklumat lanjut”, “sila ikuti kami untuk video seterusnya”, dan sebagainya. 
Tips Marketing

2. Manfaatkan Instagram Untuk Branding 

Menurut data, kira-kira 81% pelanggan kini menggunakan Instagram untuk mencari produk atau perkhidmatan yang diinginkan. Ini menunjukkan potensi Instagram sebagai salah satu platform pemasaran digital yang wajib dicuba untuk membina jenama. Tambahan pula, Instagram juga merupakan platform media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia selepas Facebook. 

Platform ini merupakan pilihan yang tepat untuk membina imej yang kukuh bagi jenama anda.

Banyak bisnes kecil kini menggunakan platform ini untuk post gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan kesedaran pelanggan mengenai kewujudan jenama. 

Salah satu ciri Instagram yang trending pada masa kini adalah Instagram Reels. Features ini sangat berguna bagi meningkatkan brand awareness. Butang CTA yang popular di Instagram iaitu Swipe Up juga boleh meningkatkan aliran trafik yang tinggi ke website. 

Selain mengiklankan produk atau perkhidmatan, anda juga boleh post video mengenai tips atau tutorial yang relevan dengan jenama anda. Contohnya, jika anda menjual tudung, anda boleh kongsikan video atau infografik seperti ‘5 Cara Gayakan Tudung Bawal’.

Untuk mantapkan lagi akaun Instagram untuk bisnes anda :

  • Tukar akaun Instagram anda dari akaun Personal ke Business (Settings > Account > Switch to Business Account) supaya anda boleh tambahkan maklumat mengenai syarikat seperti alamat, emel, dan nombor telefon di Bio anda.
  • Isikan description yang singkat dan jelas mengenai bisnes anda di bahagian Bio.
  • Sertakan bersama link ke website e-commerce anda di Bio. 
  • Perkenalkan branded hashtag iaitu hashtag yang biasa digunakan untuk promosikan bisnes anda dalam bio anda untuk kegunaan pelanggan. 
  • Gunakan visual dan warna-warna yang konsisten agar akaun Instagram anda mudah dikenali oleh followers. Ini juga penting untuk bina identiti jenama anda. 
  • Like atau tinggalkan komen di gambar/video yang dikongsikan oleh pelanggan bila menggunakan jenama anda. Anda juga boleh repost dan simpankannya di bahagian Highlight sebagai satu bentuk testimoni. 
  • Untuk membina kepercayaan pelanggan, jangan sekali-kali beli followers. Jangan kecewa jika bilangan followers tak ramai pada fasa awal. Sebaliknya, anda perlulah susun dan rancang content yang menarik dan berkualiti untuk tingkatkan engagement. 
Tips Marketing

3.  Hantarkan E-mel Kepada Pelanggan

Tips marketing seterusnya yang anda boleh praktikkan adalah dengan mencapai pelanggan melalui e-mel.

Walaupun sudah lama wujud sejak tercetusnya teknologi, ramai usahawan yang masih memanfaatkan e-mel sebagai kaedah pemasaran digital masa kini. 

E-mail marketing membolehkan anda untuk mencapai pelanggan dengan lebih spesifik sambil menawarkan kandungan yang khas dan bersesuaian dengan minat mereka. Anda juga boleh tarik perhatian pelanggan dengan gambar serta grafik yang menarik dalam e-mel. 

Sebagai contoh, sekiranya kumpulan pelanggan anda gemarkan produk penjagaan kucing, anda boleh hantarkan promosi jualan pasir kucing secara spesifik kepada mereka.

Anda juga boleh tawarkan ganjaran khusus kepada pelanggan secara peribadi melalui e-mel seperti ganjaran Hari Jadi atau diskaun VIP. 

Selain itu, anda juga boleh hantarkan e-mel lain seperti e-mel alu-aluan kepada pelanggan baharu, e-mel peringatan troli terabai (abandoned cart) dan e-mel untuk mudahkan pelanggan jejak pesanan. 

Bukan sahaja kosnya rendah, malah pemasaran e-mel juga memberi kebebasan kepada usahawan untuk kongsikan pelbagai kandungan bermanfaat kepada pelanggan seperti perkembangan terbaharu mengenai bisnes, newsletter, pengumpulan survey, dan banyak lagi. 

4. Manfaatkan Penggunaan TikTok 

Setakat tahun 2022, TikTok didapati selesa di tempat kedua sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun oleh pengguna di Malaysia. 

Rata-rata pasti ramai pemilik bisnes yang mengesyorkan platform ini sekiranya ditanya mengenai tips marketing yang berkesan pada waktu ini.

Dengan features seperti TikTok Live dan TikTok Shop, nampaknya ramai usahawan yang sudah mula beralih ke platform media sosial tersebut untuk mencapai pelanggan. TikTok juga didapati sesuai untuk dimanfaatkan bagi jenama baharu untuk berkembang dengan pantas. 

Sekiranya kita membuat perbandingan, pemasaran di TikTok didapati mempunyai kemampuan yang lebih tinggi dalam membantu jenama tembus pasaran secara lebih berkesan dengan bajet yang lebih rendah. 

Di samping itu, platform ini juga sesuai untuk sesebuah jenama membina komuniti bersama pelanggan secara aktif dalam suasana yang santai dan interaktif. Jadi, tak rugi untuk anda mencuba TikTok untuk memperkenalkan jenama anda kepada pelanggan. 

Tips Marketing

5. Jual Secara Soft Sell Untuk Content Marketing

Perasan tak sekarang banyak page yang mula hasilkan content sebagai salah satu kaedah pemasaran? Ini bagi menarik kumpulan pelanggan yang cenderung untuk skip ads atau elakkan paparan iklan di komputer dan telefon. 

Content marketing ialah strategi pemasaran yang memerlukan anda berkongsi informasi yang relevan dan bermanfaat bagi menarik pelanggan dan bakal pelanggan. Usaha ini dilihat berkesan untuk mendorong engagement serta interaksi daripada mereka. 

Selain untuk mencapai audiens dengan lebih luas, ramai pemilik bisnes yang manfaatkan content marketing untuk menguatkan branding di samping meningkatkan hasil jualan. 

Jenis-jenis content yang anda boleh buat ialah blog, hantaran di media sosial, video, infografik dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda menjual ubat jerawat, anda boleh kongsikan content yang relevan seperti artikel tips penjagaan muka, infografik mengenai cara untuk mengelakkan jerawat, dan sebagainya.

Tips untuk jalankan content marketing bagi sesebuah bisnes adalah seperti berikut :

  • Pastikan anda mempunyai target audience yang jelas supaya anda boleh tawarkan content yang relevan pada mereka. 
  • Pelbagaikan format untuk content anda seperti blog, video, e-mel, podcast dan e-book. 
  • Kongsikan tips yang berkaitan dengan bisnes dan target audience anda.
  • Gunakan gaya bahasa yang bersesuaian dengan audience anda. Elakkan penggunaan bahasa yang formal.

6. Hantarkan SMS Kepada Pelanggan 

Walaupun tak ramai yang gunakan SMS untuk berhubung dengan kenalan, namun ia merupakan salah satu platform pemasaran yang paling berkesan untuk kembangkan jenama. 

Mana tidaknya, SMS mempunyai kadar bukaan sehingga 97% dan lebih mudah sampai kepada pelanggan walaupun tanpa sambungan internet. 

Menawarkan had 160 karakter bagi setiap SMS, anda perlulah memastikan teks yang dikarang ringkas dan mudah difahami. 

Dengan langganan pemasaran SMS, anda juga akan menerima laporan bagi setiap kempen bagi mengukur kadar bukaan, kadar klik dan sebagainya.

Data-data ini penting bagi membantu anda rangka strategi pemasaran yang lebih berkesan pada masa akan datang.  

7. Daftarkan Bisnes di Google My Business

Mahukan jenama anda muncul di Google Search bila pelanggan mencari produk atau perkhidmatan yang berkaitan? Daftarkan jenama anda di Google My Business! 

Bila anda mendaftar, bisnes anda akan terpapar di Google Maps and Google Search, dua fungsi utama di Google yang ramai orang gunakan pada zaman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai sesuatu bisnes.

Antara butiran yang anda boleh paparkan di profil Business anda ialah:

  • Nombor telefon
  • Arah ke kedai anda
  • Link laman web
  • Hari dan waktu operasi
  • Gambar kedai dan/atau produk anda

Dengan Google My Business, anda juga boleh paparkan review daripada pelanggan mengenai pengalaman mereka. Semakin tinggi rating yang diberikan, semakin mudah untuk perniagaan anda mendapat ranking yang tinggi di Google Search dan Google Map. 

Ini dapat membantu anda meningkatkan kredibiliti serta membina kepercayaan pelanggan terhadap jenama anda. 

Oleh itu, bagi membuatkan jenama anda lebih mudah terpapar di Google, anda juga perlu konsisten dalam menawarkan perkhidmatan terbaik dan produk yang berkualiti demi reputasi bisnes yang positif. 

Terdapat pelbagai tips marketing yang terbukti berkesan dan wajib untuk anda cuba bagi menggandakan lagi potensi perniagaan anda. Jika kena dengan caranya, anda juga mampu untuk capai pelanggan dan kembangkan jenama secara berkesan.

Web Impian menawarkan produk pemasaran digital iaitu SMS Niaga dan Mail Niaga untuk keperluan bisnes anda.

SMS Niaga menawarkan penghantaran SMS dengan pantas kepada pelanggan pada harga serendah RM 0.078 per SMS!

Dengan Mail Niaga pula, anda mampu blast kepada 1,000 pelanggan subscriber mengenai tawaran terkini dengan harga serendah RM 100 sahaja untuk sebulan.

Lengkap dengan pelbagai ciri-ciri menarik dengan harga yang berpatutan, ia pasti bakal menepati keperluan pemasaran anda. Hubungi SMS Niaga dan Mail Niaga segera untuk dapatkan harga terbaik! 

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top